PERTANYAAN : 10.3.2014

assalammualaikum

bila Malaysia digegarkan dengan kehilangan MH 370 , 3 hari lepas, bukan saja semalaya malahan satu dunia turut bersimpati . kehilangan yg menjadi 1001 tanda tanya pada tiap individu termasuklah saya walaupun didalam kapal terbang itu tiada saudara mara saya tetapi ianya memang menyentuh perasaan saya sehingga saat ini .

kali ini semua '' manusia berhati mulia '' sudah pun memainkan peranan  masing-masing . apa yg saya maksud kan . orang -orang yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam pencarian tersebut . bertugas tanpa mengenal jemu dan letih .berusaha dari satu masa kesatu masa walaupun tiada tanda-tanda yg didapati . memberi infomasi pada seluruh penduduk dunia apa yg  terlaku dalam satu ketika ,kesatu ketika yg lain . sedikit je info cukup membuat sedikit hati yg bergelora menjadi sikit tenang . asalkan info yg diberi itu sahih dan bukan info yg palsu !


jika diketahui sedangkan pegawai penerbangan dari luar negara yg berpengalaman 40 tahun dalam bidang ini pun merasa pelik dengan trajidi ini ,apakah lagi kita yg tidak tahu apa-apa tentangnya . so ada baiknya kita tidak menimbulkan apa-apa spekulasi tentang kehilangan misteri ini . apa yg perlu kita lakukan berdoa agar pencarian berjalan lancar dan MH 370 cepat ditemui .

apa yg menarik perhatian saya ,seluruh negara dan dunia sangat ,mengambil bahagian untuk membantu antaranya :

bantuan kapal perang
bantuan kapal pejuang
bantuan helikopter
bantuan kapal nelayan laut dalam
bantuan penyiasat FBI
bantuan dari pakar-pakar perubatan
bantuan tentera dan anak-anak kapal
bantuan untuk keluarga mangsa
bantuan sokongan moral
dan doa-doa dari seluruh dunia
dan doa dari solat hajat dan bacaan yasin dari rakyat beragama Islam
Alhamdulillah ~

tadi buletin utama tv 3 ada menyiarkan saksi melihat sebuah kapal terbang  yg terbang rendah ketika malam kejadian di persisiran pantai kelantan ketika beliau sedang memancing  bersama rakan-rakan . dan seorang lagi melihat cahaya putih yg terang seakan-akan cahaya kapal terbang melintasi kediaman beliau selama 5 minit . dan polis report sudah pun dibuat petang tadi . apakah ini petunjuk ?  insya Allah...


persoalannya : dimanakah MH 370 sekarang ? . . . .  bersama kita teruskan berdoa kerana Allah maha mengetahui apa yg terjadi sekarang ni dan doa orang yg terinaya selalunya dimakbulkan .  AAMINN .


*bisikan nurani saya malam ni 10.3.2014

Comments