MH 370

hai  . .  pagi tadi negara kita dikejutkan berita kehilangan pesawat  MH370 milik Malaysia ( MAS )bila ianya gagal dikesan diradar sekitar waktu 2.40am . waktu tu saya baru nak lelapkan mata selepas berblogging . . .


 


malam ni saya  berpeluang menyelami pelbagai andaian dan cakap-cakap pengguna muka buku yg menjadi senarai kawan saya dan followers saya . sudah menjadi kebiasaan mereka lebih bijak membuat andaian dan meluahkan pandangan mereka . antara  suka atau tidak ,kita kena terima bahawa dunia sekarang sering dipenuhi oleh andaian berbanding cerita yg sebenar . jum kita baca apa kata mereka yg baik buat tauladan yg tak memuaskan tu jadikan je angin orite . . . . :



status pertama :
11 tahun punye pesawat.. wa rasa mmg xselamat buat flight jauh jauh.. bayangkan kereta 11 tahun kl ke china korang rase selamat sampai ke..nk kaya pon hagak hagaklah kn..dulu penah berbunyi kereta 10 tahun xselamat..apa kes pesawat 11 tahun selamat.. tamak nyusah kn org..only in ????!!

status kedua :
Isu kehilangan pesawat MH370 bukanlah berita yang patut dijadikan bahan jenaka. Bayangkan jika ahli keluarga kita yang turut berada dalam pesawat itu, tergamakkah kita untuk buat lawak?
Nabi SAW pesan, jika tiada benda baik yang hendak diperkatakan, lebih baik DIAM.
Masih tak faham apa yang Nabi SAW sampaikan atau sengaja melanggar perintah Nabi SAW? 

c/p

status ketiga :
MH370 ditelan bermuda triangle ? Betoi kaa ?


status keempat :
Ramai yang mendoakan mudah-mudahan pesawat MH370 ditemui selamat .‪#‎Keep‬ pray for it all Muslims . InshAllah penumpang and juruterbang dalam pesawat itu selamat :')

status ke lima :
Kapten berpengalaman ,
Rekod MAS cemerlang ,
Kapal terbang terbaik ...
Namun , Perancangan ALLAH mengatasi segala kehebatan manusia

#‎PrayforMH370‬ :')

 status ke enam :
Pengerusi SKMM , Datuk Mohamed Sharil menegaskan bahawa jangan mempercayai desas desus yang dipaparkan di laman sosial . Beliau memberitahu agar orang ramai tidak menyebarkan berita yang tidak betul kerana hal ini akan mencemaskan lagi keluarga mangsa . Hentikan sebarang spekulasi dan khabar angin dalam medan sosial berkaitan pesawat MH370 . Berita melaporkan bahawa pesawat hanya tidak dapat dikesan , bukan terhempas mati .

‪#‎KeepPrayForThem‬


status ke tujuh :
Bukan salah MAS
Bukan salah PILOT
Malah , bukan salah sesiapapun
Kerana apabila Allah berkata "
Kun faya kun"
Maka dengan sekelip mata benda
itu terjadi :')
Pray for them :')


status ke lapan :
Ya Allah permudahkanlah operasi pencarian pesawat MAS mh370...


status ke sembilan :
MH 307 dikhabarkan terhempas diperairan Vietnam.
Semasa terhempas kapal terbang dlm kelajuan yg tinggi. kedalaman laut dikawasan tersebut ialah 3km dn keatas. kalau ada mangsa yg terselamat amat mustahil. semua staff TUDM dn pesawat digerakkan ke Kota Bharu dn apabila dpt kebenaran dari Vietnam akan bergerak ke kawasan kemalangan. Al Fatihah kpd yg beragama Islam didalam pesawat tersebut. kelajuan yg amat tinggi peluang untuk menemui mangsa dan bangkai pesawat adalah amat tipis.


dan ini komen kawan2nya :
*Sahih?
*cmfrm??
*Insya,Allah peluang utk menemui mangsa dan bangkai pesawat tu tetap ada.klau betul terhempas dlm laut,serpihan pesawat akan terapung... 
*Mas pn xkabo
*laluan pesawat mh370 lebih kurang 250km dari pantai Kota Bharu. Vietnam n China telah mendahului SAR sbb mereka lebih hampir dn Vietnam dilaporkan telah menerima isyarat kecemasan.



*Friendlist abg ramai pilot. N diorg sndri marah ramai dok sebar. Kite doa aje.. dia sndri pn susah hati nk fly td bwk 170 org.. 
*benda-benda macam ni kita x boleh nak buat main-main.kena tunggu berita yg.sahih dulu.


status ke sepuluh :
MH370 pray for all. especialy.. my cousin on board.



Rasa saya cukuplah 10 status yg dapat saya pamirkan disini . jika lebih cakapnya nanti dikhuatiri banyak pula pembohongannya maka berdiam dan menanti berita yg terkini adalah lebih elok . sehingga detik 8.45 malam ni masih belum ada apa-apa berita atau maklumat terkini yg di sampaikan oleh pihak MAS .so sama-sama kita doakan yg baik-baik untuk semua penumpang yg terlibat . . .

*emm bagaimana saya sedang memerhati kesahihan  info ini :

Vietnam media: VN Navy says plane has crashed into the ocean 153 miles South of Phu Quoc island.   info dari sini . . . .  *takbir *



Comments