JIKA INI YG TERAKHIR

Assalammualaikum awak . . . .

bosan gila harini ! dah cuba happykan jiwa dengan buat gurau sengal kat kawan -kawan muka buku  ,tapi angin  gembira langsung tak masuk ! serious bosan ! bila cuba untuk menghantar text kat someone dengan mood bosan juga dia balas,makanya jadi berganda-ganda lah kebosanan saya harini !!

bila masuk blog lain pun entri mereka pun tak mampu menaikkan mood saya, so jadi lah bertengkek-tengkek kebosanan saya ! seriously, bosan tahap gajah terbenam dalam selut ,lepastu kena serang dengan tebuan yg sarangnya jatuh dalam selut tu jugak !!! zZzZz . . . ..ADOIIII !!!!!!

awak  . . jika ini lah hari terakhir saya disini  . .ada banyak yg ingin saya kongsikan bersama . . .




kalau saya bukan lagi  teman baik awak ,
saya tak kesah sebab teman baik awak yg sebenar ialah kerja awak

kalau saya bukan lah cinta hati  awak ,
saya tak kesah sebab cinta hati awak yg sebenarnya ialah Tuhan awak

kalau awak tak call saya sekarang ni atau esok hari ,
saya tak kesah sebab awak layak call mak bapak awak dari saya

kalau bukan saya yg awak rindu ,
saya tak kesah sebab awak layak rindu pada Rasul awak

kalau awak lupakan saya ,
saya tak kesah janji awak ingat tiap tibanya solat 5 waktu awak

kalau awak nak padam saya dari ingatan awak
saya tak kesah sebab memang suatu hari saya akan hilang terus dari hidup awak  . . .




dan sehinggakan tibanya suatu masa nya nanti awak akan  terlupa semuanya tentang cerita saya , kisah perjalanan saya , dan juga siapa saya yg sebenarnya kepada awak . kerana  pada saya  kehadiran saya dalam hidup awak hanya umpama pelangi yg hanya mampu memberi cahaya indah yg sebentar ,cukup untuk buat awak bahagia sekejap , menemani awak diwaktu sejuk dek hujan , menenangkan awak disaat awak kering kepanasan dek pancaran sang mentari , menyinari saat-saat suram awak yg kadang-kadang jadi kelabu dan haru biru . dan sudah sampai ketikanya pelangi ni kena pergi  . . .setelah tugasnya selesai. setelah penghuni dunia terhibur  sebentar , setelah bahagia melebarkan auranya kepada semua yg memerlukan .

ye awak  . . . . ianya berakhir disitu  . .tanpa saya , tanpa awak  . .
yg tinggal hanya diari bisu . . . . yg kaku ,lesu . . .



Comments