AHMAD AZREEN

Ahmad Azreen

satu nama yg saya jumpa dalam sejarah hidup saya ! dia seorang lelaki yg memang  bersemangat kental !  walaupun baru berusia 21 tahun tetapi jiwa dia macam orang lelaki yg berusia 30 tahun ! semangat dia macam orang dah kawin ! hahaha cita-cita dia tinggi ! kalau sebelum ni saya kritik kerjaya dia tetapi sekarang baru saya tahu yg dia memang seorang yg sungguh-sungguh nak majukan diri dia !

kalau online muka buku saya akan cari dia untuk diganggu ,suka usik dia sebab dia seorang yg periang ! suka buat lawak ,kalau send text diinbox dia punya ayat yg menarik ! dia bukan seperti lelaki-lelaki yg emosi kuat ! dia jujur dalam lawak ! dia tak pernah marah untuk satu kesilapan ,paling koman pun dia akan cakap ,''saya tak nak gaduh dengan awak , baik saya diam dulu ,nanti awak dah ok ,pm saya, ok daaa . . . '' dan dia suka cakap ''ok la cik Lyenda ,kali ni awk menang. . . '' dan saya*terdiam* tak tahu sama ada saya marah atau saya kelu jari nak menaip !

dia tak pernah ambil hati bila saya gurau lebih-lebih or kutuk dia depan-depan . dan bila dah  masuk setahun kenal dia saya tahu dia serba boleh ! dia pandai memasak ! dia pandai mengurus diri nya sendiri ! dia bijak menggunakan IT ! dia  seorang gammer yg pro ! dia bijak gunakan duitnya dan dia bijak gunakan nilai persahabatan yg ada pada dirinya . sebab tu dia ramai kawan-kawan yg sayang dan suka kat dia ! ye saya setuju ! dia memang tidak sombong !


kini . . . kalau tiba hari raya tahun ni ,kiranya masuk raya kedua saya kenal Ahmad Azreen tapi tahun ni Ahmad Azreen yg saya kenal setahun dulu ,bukan lah Ahmad Azreen yg saya kenal sekarang . sebab Ahmad Azreen yg sekarang dah jauhkan diri dari saya sebab dia makin sibuk dengan cita-citanya dan kerjaya nya  . dan saya paham akan itu  . mohon usaha dia diberkati dan diberi kejayaan yg cemerlang  sehingga keakhir nanti,aaminnn.

dan sebagai orang yg empunya blog ni ,saya pun tak tahu kenapa saya update entri pasal Ahmad Azreen tetapi naluri saya memang  nak sangat menaip tentang nya .~ Allah je yg tahu ~

Comments