Skip to main content

BICARA TENTANG LELAKI ITU

Bila  berbicara tentang lelaki itu . . .

lelaki itu  . . .bukan angkuh pada dirinya tapi dia cuma mengatakan apa yg dia fikirkan perlu sahaja .

lelaki itu . . . sering dianggap pendusta bila segala janji yg dia berikan tak mampu dilaksanakan.

lelaki itu . . . bukan memilih dalam mencari teman hidup ,tetapi padanya bukan wajah harus jelita, tetapi hati budi dan ketenangan yg abadi itu yg pilihan utama . dia mahu cinta yg asli ,bukan cinta copypaste atau cinta buatan Taiwan yg hanya mampu bertahan beberapa minggu . padanya beribu yg datang bertamu dalam hidup , tak mudah untuk membuat keputusan . padanya teman hidup itu bukan lah yg hanya  mendoakannya ketika dia hidup ,tapi ianya akan sentiasa mendoakan ketika dia dah mati  nanti .


lelaki itu  . .  telah mencoba sedaya upaya untuk membahagia kan kekasih hatinya dulu ,namun akhirnya dia kecundang jua ditengah jalan . puas dia memikir kan apa kah puncanya ,namun dia masih lagi buntu untuk mendapatkan jawapan .


lelaki itu . . . kadang-kadang merasa sedikit tersentuh bila mana temannya yg  lain sudah pun beristeri ,beranak pinak ,bahagia mempunya keluarga sendiri . aku bila lagi ??? *detik hatinya* aku mahukan itu jugak . . aku mahu keluarga ku sendiri jugak  ,aku mahu mendengar suara gelak dan tangis anak aku sendiri jugak . .aku mahu belaian isteri aku sendiri jugak  . . .  hmmm . . . . hati nakal nya kadang kala merintih sendirian .


lelaki itu  . .  sering diusik teman-teman kerana masih single ,namun dia hanya mengukir kan senyum mesra dibibirnya . . .siapa tahu dihati nya dia sedang menangis  ??? siapa ???? ye tiada siapa kecuali Allah yg satu  . . . aaaah . . .  pasrah akhirnya dia disini  . . .


pernah disatu sudut dia memandang lantai sambil merenung jauh entah kemana. . .  hatinya berkata :

aku bukan ego !

aku bukan penipu !

aku bukan seperti yg kau katakan itu !

aku juga mahu yg terbaik buat aku !

aku juga mahu ibu yg baik untuk bakal anak -anak ku !

tapi aku lemah untuk tiap dugaan yg selalu datang !

aku selalu kecundang dialam ku sendiri !

aku letih ! mindaku sakit memikirkannya!!

hampir saja aku benci perempuan didunia ini !

tapi akal ku masih waras kerana aku punya ibu !saudara  perempuan !

tak mungkin sekejam itu aku membencimu !

aaahhh . .   aku sedar ,

kalau selama ini  aku pilihan terakhir mu ,

tapi kenapa tidak kau katakan dulu ????

setelah segalanya aku serah padamu ,

hatiku ,jiwaku , hanya untukmu . . . tapi akhirnya .  . .aku kau tinggalkan  . . .

aku sakit. . .aku lemah  . . .tolong jangan menghukum aku lagi . .  .



lelaki itu merintih pedih sendiri . . . tanpa disedari air mata mahalnya kembali turun dipipi . . . dibiar kan ianya belaku ! dilepaskan air mata itu . . .  . dia menangis tersedu-sedu . . . *ya Allah bantulah hambaMU . . . .



lelaki itu . . .  sebenarnya kuat !! dia tabah menahan semua yg menduga ! berani keseorangan ! berani tanpa teman ! berani mengatakan  : aku tunggu takdir menentukan  semua kisah perjalanan hidupku ini !!


lelaki itu lupa . . . dia punya Allah . .Allah sentiasa bersamanya ,dalam suka mahupun duka . sejak azali dia bukan dilahirkan sendirian , dia punya segalanya cuma dia tak nampak apakah yg dimiliki .


lelaki itu  punya pekerjaan . . dia harus teruskan usahanya mencari rezki ! mengumpul harta dibumi Allah ini ,untuk apa merindu pada cinta yg kejam ?? untuk apa menyesali pada benda yg sudah menjadi kenangan ? untuk apa merintih pada dia yg tak sudi menyayang  ? Allah kan ada !


lelaki itu pun tak tahu  . . .sebenarnya bukan dia seorang sahaja yg tidak punya cinta ! bukan dia seorang sahaja yg dikecewakan oleh si jelita ! bukan dia seorang sahaja yg merana jiwa ! diluar sana ! beribu lagi lelaki yg  keseorangan ,yg kecewa,tidak mempunya cinta sejati ,yg hampa dgn cinta semalam ,yg lebih parah lagi sakit akibat ditinggalkan  . .

untuk lelaki tu yenda ixati nak katakan  :  . . inilah  kehidupan namanya  . .  kita nak ,tapi tak dapat,kita dapat tapi kita abaikan ,kita ada tapi kita nak lagi akhirnya satu apa pun kita takde. . .  .yg penting sekarang ni ,kehidupan harus diteruskan ,selagi Allah izinkan korang bernafas dibuminya selagi itu korang layak untuk bersyukur atas tiap yg di takdirkan utk korang !! biar putus cinta bro ,jangan putus kasih sayang Allah kat kita . . . .

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx