KATA-KATA SEORANG ORANG

petikkan dari komen seorang pengguna facebook saya yg saya rasa  . . .  emmm nak cakap apa ye ?? ok ,baca dulu lepas tu awak cakap la ye dalam  hati awak tu eah . . .  heee jum . .  .

Kehilangan MH370 sekali lagi Allah mengajak manusia supaya mahu insaf sekali gus mengalah dengan Allah. Secanggih mana pun teknologi ciptaan manusia, itu semua tetaplah tertakluk kepada izin dan kuasa Allah! Banyak peristiswa dalam sejarah seperti banjir besar di zaman Nabi Nuh, hancurnya kaum Samud, terbaliknya kaum Lut, tenggelamnya Firaun dan lain-lain yang diceritakan oleh Allah dalam Al Quran, supaya manusia mengambil iktibar. 

Allah Yang Maha Memiliki alam ini berhak melakukan peristiwa demi peristiwa yang besar-besar mau pun kecil agar manusia mau sedar dan kembali kepada Allah walau pun jumlah mereka yang sedar itu hanya segelintir sahaja! Sebagai contoh, padamnya api kaum Majusi yang berumur ribuan tahun dan bergegarnya istana Rom sempena kelahiran baginda Nabi, adalah satu cara Allah menyampaikan mesej ketuhanan kepada manusia. Maka salahkah kalau kita kaitkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekitar kita ini sebagai mesej-mesej dari Allah kepada manusia? 

Alam ini ibarat sebuah panggung yang sedang menayangkan berbagai gendre filem. Adakalanya filem aksi, filem sedih, filem fiksyen dan ada juga filem komedi. Pengarah Agung filem ini adalah Allah. Krew-krew filem ini terdiri dari para malaikat dan makhluk ghaib. 


Pelakun-pelakunnya pula adalah manusia. Semua filem hakikatnya membawa mesej ketuhanan. Menerusi filem-filem tersebut, Allah mahu bercerita tentang dirinya yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Bijaksana dan seluruh sifat kesempurnaan Allah yang tidak terhitungkan banyaknya. 


Sepertilah reaksi manusia yang beragam terhadap filem-filem Hollywood atau Bollywood dan lain-lainnya, begitu jugalah terhadap filem yang Tuhan tayangkan kepada dunia. Hanya segelintir yang dapat mengambil iktibar dan hikmahnya. Antara hikmah dan iktibar kehilangan MH370 setakat ini ialah; 



1. Sekurang-kurang manusia mahu berfikir dan kembali mengatakan hebatnya kuasa Allah walau pun untuk seketika! 

2. Tentu ada segelintir manusia yang beriman akan bertambah keimanan mereka. Sedangkan orang beriman dan bertaqwa itu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan Allah sekali pun kakinya tertusuk duri di jalanan! 

3. Mendorong manusia mengharap kepada kuasa Allah atau keajaiban dari Tuhan! 

4. Di Malaysia khususnya, sekurang-kurangnya meredakan persengketaan politik yang semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan Allah. 

5. Mengalih pandangan dunia terhadap kekalutan politik di Malaysia kepada suatu peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! Dengan peristiwa ini, seolah-olah dunia sedang diajak untuk mengenal Allah melalui Malaysia! 

6. Isu politik, ekonomi, social dan bencana alam yang kian parah dari masa ke masa semacam terhenti seketika oleh satu babak menarik. Allah mahu mengajak manusia kembali kepadaNya untuk menyelesaikan semua masalah kehidupan yang sedang meruncing. 

7. Sekiranya kehilangan pesawat ini terus ‘hilang’, barangkali ianya isyarat besar menjelang peristiwa yang sangat besar di akhir zaman. 

8. Mungkinkah misteri ini akan menjadikan manusia yang bertuhankan akal mahu untuk tunduk kepada suatu kuasa roh oleh “Kerajaan Ajaib” yang ghaib? 

9. Apa pun hikmahnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Di zaman Nabi Nuh, Allah SWT lakukan banjir besar di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 80 orang sahaja yang terus beriman dan makin kuat rasa bertuhan dalam diri mereka. 

10. Tidak hairan jika peristiwa apa pun Tuhan lakukan, hanya segelintir manusia yang mahu kembali kepada Allah dikeranakan peristiwa tersebut. Pesawat MH370 bukan sahaja telah pun menerbangkan seramai 227 penumpangnya lalu “hilang” tetapi diharapkan impaknya boleh pula membuatkan hati-hati manusia untuk terbang bertemu Tuhannya sehingga dunia ‘hilang’ dari hati mereka. 

Di dunia yang fana ini.. Dunia yg semakin tua..semakin akhir zaman...ada setengah sahaja yang mendapat iktibar/pengajaran setiap apa yang berlaku dan ada setengah yang masih di awang-awangan..


Ya Allah, sungguh kasihan pada mereka yang masih di awang-awangan kerana setiap apa yang ditunjukkan OlehMu, mereka masih teragak2 dengan kebesaranMu...Allah berikan kita semua dugaan juga musibah dengan berlakunya Tradegi MH370, dengan Cuaca yang sentiasa berubah2 tetapi masih ada yang leka dan alpa...Allahuakbar.."Kau berikan hidayah dan pertunjukMu kepada mereka Ya Allah" Wallhu’alam.



***firstime saya buat entri guna idea orang lain ,selalunya saya hanya copypaste lirik lagu je ,kali ni saya copypaste idea seorang orang ~ 

Comments