TAKBIR !!!

Assalammualaikum awak . . .

sebagai penduduk tetap negeri johor ,harini merupa kan hari yg sangat sedih bila masih ada lagi segelintir manusia yg ingin meneruskan aktiviti maksiat mereka dalam negeri ini. setelah rancangan mereka gagal sewaktu distadium Bukit Jalil bulan lalu, tiba-tiba acara mereka bersambung pula ke negeri Johor ! negeri saya tu awak ! saya haramkan acara sebegini dibuat dinegeri saya ini ! ianya memang sangat-sangat menjijikkan dimata semua umat Islam !


acara yg dijalankan ditepi kolam renang ,bersama wanita berpakaian separuh bogel atau berbikini . dan mendapat minuman arak percuma !!! aaah ! tidak kah mereka tahu negeri Johor sultan beragama islam ? kami ada jabatan agama islam? kami ada mufti ! kami ada akal ! kenapa mesti mereka buat acara begini ? kalau benar ini acara untuk majlis persendirian mengapa perlu diwar-warkan di media sosial??


awak . . nampak sangat sekarang ni budaya ini kian menular didalam masyarakat kita ( orang melayu yg menjadi penganut agama islam ) ! ok fine . . memang mereka tidak kata acara tu untuk orang muslim , tapi yakinkah kita bahawa anak orang muslim tak masuk situ nanti ???


lihat saja di Bukit Jalil tempohari ! yang ramai mati tu anak bangsa apa ???? . . budak melayu awak  . . orang islam . . . .pelajar IPT ! yg mak bapak diaorang hantar belajar tinggi-tinggi  ke menara gading tu  !otak mereka geliga !! budak pandai ! sudah memang berakal yg sangat pro tentang mana buruk  dan baik !! bukan budak kampung yg berpeleseran di tepi warung simpang kampung tu ,mereka siswazah ,siswi  awak . . .. tapi tulah  akhirnya mereka didapati mati disebabkan terlebih mengambil dadah ,dan  mereka merupakan pengunjung acara yg menjijik itu  .


disini dapat kita katakan bahawa orang  islam kian di serang secara halus oleh satu bangsa yg semakin anti dengan muslim . . awak  . .mohon keluarga kita disisih dari perkara keji lagi menyesatkan ini . .



hey you !!! Kalau benda ni berlaku di Johor ,saya akan pastikan korang dilaknati disitu jugak !!! Allahhuakbar !!!


SELAMANYA  MOHON DIBATALKAN !!!



Dan saya sempat baca  ini pagi ni :

Johor haram 'Pool Party'
2014/04/04 - 05:51:59 AM Oleh Badrul Kamal Zakaria dan Mohd Iskandar Ibrahim

 Johor Bahru: Kerajaan Johor tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan parti liar termasuk ‘Pool Party’ yang dirancang diadakan di sebuah pusat hiburan di Bukit Indah di sini, esok.

 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata penganjuran program itu bercanggah dengan undang-undang, bertentangan dengan budaya negara ini serta boleh menimbulkan permasalahan sosial khususnya dalam kalangan remaja.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyiasat berhubung cadangan penganjuran parti liar itu sebelum tindakan susulan diambil.

 “Setakat ini, kita belum menerima maklumat mengenainya. Namun, jika perkara ini adalah benar (penganjuran parti liar), kerajaan negeri menerusi pihak berwajib tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berdasarkan kesalahan dilakukan.


Amaran tamatkan lesen

 “Jika ia dilakukan oleh premis pusat hiburan, lesen perniagaan boleh ditamatkan kerana ia menyalahi syarat peraturan premis perniagaan. Polis juga boleh mengambil tindakan jika ia dianjurkan tanpa permit,” katanya kepada BH, semalam.
 Beberapa laman sosial dan portal berita melaporkan sebuah pusat hiburan di Bukit Indah akan menganjurkan ‘Pool Party', esok.

 Difahamkan, parti liar itu menetapkan wanita yang ingin menyertainya perlu memakai pakaian separuh bogel atau bikini, selain turut ditawarkan minuman keras secara percuma.

 Ditanya jika penganjur membuat permohonan rasmi kepada PBT, Abd Latiff menegaskan pihaknya tidak akan sesekali memberi kebenaran kerana program itu bertentangan dengan tatasusila, agama dan adat masyarakat negara ini khususnya di Johor.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, mengesahkan menerima maklumat mengenai penganjuran parti liar di premis hiburan terbabit.

 “Kita menerima laporan mengenai hasrat pihak ibu pejabat pusat hiburan berkenaan yang ingin mengadakan parti itu. Bagaimanapun, polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkannya.

 “Jika ada permohonan daripada penganjur, polis akan berbincang dengan PBT untuk tindakan susulan,” katanya.  *sumber :BHonline

Comments