DIA ARJUNA BETA

Morning dah nak habis ,beberapa minit lagi habislah ia dan  akan bertukar afternoon .begitu pantas masa berlalu . tapi arjuna beta masih lena beradu . . . .




 Tak kanku biarkan
 walau ribut menyentakmu yang tidur
 datang petir menyambar
 jengking dan ular– bonda takkan berundur

 nyamanlah arjuna beta
 mimpikan yang indah saja
 nanti bila kau buka mata
 semua tak serupa

 kan ada satu ketika
 kau tak tahu mana nak pergi
 jalan betul, anakanda,
 tak jelas mata– ambil yang sarat duri

 hiduplah arjuna beta
 biarkan jasad yang luka
 selama tuhanmu ada
 takkan engkau tercela

 ngeri tak terbayang mata
 bonda takkan ada sentiasa
 nanti moga kau tak lupa
 bonda memujukmu, anakanda

 hiduplah arjuna beta
 biarkan jasad yang luka
 selama tuhanmu ada
 takkan engkau tercela

 nyamanlah arjuna beta
 mimpikan yang indah saja
 nanti bila kau buka mata
 semua tak serupa

 Arjuna Beta - Fynn Jamal




Comments