LAWAK SEDIH

awak  . . . hari ini saya belum ada ketawa atau senyum lagi . . . entah hati batu macam saya susah nak happy kalau dah down . nak meroyan pun macam nak pening ,motif apa yg naksaya tujukan tentang kesengalan yg melanda mood saya harini saya pun tak tahu .

paling ngeri  tentang mood saya ini bila saya  baca satu status kepunyaan abang Ben Ashaari  yg beliau copypaste dari whatsapp nya . dimana tukang komen semua gelak bagai nak rak ! tapi saya boleh sebak ,sedih dan arghh siap termenangis pulak tu hmm. . . . .apa puncanya nanti saya luahkan ,tapi sebelum tu ,awak bacalah dulu status copypaste abang Ben tu . .

Peringatan buat kwn2 jgn jd camni yer ngeh3x .......
Mengapa aku pecat Secretary ku yg seksi?

Nama ku Hj. Halim Kluang...
mengapa aku pecat Secretary ku yang seksi???
Minggu lalu, besday ku yang ke-40 tahun!
Aku turun sarapan dengan harapan isteri ku ingat
dan mengucapkan dengan penuh mesra
“Selamat Hari Jadi Suami ku Sayang".
Waktu berlalu, isteri ku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu!
Ya, itulah isteri ku!
Mungkin anak-anak ku ingat, Besday papanya.
Tapi tidak seorang pun anak-anak ku datang ke meja untuk sarapan,
mereka pun tak mengucapkan satu kata pun kepada ku.
Akhirnya aku pegi kerja dengan rasa sedih!!
Aku masuk ke bilik ku, Secretary ku,
Suzy menyapa ku “Morning Boss, Selamat Harijadi“
Aku merasa sedikit terubat,
sebab secretary ku mengingati harijadi ku.
Time lunch, Suzy mengetuk pintu bilik ku


“Apakah Boss tak sedar bahawa sudah masuk waktu lunch, hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch"“Wow, itu Idea yang baik! Ok, mari kita pergi lunch“ jawab ku..


Kami pun pergi lunch berdua.
Setelah Lunch, Suzy berkata “Hari ini indah kan Boss, kita tak payah la ke opis lagi kan Boss?“ Kita pergi berseronok saja la...Saya mengangguk! Lalu Suzy mengajak saya pegi ke apartmentnya.
Setiba di apartmentnya, dia berkata “Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur untuk menukar pakaian, agak panas hari ni..“."Tentu saja" sahutku dengan gembira!!


Fikiran ku negativvvvvve. Suzy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian...Suzy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri dan anak-anak ku serta bersama rakan kerja ku sambil menyanyi Happy Besday To U...Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dengan telanjang bulat tanpa seurat benang pun... !!!

**Copy paste whatsapp
Like · ·
  • 147 people like this.
    ** awak . . kenapa  saya merasa sebak dan termenangis ketika orang lain dok gelak baca dan komen ? ye . . .  saya bayangkan kalau lah  saya berada didalam situasi isteri  or anak-anak BOSS ketika itu  . .. apakah perasaanya ye ??? sedang BOSS nak buat kejutan untuk setiausahanya  ,ANAK DAN ISTERI pulak bagi kejutan . . . . pleaselah jangan la buat perangai macam ni  , walaupun ianya hanya cerita gurau2 dan lawak  ,tapi ada seribu pengertian diselitkan didalamnya . .  . paling buat saya sedih ' murahnya Boss tu ' . . . .


    **hmmm pleaselah duhai lelaki yg dipanggil SUAMI DAN AYAH . . . anak dan isterimu merayu ni . . .


    Sekadar hiasan

Comments