BANGSA SAYA

hai awak . . . saya sedang sedih ni . . .sebab tu hari ni asik nak marah -marah je kerjanya  *emo* .

bila buka surat khabar je ,apa yg saya lihat bangsa saya asik nak bertelagah je *bangsa saya tu bukan lah saya maksudkan jawa ok,bangsa saya tu saya tujukan pada bangsa Melayu*

awak tau kan  sekarang ni ada satu puak  ni tolak HUDUD ! yg satu puak  ni pulak tolak GST !

memang kedua isu tu tak sama tapi penolaknya tu bangsa yg sama,orang yg sama!! mempunyai agama yg sama!!  hari-hari kerjanya  tolak orang tu ,tolak orang ni ! jangan nanti asik sangat nak main tolak-tolak , semua  orang melayu masuk gaung ,bangsa lain yg dok berdiam diri sekarang ni  pun naik atas tunjuk power mereka ! tu yg saya risaukan tu awak . . . sedangkan tanah ni tanah melayu tetapi kenapa melayu nak reti nak jaga tanah mereka ????? *sedih*

nampakkah kita pada kehancuran diluar negara ? rakyat bergaduh sesama rakyat dan akhirnya siapa yg dapat negara tu ???? orang luar . . yes !! orang luar lebih bijak dari orang dalam .orang dalam lalai ! asik nak bergaduh je kerjanya  .

pasal GST tu ,pada saya lah kan *ni pendapat saya je lah* apa salah jika kerajaan tubuhkan satu badan khidmat masyarakat untuk beri penjelasan kepada rakyat  tentang apa itu GST ! apa baiknya ? apa untungnya ? kemudian terangkan jelas-jelas ,bagi rakyat paham betul-betul ,  janganlah fikir rakyat ni semuanya orang yg berpengetahuan tinggi yg senang dan kaya raya .

kita ada golongan sederhana dan miskin  ,kita ada warga emas ,kita ada  rakyat yg tinggal jauh dipelusuk kampung ,yg masih tak memahami tentangnya ,kita juga ada rakyat yg hanya duk dengar dari kata-kata orang lain je !

janganlah bila nak pilihan raya je baru nak fikir diaorang tu ,waktu-waktu macam ni lah kita kena dengar luahan isihati mereka , beri penjelasan YANG TEPAT kat mereka , barulah boleh menang tanpa bertanding nanti *takcaya ? . . trylah ~

dan tentang hukum HUDUD pulak  . .kenapa nak fikirkan  pasal bangsa beragama lain . . kan hukum tu hukum islam , untuk orang islam ,bagilah orang islam nak rasa hukum HUDUD yg mereka  sebut-sebut kan dari dulu tu . hukum islam ,hukum Allah . kenapa nak lari dari hukum Allah ? takut ??? kalau kita tak laksanakan  hari ini  . .  nanti lagi takut kalau kita dah mati ,sebab banyak soalan yg ALLAH suruh malaikat tanya tentang apa yg kita sudah buat untuk umat seagama  dimasa kita hidup .


**tetiba teringat tok Adi dlm cerita TANAH KUBUR **

Comments