CARI SALAH


awak . . . rata-rata antara kita suka memberi komen pada tiap hasil kerja para pemimpin dinegara  kita . tak kiralah untuk pemimpin pihak pembangkang atau pemimpin kerajaan .


kalau kita orang pembangkang ,kita kata orang kerajaan tak betul ! itulah ! inilah !

manakala kalau kita orang kerajaan pulak ,kita kata pembangkang gitulah ! ginilah !



awak . . sebenarnya orang kerajaaan ke ,orang pembangkang ke . . .kita semuanya serupa . tanggungjawab kita demi Malaysia ! untuk negara kita yang disayangi ,untuk rakyat kita yg dicintai . saya tak menyebelahi mana-mana parti politik . mana yang tak betul saya tak berani nak tegur sebab pada saya untuk apa menegur kesilapan orang lain sedang saya pun entah mampu ke tidak untuk melakukan kerja -kerja macam pemimpin-pemimpin kita tu  buat  .

dan paling teruk zaman sekarang ni ramai kalangan kita memang tak boleh ditegur  .dan jika ditegur lain pulak jadinya  . cuba awak lihat gambar dibawah ni . . .



Awak . . untuk kes diatas  , ada orang salahkan kerajaan kerana tak bagi guru merotan murid . ada orang salahkan murid sebab kurang ajar dan tak tahu nak hormat guru . ada orang salahkan ibu bapa sebab tak reti jaga anak . ada orang salahkan cikgu sebab tak melawan muridnya yg menumbuk nya . entahlah awak . . . pada saya yang salah ialah kita sebab terlalu taksub untuk  cari salah orang hingga lupa apa yg salah yg kita sudah buat selama ini sehingga melahirkan jenerasi sekejam ini di bumi Malaysia kita .

dan bila kita sibok sangat mencari kesilapan  orang lain ,maka akan timbul la keburukkan diri kita yg sebenarnya awak . .sila lah hati-hati ye .

Comments