Posts

Showing posts from April, 2014

SEMANGAT YG HILANG

Pernah kah awak melihat seorang yg bersemangat  dan bersungguh dalam melakukan tugasannya ?

Kalini saya nak berkongsi bagaimana begitu bersungguhnya mahlok tuhan ni nak menari . . . lagu dia best ! Body dia . . . no komen heheee




1 MAY 2014

Image
salam mesra dari selatan tanah air . .  .awek johor nak meroyan jap ,sila bagi laluan ehem ...

esok hari pekerja ! yes 1 may datang lagi ! buat yg berkerja dengan syarikat-syarikat atau badan kerajaan ,tentu la wajib cuti ,kecuali yg kena standby tu ,kenalah kerja ye dak ?

tapi kalau yg berkerja sendiri macam saya ni . . hmm . . takdenya nak  kenal erti cuti hari pekerja  . kena jugak berkerja lahai susahnya nak cari duit ni kan . .. tapi saya tetap redha dan bersyukur sebab Allah bagi  rezki kat saya pada hari semua orang sedang enak bercuti . yelah duduk rumah pun bukan ada suami yg nak dibelai,bukan ada anak yg hendak dibelek ,so duduk kat tempat mencari rezki tu adalah jugak yg dapat di buat dan yg penting rezki saya masuk dan ianya mohon sentiasa menjadi rezki yg diberkati oleh Allah s.w.t ~ aaminnnn . .  .

KELEMASAN

Image
Awak ooo awak . . . pagi tadi ada murid saya mengadu dia kelemasan dan hampir saja sesak nafas ketika dibonceng oleh ayahnya kesekolah. mulanya saya bingung bila saya lihat kenderaannya hanyalah sebuah motosikal. . tetapi bila saya lihat ayah dia maka saya paham dan hanya mampu berpesan kepada dia " lain kali hati-hati tau . . "



BILA DINDA SAYANG KANDA

Hai  . . . jom kita tengok aksi bila dinda sayang kanda ni . kalau awak bawah umur 18 tahun dilarang menuntun sebab ada adengan  18sx . dan video ni paling syok dituntun lewat malam sebab baru feel dia ada rasa lebih . . erghhh . . cakap banyak tak guna , jum kita tuntun bersama  . . jeng3


LAWATAN INI

Hai . . .asalammualaikum

Selamat pagi untuk pembaca setia nun jauh disana ! Baru baru ni kita dikejutkan dengan kehadiran presiden Amerika Syarikat iaitu mr Obama ke negara kita Malaysia . Dan beliau disambut baik oleh rakan sejawatnya iaitu mr Najib Abd Razak *pm kita le tu *


Ada soalan yg diaju kepada mr Obama mengenai MH 370 dan jawapan beliau AS komited bantu misi mencari pesawat dan sedia meminjamkan lebih banyak aset kepada Malaysia .


Dan untuk soalan mengenai pm kita Dato' Najib beliau kata beliau menyifatkan pm kita tu sebagai tokoh pembaharuan yg komited .


Ok ! Terlalu banyak komitednya disini kan ? Apa-apa pun kita doakan yg terbaik untuk Malaysia.


dan tiba - tiba saya teringat pada perbualan saya dengan seorang jejaka harapan bangsa iaitu encik EpoolRoy mengenai masa depan Malaysia nanti ! Tapi . . perbualan tu lama dah berlaku hmmmm . .**Epool . . kita sayang negara kita kan awak kan ?





ITS ABOUT ME ?

Image
hai selamat malam awak  . .  .

malam -malam macam ni selain menunggu mata pejam ,layan jari menari pun best jugak . kalau awak pembaca yg sering bertandang kemari ,pernah tak awak terfikir siapa itu cik Lyenda ixati ? apakah kegemarannya ? apakah perkara yg dibencinya ? apakah cita-citanya ? apakah matlamat hidupnya ?  bagaimanakah rupa pasangan yg diidam-idamkannya ? meh saya story sat !

saya Lyenda ixati ! umur saya tahun ni masuk 24 tahun dah.status ? ( dalam pertimbangan )ceh* boleh pulak gitu fuh !

bila ditanya tentang kegemaran ,saya akan jawap saya suka melihat telatah manusia . tak kira manusia dialam maya atau dialam realiti . melihat sikap dan perangai mereka maka akan tersingkap juga keburukan dan kebaikan saya ! dan jika yg baik maka saya akan follow ,tapi jika tak berapa baik maka saya akan buat la tauladan . senangkan ?

apa perkara yg buat saya benci ?
ye sejujurnya saya benci orang yg suka membebel pasal kerja dia lah , harta dia lah , pasal keluarga dialah , tentang s…

RAZMAN ??

Image
lahai  . .gosip pulak  . .  kali ni nama Razman naik pulak dalam sejarah hidup saya ! benda yg dah hampir bertahun berlaku tetiba jadi satu cerita hot !!

saya ingin jelaskan disini Razman yg ada dalam jiwa naluri saya tu ialah seorang insan yg mana sebelum zaman saya ada akaun fb ni pun dia dah mari dah dalam dunia saya ! dia lah yg selalu bermain dalam jiwa saya waktu itu. banyak persoalan kenapa kami terpisah dan berpisah setelah 4 tahun couple ! oyeah !


cik Lyenda siapa kah dia razman ?
jejaka harapan malaya yg saya jumpa selepas saya habis SPM , saya duduk rumah 24jam then bosan-bosan on lah qute games ! apa qute games ? cari kat rumah mr google .



bila kenal razman ?
dalam tahun 2009 waktu tu qute games masih free . tak kena charge sesen pun ! siang malam pagi petang dok mengadap hp ! wow ! gilerrr dan masa tulah saya jumpa razman saya tu !



pernah jumpa razman face to face ?
tak pernah tapi call selalu lah maklum kekasih  itupun selepas 2 tahun kami couple baru saya bagi dia numbe…

BUKAN MUDAH

Hai. . .awak
Katanya kalau menyanyi siapa-siapa pun boleh. . tapi cuba tengok cik abanglalala ni nak belajar menyanyi . . .



Payah kan sebenarnya nak menyanyi hmmm. . .hancurla lobak dan labu tu nanti heheee

YANG SEBENARNYA

Image
inilah pengakuan kak Lyen tentang apa yg dia dah buat untuk adik nya Mia . . .


beb . . aku tau kau syg giler kat poksu , aku yakin ,memang yakin poksu pun memang sayang giler kat kau . aku tak marah korang bercinta sebab poksu single dan kau pun masih single . apa yg aku mintak ,boleh tak kau fikir tentang akan datang bila mana kau jadi orang rumah poksu ??? andai itu takdirnya nanti ?

beb , aku pernah menaruh kan harapan dengan jiran poksu , tu dah kompem kau tau punya kan ? malangnya hampir 4 tahun harapan tu kita orang bina akhirnya hancur disebabkan kelemahan diri masing-masing terutamanya aku *akak kau*

beb cuba kau bayangkan ,jika kau jadi isteri jiran kepada ex -bf aku ? ada banyak risiko akan timbul doe ! antaranya kau rase handak ke aku tunjukkan muka aku yg sebenarnya kat dia satu hari nanti lepas aku mainkan perasaan dia dan lepas dia dah hancur kan hati aku ni  ?

kau sedar tak beb ??? hati aku dah tak pandang dengan semua lelaki hanya sebab dia ???? sehinggakan aku serik …

TAK PERLU KATA APA-APA

Image
hai awak  . . .  dalam dunia ni bila kita cakap bersedekah/berderma  je ,secara automatik orang akan terfikir emm mesti lah kena ada duit ,lepastu boleh la bersedekah atau menderma .

tapi yang sebenarnya di zaman moden ni ada banyak yg boleh kita sedekahkan walaupun tanpa keluarkan duit walau sesen . ia termasuklah derma darah , derma idea ,derma organ dan derma apa-apa sahaja  yg dibolehkan termasukan sesuatu yg paling mudah dan ringkas , tolong dermakan senyuman anda disini  . . .  hehee

ye itulah antara yg boleh didermakan tanpa mengeluarkan wang atau menghabiskan harta benda . . . selamat tersenyum ye :)

KELUHAN MALAM JUMAAT

hai . .  . malam jumaat muncul lagi  . . . . malam ni leka bersembang dengan kengkawan dunia reality dan dunia fantasy saya  . . .  alhamdulillah semuanya bertambah sihat dan ceria ..

hujan yg turun sejak tengahari tadi membuat kan  malam jumaat saya bertambah sejuk disini . haish . . untungla yg sudah ada pemanas tu  (heater ) hahaha

orang single macam saya ni hanya dok membebel di blog , di laman social , di dalam minda dan dimana-mana yg terdaya lah untuk meleaskan bosan dan kesejukkan ! haha kesiankan . . tapi saya tetap redha kerana ini lah yg dinamakan dugaan kecilbagi insan yg single mingle . *ceh

oklah dah pukul 12.35 , mata dah mamai , dah puas gelak dengan Anis sengal dan mat arif ngokngek . . selamat beradu awak   . . k bhaiii . .  .

Nak pecah perut saya gelak masuk sini . . . 

* adehhj .  . .anis punya status untuk kengkawan je lah awak . . . .hmm*

MANA BISANYA

hai !  awak tengok ke rancangan kilauan emas ke 2 tu ? malam tadi merupakan malam prmulaan konsert dia kan ? saya sebenarnya tak berapa minat rancangan begini tetapi oleh kerana tengok tv secara berjemaah , so layankan je lah bila otai-otai yang masih berbisa di rumah saya ni nak sangat menuntunnya  . .


bila lihat makcik-makcik dan pakcik-pakcik menyanyi malam tadi saya agak tergugut sebab saya rasa kalau dibandingkan dengan anak muda yg rajin ambil bahagian dalam rancangan macamni ni  *rancangan yg beradu suara, kalah rasanya orang muda !

cuma ada cumanya jugak tu . .
saya rasa sedih sebab masih ada otai yang menyanyi diusia 60an sedangkan usia begini Allah beri untuk menambahkan lagi amal ibadah ,bukan menambah dosa-dosayg belum pudar. ok fine !!  dia buat dia yg dapat ,tapi sebagai muslim , kita mesti  ada rasa tanggungjawab pada muslim yg lain . . .sekian ~


SAJA MENDUGA

hai awak !

malam ni saya sengaja cari pasal dengan seorang gadis ! memang sengaja ! untuk apa ? hahaha untuk tahu  bagaimana kah reaksinya bila saya kata yg saya nak cari lelaki yg tak reti bukak apa-apa laman sosial didunia alam maya ni . nampaknya kerja saya berhasil ! jum tengok !



Mohdzulkarnaen Kedah
Sy nk tnya pda semua yg baca stats ni jika di beri pilhan pasngn mcm mana yg U ALL nak di jadikan pasngn hdp. .

 1. Baik hati.
 2. Hormat orang tua/muda
 3. Brtngngjwb
 4. Suke tlng orang
 5. Briman (soleh/soleha)
 6. Pndai melyn
 7. Rajin
 8. Memahami
 9. Pndai ambk hati
 10. Pndai urus kewngan
 11. Bnyk harta
 12 . Hensm / cntek
 13 . Bijak /pandai
 14. Lasak
 15. Pndai brdikari
 16. Ad krja tetap
 17. Sntiasa jga perckpan
 18. X memileh
 19. Kerja krajaan
 20. Kerja swasta

 lain - lain yg xad dlm list nyatakan jujur oke munkn dgn kejujuran u all boleh dpt jodoh yg baik .
 rajin - rajin lah brdoa ALLAH sntiasa mendgr
3 hours ago
Unlike

Shu Cyunx Dyea
xssah eh. Kna cqi btoi2 la.
L…

ADA NIAT YG BELUM TERCAPAI

Image
hai awak . . . .
pernah kah awak terfikir selama beberapa hari ni saya sedang berusaha untuk melupakan awak ? tapi sejujurnya saya katakan disini  yg saya tak boleh  . ..  sangat-sangat tak boleh ! *sebak *

pernah hati saya menjerit mengatakan bahawa awak bukan milik saya lagi ! lemparkan semua kenangan  kita itu kedalam gaung yg dalam !! ye saya akhirnya akur ,memang sukar untuk saya lakukannya !


membenci awak bukan tujuan saya hidup didunia ini .
melupakan awak bukan permintaan saya ketika berdoa .
makin saya nak lupa ,makin saya teringat-ingat !
aaaah . . memang perit kerja melupakannya tak semudah kerja merindukannya . . .  . entah bila tujuan ini akan temui jalan penamatnya saya pun tak pasti . . .


HARI-HARI KITA

Image
hai  . . selamat malam awak  . . percaya kah awak bila saya katakan bahawa hidup ini amat misteri kerana kita tak tahu apa akan jadi esok tapi kita selalu rindukan semalam ! padahal dalam masa yg sama esok itu jugaklah yg akan menjadi semalam selepas menjadi harini . . aaaa bingung lah tu ,baik pahamkan perlahan-lahan .

bila kita terjumpa esok sangat mustahil kita akan kata ' yey !! aku berada di hari esok sekarang ni !! '' kompem orang sekeliling akan kata " gila punya orang'' ini harilah bukan harini itu esok !! kan awak kan ? hahaha kompem tambah bingung la tu :p

yg pasti setelah kita letih menghadap hari ini , Allah akan menggantikan esok sebagai hari ini pula . . misteri kan namanya  . . .  ye  . . saya suka esok !! yes ! saya tunggu esok !! untuk apa ? sebab esok akan ganti hari ini saya yg dah hilang . dimana hari ini saya tu ??? ia sudah menjadi semalam  . .  dan semalam itu kini menjadi kenangan buat saya  . . .

aah sedihnya  . .hari saya semakin be…

JIWANG MALAM JUMAAT

Hai awak . . .selamat malam jumaat . . . malam ni lambat pulak mata saya mengantuk ,agaknya  kesan dari minum nestcafe petang tadikah ? entahlah . . yelah kot !kafien dalam nestcafe tu sangat power . .  . kat luar tu saya dah dapat dengar bunyi anjing menyalak ! huuuu huuuu .  .tapi saya masih lagi menaip di meja tulis ni ,layan perasaan ~ perasaan ni bukan sering kali saya rasa tapi perasaan ini buat saya tak boleh tidur  lena laaaa . . . . .


awak . .  . adik saya yg berusia 11 tahun tu pergi champing ke sebuah resort di salah satu tempat peranginan di Johor ini ! dia  mengikuti aktiviti ko -kurikulum sekolahnya  dan saya rindu dia  . ye saya rindu adik ketika ni sangat-sangat . .  merindu pada yg halal tak salah kan awak ? hmm . . .


selalunya dia lah  teman tidur saya  dirumah kami ini ,dan jika saya pulang ke kampung , dia akan ditemani oleh mama atau adik perempuan saya yg seorang lagi tu  , tapi malam ini ,dia hanya tidur di khemah bersama teman-teman dan guru-gurunya !aduh bagai…

PLEASE DONT THINK YG KAMU DAH KENAL SAYA

Hai awak  . . .  .setelah didesak akhirnya terpaksa melanggar pantang hmm . . makanya termasuk semula kedalam peshbuk itu . . iman tak kuat  betul ! tapi serious terpaksa kerana desakkan siganas itu ! oh ye ! termaktub ,pastinya saya sudah dapat kesan gerangan hamba  Allah yg dimaksud kan oleh adik ! dalam ucapan tengs , saya tersentap bila dia salah tapsir kan tentang siapa saya yg sebenarnya !

Beliau seseorang yg baru beberapa bulan mengenali saya  . baru tahu sedikit sahaja perihal saya ! mengenali saya hanya melihat pada komen-komen gedik saya dengan teman-teman siber itu ! ish . . . inilah manusia  mudah sangat buat andaian tentang perangai seseorang kan !  sedangkan dikeliling senarai teman-teman saya tu ada kawan saya sudah lebih 4 tahun mengenali siapa saya so mereka lebih kenal saya dan sebab  itulah saya berani berkomen gedik yg mana pada saya habis situ  je perkara itu ! tak perlu  berlarutan  keluar lagi ! ye semua itu hanya merapu je lah !!

awak bayangkan lah kalau betul …

TUMPANG LEPAS SESAK

Image
malam semakin suram . . suasana sepi sangat mencengkam jiwa . . . dalam resah saya masih tak boleh nak pejam kan mata ,maka meroyan lebih elok dari asik terkebil-kebil tengok bumbung  rumah nenek ini . kejap-kejap nampak cicak bercinta ,kejap -kejap ada kumbang sesat terbang,kejap-kejap ada bunyi cengkerik ,kejap-kejap ada bunyi aaummm .  . .   entahlah bunyi apa tu  . . mohon  jangan menatang ni yg bunyi nanti sudah la  HA~HA~HA~HA . . .  .selamat malam , tumpang lepas sesak kejap ,boleh ?? adeh !!




selamat malam awak .  . . .*tarik selimut lelaju*

KESEDARAN PERLU

Image
Awak . . .
kalau awak ingat ,sebelum ini saya sangat gemar bercerita tentang pasukan bola kegemaran saya . semua page mengenainya saya liked ! group  kawan-kawan invited saya joined ! hampir kesemua page dan group di peshbuk saya join dan like ! peh seronok sungguh. . . masa tu kalah ke menang saya tetap setia menyokong ! yeah . . merah biru tetap dihati !

kemudian hari berganti hari. banyak insiden berlaku ! apa yg paling memalukan sehinggakan melibatkan pertumpahan darah ! saya tak kata orang luar nakal , apa yg saya akui masing-masing semua nakal ! otak belum tahap profesional dan belum  matang !

pergaduhan sering belaku dipage ! di mana-mana di peshbuk tu ,dipadang, di stadium  sehingga sampai satu tahap saya naik muak ! loya dengan ayat -ayat penyokong fanatik semua  pasukan bola yg popular itu ! lama kelamaan saya jauhkan diri dari page dan group tersebut supaya saya tak lagi membaca ayat -ayat kurang elok mata membacanya ! saya takut mata rabun saya makin tinggi tahap kerabuna…

ALAM MAYA

Image
hai . . .bila dah sendirian macam ni . macam -macam cerita boleh datang dalam fikiran saya .yg baru,yg lama,semua dok muncul kembali .entahlah . . mungkin fikiran ni tengah dalam proses pengubah suaian kot. tu yg yg lama pun boleh teringat.

dulu ,ada satu hari ,waktu saya memang kerap sangat muka buku dan berkomen dengan teman-teman alam maya *tapi   . . .  ahha bukan 2 alam tau*  tiba-tiba saya terjumpa satu status ! sorang friendlist yg nampaknya sedang bersedih sedan ! dengan dp muka buku -  mata yg sedang mengalirkan air mata ,ada seiras-iras macam pic bawah ni la sikit-sikit  kot  . . .


tapi ketika tu dia tak guna pic ni tau ! ni cuma bayangan saya je ok  . . .entah dengan tidak disangka ,jari saya begitu gatal untuk menghantar massage untuk nya . saya tanya dia kalau tak menjadi keberatan dia saya teringin nak tahu , apa sebenarnya yg terjadi kepada dia . dengan pantas dia minta saya janji untuk tidak beritahu orang lain tentang  problem besar dia hadapi .saya pun berjanji untuk…

PAKCIK ?

Image
salam senjakala . . . .suara kanak-kanak buat saya rindu taska . tapi disebabkan tanggungjawab yg ini lebih penting disini ,akhirnya saya kena tahan rasa rindu ini . . . .semalam adik ganas saya ada call , katanya :

kak ! pakcik tu sapa ?
hah!?! pakcik ?!!
friendlist akak tu la . . .  .

*puas saya refresh minda yg dah mula slow ni untuk mikirkan siapa gerangan 'pakcik' yg adik saya maksudkan tu . . .

apa pakcik dah buat kat kau? soal saya .
dia tak buat apa-apa tapi dia dah sekolah kan orang  ni . . .
dan dia ada pesanan untuk akak jugak . . .
apa dia pesan ?? saya terkejut ,jiwa makin resah
kak ! kata dia  . . .

Pesan kat akak kamu, yg banyak dia tegur sapa dari dulu kat timeline tu, sekadar hai2 lebih selamat. InsyaAllah. kerap juga dia layan buaya..pakcik memang tak suka buka aib org..cukup sekadar, dia berhati2. Biar memilih kawan asal tak tersalah pilih dijadikan.mangsa si kawan. Moga setiap tindakannya dalam fb, menyelamatkan dia dari tangan2 durjana. Sama2 bantu.

Pakci…

DOAKU UNTUKMU

Image

MAKIN SULIT

Image
Hai . . .

dunia kita makin lama makin tua kan awak kan .bila dah tua ,macam-macam penyakit sampai .biasanya orang tua kalau sakit dia risau ,dia mesti terfikir bahawa umur dia makin singkat .

tapi lain pulak dengan orang tua diMalaysia ni . baru-baru ni saya menuntun tv . ada program yg melibatkan orang tua untuk ambil bahagian . mulanya pada saya mana ada orang tua nak  join la, mesti mereka malu kan? almaklom orang dah tua .

tapi bila disiarkan ada tragedi di sebuah pusat membeli belah disebabkan program tu, terkejut besar saya ! beristigfar  saya waktu tu ! astagfirullahhalazim . . . macam ni pun ade??? entah dimana silapnya kan.dalam usia singkat begitu mereka masih berusaha untuk mencari dosa .aduh . .

mohon dijauhkan dari keluarga saya semua ini ya Allah . . . .  rupanya bukan saya je yg memandang perkara tu memalukan . .ada lagi segelintir yg turut sama memandang perkara ini sebagai satu yg memalukan !

apa maksud pencen ye ?


ADA UBAN DAH ?

hai awak  . . . awak dah tua ? dah baligh ? dah beruban ?
katanya lah kan  . . . . JANGAN CABUT UBAN .. sebab  . .  .



Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya uban adalah cahaya islam”. Janganlah engkau mencabuti uban. Tidaklah seorang muslim beruban dalam islam, melainkan dia akan mempunyai cahaya, kelak pada hari kiamat”

Baginda juga  bersabda : Sesungguhnya ALLAH merasa segan terhadap orang yg beruban”. Yang dimaksudkan disini adalah segan memberi siksaan kepadanya.

Pencabutan uban merupakan bentuk penentangan terhadap takdir ALLAH, membenci perbuatan-NYA serta tidak rela terhadap ketetapan-NYA. Uban menjadi peringatan dari ALLAH akan datangnya kematian, pencegah nafsu syahwat, yg menyuruh mempersiapkan diri menghadapi kehidupan akhirat.

 (Syaikh Abdul Qodir Jailani).

AKHIR ZAMAN

Image
hai awak  . . .selamat tengahari ,dalam rindu makan ku lalu hehe . .selera je makan harini maklumlah kan hari hujan  . sambil menunggu pak bilal bersuara melaungkan azan ,saya sempat lagi membuka email dari someone yang bertanyakan '' wei ! orang negeri kau ni pehal beb ??'' dan bila saya lihat  . . nilah hasilnya . . .



adoi . . saya nak cakap apa ?

ni memang orang tempat aku ni  ,
tapi aku tak kenal dia la beb . . itu jawab saya .


awak jika dilihat pada usianya  ,bukanlah kanak-kanak belum baligh tapi dah macam ada cucu gayanya ni . sanggup membuat report hanya sebab laungan pak bilal  ??? sedih .  . . manusia akhir zaman ,azan pun tak suka . saya ni kalau boleh  tiap masa nak dengar azan supaya saitan lari jauh dari jiwa saya  . dan saya pulak dekat dengan Allah . . . .astagfirullahhalazimm . . . .  ya Allah kalau pakcik tu silap , Kau perbetulkan la akidahnya supaya dia menjadi contoh yg baik kepada muslim yang lain nanti  . .aaamminnnn . .  .


TUNTUTAN ALLAH JADI BAHAN

hai . . .Assalamualaikum .  ..riuh semalaya dok sembang pasal tudung cik kak  tu , dari wanita hingga ke lelaki , dari remaja  hingga ke warga emas . puncanya ??? entah . . .

saya ada terbaca seorang wartawan tv mengatakan  dilaman sosialnya 'dulu hanya melihat wajah ayunya diiklan-iklan , sungguh manis sekali . . . kini setelah dia bersuara . . .*ramai orang kecewa. . . saya tak maksud kan sesiapa tetapi pandai-pandailah awak menilaikannya siapa gerangan yg cantik manis tu  yg dia maksudkan ye .

tudung ! antara pakaian   penutup aurat untuk orang perempuan muslim selain baju longgar dan kain labuh serta  stokinnya . apa yg menyedihkan sejak akhir-akhir ini orang sanggup membuat dosa hanya untuk satu item yang menjadi tuntutan Allah itu ! sedih sungguh  . . kerana harta ,kerana tamak ,kerana takut rugi . ah ! manusia mana pernah sempurna . . . .  *positif*

pada saya  ,sebagai muslim sesama muslim ,sebagai orang melayu sesama melayu , bagilah tolak ansur  , janganlah mengambil tind…

KARIPAP

Image
Hai awak . . . katanya karipap itu umpama manusia ,diluarnya kelihatan serupa tetapi didalam intinya berbeza-beza memang gitulah kenyataannya kan .  kadang-kadang tu tengok pada luaran sangat menarik ,macam sedap tapi bila dah masuk mulut ,ada yg masin , terlalu pedas ,tawar dan paling teruk rasanya basi ! Itu belum lagi tukang jual cakap kat kita  intinya sadin tapi  bila dah sampai rumah ,bila nak makan je rupanya dalam tu hanya berintikan keledek ! yuh !! tipah tertipu la nampaknya . . .


awak ,walau apa pun intinya karipap itu yg paling penting sebagai tukang makan  ,bersyukurlah atas tiap yg awak dapat, sebab ada orang tu cari karipap tak dapat-dapat sampai sekarang sebab tukang jual dah merajuk KATANYA ! agak-agak karipap apa ekk ??




ANTARANYA ADALAH DIA

Image
Hai . . .bila seseorang bertanya , siapa lelaki dalam gambar itu ?dengan senyuman malu-malu saya akan menjawab . . . dia adalah antara seorang lelaki yg pernah muncul dalam hidup saya suatu ketika dulu hinggalah petang semalam .


dan bila ditanya siapa dia dengan saya ?yup dengan sebak saya akan menjawab  . . . dulunya dia sifu saya  . .dia lah yg mengajar selok belok macamana untuk berblog , apa itu website , apa kegunaan  rumah mr google , dengan dia jugak saya belajar  apa itu erti gurau , erti  gaduh , erti merajuk ,erti marah dan erti cemburu . ye dia lah antara gambaran gaya hidup saya suatu ketika dulu    !


maksudnya ??? maksudnya takde makna maksudnya !! 
hahaha siot !kepohchi betol lah !!


pernah seseorang tanya saya . . .dia bf kamu kah ? dengan seloroh saya menjawab bukan  !!! dialah musuh dalam selimut saya tapi saya tak rasa macam tu pun  , sebaliknya saya rasa  dia tu lah abang saya , cikgu ICT saya  ,pengetua  saya , teman baik saya , kawan tempat saya menangis  ,kawan t…

KENANGAN MENGUSIK JIWA

Image
hai . . . .

bila muka buku sudah deaktif banyak benda tak dapat buat bila on notebook hahaha padan muka saya !!! opsss hati-hati , kata ego so lantaklah nak deaktif ke tak kan? pheww memang ego !

apakah aktiviti biasa saya bila on muka buku ?
nak tau dak? meh story sat . . .

*mula-mula saya akan check inbox ,tengok insan mana kah yg sudi mengirimkan text kepada saya ,biasanya memang insan-insan yg biasa send text je adalah dalam 4-5 orang gitu , yg luar biasa tu kadang-kadang ada jugak texting tapi selalunya saya akan bukak je ,then baca untuk membalas tu hmmm . . . .hold on ! hahaha awak pun  buat macam tu juga kan?? haha saya tau la . . .


*lepas balas text biasa-biasa tu , saya akan buka notification pulak . tengok comments ,likers and invited . kalau dulu notification saya penuh dengan close friend punya aktiviti tapi sejak saya remove semua dari close friends  ,langsung takde ! apa yg ada cuma noti pasal status saya .lulus !!

*bila dah balas komen or merayau dalam timeline , saya…

NIKMAT DAN SYUKUR

Assalammualaikum  . . .thanks to Allah  yg dah beri saya peluang untuk membuka hati ini  kemari . thanks juga to Allah yg telah menghidupkan saya setelah saya dimatikan malam tadi . thanks  to Allah again and again  untuk tiap nikmat yg dihulurkan sejak saya dilahirkan kedunia ini sehinggalah ke hari ini

dulu pernah waktu saya kecil  ( dalam lingkungan umur 7  or 8 tahun  ) saya tanya mama :

nape mama keluarkan Hetty ? nape mama tak simpan je Hetty dalam perut mama tu ? nape mama buat Hetty ? buat Hetty untuk ape ? macamana mama buat ? macamana mama keluarkan ?  kenapa mama yg kena buat? kenapa tak ayah je yg simpan Hetty dalam perut ayah tu ? kenapa tak ayah je yg keluarkan Hetty ? Hetty kan anak ayah . . .

dan jawap mama :

emmm .  dah malam ,gi la tido   . .esok kan nak gi school . . nanti  Hetty dah besar  . .dah bijak pandai , Hetty tau semua jawapannya . mama tak pandai nak cerita sekarang nanti Hetty tak paham  . bila dapat info yg salah nanti kita sentiasa fikir benda-benda yg …

CLOSED !

Image
senjakala Ini tiada apa  yg menarik lagi . nampaknya semua bakal berakhir disitu . . .  dan ianya akan kekal disitu . terima kasih untuk semua kenangan  . .. . gud luck untuk semua . . .  assalammualaikum


MOHONLAH MENGERTI

Image
Kenapa dan mengapa . . . .

itu persoalan saya sekarang ni . kenapa bila sudah tahu dia milik orang , kita masih terlintas untuk menghampirnya ? macam takde orang lainkah untuk dituju ? sudah habiskah manusia didunia ini untuk didekati ? meroyan lagi !

ye . .saya pelik dengan sesetengah manusia dialam maya ini . perangai yg mana dia sudah tahu tapi buat-buat tak tahu!! ye sangat kerap saya jumpa . contohnya diri saya sendiri . bila saya kata  yang saya sudah ada 'bf ' tapi  . .  masih ada insan yang masih kerap menghantar massage untuk saya diinbox tu . antara kata-katanya . . .

dia ~jgn layan perasaan sorg2,layan perasaan dgr sy tak pe hehehe...awk jgn bg nbr phone sy kat org lain tau itu khas untuk awk je?

saya~ok sy sedang bkerja sorry 

dia~owh...tak sy faham,sy pun duk keja,curi2 nak msj dgn awk,hati sy rindu nak msj dgn awk...nasib baik awk dah ada bf,kalau tak ada sy nak minta duk dihati awk, kenapa manusia macam ni perangainya ek awak ? Tak dilayan kata sombong , bila …

LEPASKANLAH

Image
hi . . .

biar langit itu mendung ,namun jangan pernah katakannya untuk hati . sebab jika hati mendung makanya seluruh hari kamu bakal  lesu .

ok . . . .mukaddimah yg cantik ! tapi di Johor harini cuaca sangat indah .cerah saja mentari bersinar. dingin sekali angin yg berhembus lembut membelai dipipi . . . ceh*

tapi bila bersantai di lereng muka buku !!  berbagai mood akan ditemu  . . .insan kekecewaan ,insan kemarahan ,insan kegembiraan ,macam-macam insan ada  . haha habislah mood sentimental saya tu jadinya . . adoiyai !

awak . . . ada orang kata untuk apa luahkan difacebook ? kan lebih baik berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan segala masalah itu? eh !

memang betul la kata orang tu tapi selain berdoa kita jugak perlu untuk meluahkannya  sesama insan . bila sudah terluah semua yg dipendamkan makanya barulah hati rasa lega . barulah boleh nak rasa lepas sikit bebanan diminda . baru lah rasa free .? eh ! ni betul ke bohong ni ???

awak . . . .hmmm . . . .  aduh . . . . . . .awak saya…

INDAHNYA DUGAAN

Image
hai awak . .  .sakura digurun sahara katanya. . . Malaysia kita sekarang dilanda  dengan fenomena bunga ala-ala Korea dan Jepun . indahnya  . . .setelah Allah duga kita dengan musim panas yg panjang kemudian kehadiran dengan jerebu nya pula dan kita kini dianugerahkan dengan keindahan yg sungguh menarik .  barulah boleh kita tenguk kereta buatan Malaysia berlalu dibawah bunga-bungaan indah  . 


awak . .
tiap yg datang menduga itu ada hikmah disebaliknya . sebagai insan yg berakal , kita harus menganggap dugaan itu didatangkan sebab kita disayang . ye Allah menduga pada tiap hambanya yg disayangi . cuma segelintir hambanya kadang-kadang lupa pada tiap pemberianNya  dan rasa malas untuk bersyukur . . .*takbir*


*kalau nak tengok gambar lebih lagi,pergilah ke rumah mr google ye awak . . .  hee

CINTA DIKACA MATA KU

Image
selamat pagi sayang . .  orite ini  untuk yg nak disayang ,kalau tak  nak disayang pun boleh . .   yg penting isteri or kekasih tak marah bila saya panggil awak sayang  . hehehe

tapi ada orang cakap 'panggilan sayang' hanya untuk orang yg istemewa je ,untuk dia yg disayang je dan bukan untuk semua orang  .sebab nanti takde feel la bila nak  panggil sayang kat kekasih lagi . hee entahlah tapi pada saya kalau untuk insan teristemewa ni la kan,saya lebih suka bagi nama manja untuknya  bukan lah panggilan sayang tu  .

apakah nama manja untuk dia yg cik Lyenda sayang ? jawapanya  . . .nantilah tunggu lah dia muncul betul-betul depan mata then baru saya panggil dengan nama tu hee *meowwww. . .  .

menyayangi memang wajib ,yg tak berapa perlu tu menyintai ! eh . . dah lama saya tak guna ayat ni kan. . terlalu sibuk barangkali sya ni . . haha aptb !

apakah maksud cinta bagi cik Lyenda ?
cinta tu umpama bau , dia ada dimana-mana cuma kita tak tahu mana satu bau yg sesuai untuk kita. yg …

CUBA FIKIR DAN TUKAR

Image
Awak . . . .

 . .  dah genap sebulan MH 370 hilang . dah genap sebulan jugak kita menanti kepulangannya . dah genap sebulan jugak kita rindukan berita darinya . . .awak  .hati saya ni selalu berbisik nakal . . .  katanya   :

untuk apa merindu pada dia yg jauh darimu . . untuk apa menanti dia yg belum lagi pasti ingat pada mu . . untuk apa berbicara pada benda yg tiada . . .  kelak kamu akan merana kerana merindu pada yg tak tahu . . . 

*aaah . . silap saya barangkali kerana mudah sangat membuat spekulasi . dan sekarang ni saya ditinggalkan sendirian tanpa sebarang berita .


awak . . .  saya benci khabar angin sebab ianya selalu berita yg tidak betul .

MH 370 tu cuba awak tukarkan dengan gantinama *awak* heeee . . .




ADAT PUAK MANA

Image
Assalammualaikum awak . . .

harini ramai betul yg sambut birthday kat peshbuk saya tu . alhamdulillah  sebab Allah masih izinkan mereka untuk menikmati sambungan usia mereka lagi kan . aaminn . . .  nikmat jugak tu namanya.


dan biasanya orang akan cakap . .selamat hari lahir ,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ! tu bermakna kawan awak memang nak awak menjadi yg terbaik di penambahan usia awak tu ! dan kita akan katakan  . .terima kasih ye . . .  heeheee *jangan pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih kat seseorang ye . . budi bahasa amalan mulia ok ~


ok tu ayat biasa lah kan  tapi era ni  terutama anak muda belia ,akan sambut harilahir dengan balingan ! apakah maksudnya ? ye . . .sekarang ni ( beberapa tahun  yg lepas la maksudnya ) bila seseorang tu menyambut hari lahirnya ,kawan-kawan rapatnya akan membaling telur atau tepung ke birthday boy/girl!   ish ish ish . .


motif apakah disambut cara begitu ? kan tak elok membuang benda makanan . . adat puak manakah yg mereka iku…

NAMPAK MUDAH TAPI SUSAH

Salam maghrib sayang . . .

bila kita tunjukkan sayang kat seseorang ,bagaimanakah cara nya untuk kita yakin kan kat dia yg kita sedang sayang sangat kat dia ? ada orang cakap kalau sayang kenalah selalu *kontek* owh  . .memang kena ke ? kalau yg di sayangi tu perempuan dengan perempuan mungkin tak menjadi hal ,bagaimana dengan perempuan dan lelaki? tidakkah suara itu aurat jugak ?


ala cik Lyenda ni . .geli doe asik cakap pasal hal muhram ni . . macam kolot jek ,itu tak boleh ,ini tak boleh . . .adat la orang tengah sayang,calling-calling . . tu pun nak kepochi laaa. . .  .!


uit ! ada suara memberontak diluar sana ! ye memang kalau part agama ,orang muda belia akan boring  nak dengar or nak baca. . tapi itulah kenyataan  . aurat tetap aurat . .  halal tetap halal dan haram memang tetap haram . .   siapa yg tak puas hati dengan kenyataan saya boleh la pm saya di peshbuk saya tu huhuuu . . saya setia menanti text dari anda !

BICARA TENTANG LELAKI ITU

Bila  berbicara tentang lelaki itu . . .

lelaki itu  . . .bukan angkuh pada dirinya tapi dia cuma mengatakan apa yg dia fikirkan perlu sahaja .

lelaki itu . . . sering dianggap pendusta bila segala janji yg dia berikan tak mampu dilaksanakan.

lelaki itu . . . bukan memilih dalam mencari teman hidup ,tetapi padanya bukan wajah harus jelita, tetapi hati budi dan ketenangan yg abadi itu yg pilihan utama . dia mahu cinta yg asli ,bukan cinta copypaste atau cinta buatan Taiwan yg hanya mampu bertahan beberapa minggu . padanya beribu yg datang bertamu dalam hidup , tak mudah untuk membuat keputusan . padanya teman hidup itu bukan lah yg hanya  mendoakannya ketika dia hidup ,tapi ianya akan sentiasa mendoakan ketika dia dah mati  nanti .


lelaki itu  . .  telah mencoba sedaya upaya untuk membahagia kan kekasih hatinya dulu ,namun akhirnya dia kecundang jua ditengah jalan . puas dia memikir kan apa kah puncanya ,namun dia masih lagi buntu untuk mendapatkan jawapan .


lelaki itu . . . …

NYESAL KENDIAN WATPE

Assalammualaikum  . . .

harini serius takde mood . .entah kenapa saya pun tak tahu . bila semua kerja dah settle , duduk mengadap notebook tapi minda saya entah kemana .

mungkin hari jumaat , so tak perlu lah nak fikir yg bukan-bukan , lebih elok duduk sambil membaca info menarik dari blog yg berkisar perihal agama lagi berfaedah rasanya . maklomlah kan dulu sekolah agama tak dapat pun habiskan sampai sekolah darjah 'khas' sekadar darjah enam je .

satu persoalan disini  . . .adakah semua sekolah agama di Malaysia ni akan berakhir dengan darjah 'Khas' ??? emmm . . sepupu saya di KL pernah cakap yg dia takde darjah 'khas' di sekolah nya bila tamat darjah enam . betul ke bohong ni ??? kata dia ,untunglah budak Johor dapat sambung belajar dikelas Khas . lahai . . saya yg duduk Johor ni pun tak dapat masuk  kelas tu . orang yg  takde peruntukkan pulak beria nak masuk  . bukan mudah sebenarnya nak masuk belajar ke kelas tu kalau keputusan peperiksaan darjah enam tak …

TAKBIR !!!

Image
Assalammualaikum awak . . .

sebagai penduduk tetap negeri johor ,harini merupa kan hari yg sangat sedih bila masih ada lagi segelintir manusia yg ingin meneruskan aktiviti maksiat mereka dalam negeri ini. setelah rancangan mereka gagal sewaktu distadium Bukit Jalil bulan lalu, tiba-tiba acara mereka bersambung pula ke negeri Johor ! negeri saya tu awak ! saya haramkan acara sebegini dibuat dinegeri saya ini ! ianya memang sangat-sangat menjijikkan dimata semua umat Islam !


acara yg dijalankan ditepi kolam renang ,bersama wanita berpakaian separuh bogel atau berbikini . dan mendapat minuman arak percuma !!! aaah ! tidak kah mereka tahu negeri Johor sultan beragama islam ? kami ada jabatan agama islam? kami ada mufti ! kami ada akal ! kenapa mesti mereka buat acara begini ? kalau benar ini acara untuk majlis persendirian mengapa perlu diwar-warkan di media sosial??


awak . . nampak sangat sekarang ni budaya ini kian menular didalam masyarakat kita ( orang melayu yg menjadi penganut agama…