CAYOOKK

hai . . .awak . .

dunia yang dipinjamkan pada kita ni kadang-kadang buat kita lupa yg kita cuma  ada hak sebagai peminjam . akibat terlalu banyak nikmat yg diperolehi diatas dunia ini  . kita yg serba serbi mudah terpedaya ni ,ada ketika jadi lupa diri ! kita lupa siapa kita ! kita lupa asal usul kita ! kita lupa bahawa semua insan itu serupa ! kita lupa bahawa kita hidup sekejap saja ! dan kita lupa bahawa dunia ini juga sementara .

ada kata-kata berbunyi :

berusaha lah kamu bagai kamu akan hidup 1000 tahun lagi
beramal lah kamu bagai kamu akan mati keesokkan harinya

ye . . mungkin saja ayat tu dah biasa didengar atau dibaca  ,tapi bila dihuraikan semula bagaimana rupa kehidupan selama 1000 tahun lagi ? bagaimana jika kita tahu esok kita akan mati  ?? waallahhualam . .  . Allah maha mengetahui pada tiap kehendakNya .kita hamba ,kita insan biasa,kita lemah namun kita layak berusaha demi sebuah kejayaan  .

ye. . berusaha lah jangan sampai jemu tetapi dalam tiap uasaha awak tu ,pastikan awak berdoa juga kepada Allah  *Tuhan pentadbir sekelian alam * . . .  .nasihat ini untuk awak yg sedang berusaha . . .

Comments