Posts

Showing posts from July, 2014

JOHOREAN - PROUD OF YOU SIR !

Image
Bila dipersoalkan tentang hartanya , wang yang digunakannya . . . ini jawapan titahnya

Siapa yang bertitah ini ?
Siapa lagi kalau bukan Tengku Mahkota yang semua orang Johor sayang dan banggakan itu .

Kenapalah jadi org tu asik nak sibuk-sibuk pasal harta orang kan . dah tentu jelas dan nyata " anak sultan gelarannya "

Saya hormat dia !

Selamat hari raya TMJ . . .
Kamilah Johorean yg tak akan makan hasutan orang yang menghina atau memburukkan kesultanan kami ! Takkan pernah !

KEMBALIKAN SENYUMAN ITU

Onthe way balik kampung . . .

Doakan saya dan keluarga selamat sampai kedistinasi kami .

Cuaca : panas terik
Trafik : berjalan lancar *highway utara selatan *
Distinasi : Bandar Maharani , Muar






Allah . . . . berilah saya setitik lagi bahagia menjelang aidil fitri ini . kerana rasanya dah lama saya tak tersenyum . . .

IZINKAN AKU PERGI

Image
Awak . . . malam itu apabila kita terdengar  suara takbir dimana - mana tempat yg kita pergi , itulah tanda salam terakhir  dari Ramadhan .

Mungkin ketika itu baru kita sedar betapa kita sudah kehilangannya sekali lagi . dan ketika itu barulah kita sesali yg selama ini ketika kita didalam nya , kita hanya menganggap betapa sukarnya bersama ramadhan . kita mengeluh letih lah .kita bersunggut lapar .kita hanya rasa kekurangannya je kan .tak semua dari kita yang nampak kelebihannya  .

Dan hari ini . . .ramadhan kian beransur pergi meninggalkan kita . dia pergi bersama kebaikannya sekali . dia akan pergi yg mana kita sendiri tak pasti apakah kita akan bertemunya untuk sekali lagi atau tidak .

Mungkin lambaiannya  kali ini adalah lambaian terakhir buat kita ?

Mungkin kah kenangan ramadhan kali ini adalah kenangan manis terakhir buat kita?

Mungkin kita akan mengharap ramadhan datang kembali ke sisi kita ?

Mungkin juga kita yg akan pergi selama-lamanya meninggalkan ramadhan ini?

Itu semua ke…

PEREMPUAN ITU

Image
kata seorang sahabat kepada saya tempohari . . .

perempuan itu  umpama BUKU
semua lelaki boleh membacanya
semua lelaki berjaya membacanya
namun tak semua lelaki dapat memahaminya . .  .

pada saya : perempuan ini ada banyak perangai ,hanya lelaki yang betul-betul menyayanginya sahaja yg boleh memahami isihatinya ,kemahuannya ,kehendak nalurinya ,perangainya dan orang lain tak kan paham tentang semua yg ini . . . .

AMBE NAK KECEK

Image
hah ! sempena hari raya ni  ada something yang saya nak kongsikan disini  . orang Johor , orang Pahang ,orang Kedah  dan orang yg sewaktu dengannya takmau jeles naaaa . . .



Mengikut anggaran Bomba dan Penyelamat.. Dijangkakan 1 juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada minggu hadapan.itulah sapa dok kutuk Kelantan negeri miskin.. ? kelantan negeri terbaik wook.. Kereta yang masuk bukan calang -calang woo setakat veilfire tuh makcik jual tom ya jaa..

PENGAKUAN JUJUR

Image
curang !

siapakah lebih curang dalam perhubungan ? kalau diMalaysia katanya perempuan lah .
owh . . baru saya tahu perempuan malaysia terrer bab curang mencurang ini , so ini menunjukkan lelaki Malaysia adalah lelaki paling terrer bab setia ?

Oh mennnnn . . .  nanti tengok cermin ye?

tapi bila dikatakan perempuan malaysia terror mencurang  , ada yang cakap . . .




kadang-kadang curang itu indah . . . .aaaaah . . .
( awek KL )




pada saya curang itu umpama jajan je . . .
ada boleh ,takde pun boleh . . .
(awek JB )




curang salah perempuan ? Watdepak !!
nak cover playboy memang la lu cakap perempuan terror part curang. . .
( awek KB )




curang tu memang kena ada . kalau nanti kekasih  buat hal . . paling tidak kita dah ada calon-calonnya heee . . . (awek KT )




mana ada . . kita orang perempuan ni setia tau
tapi kalau bf tak reti nak melayan
kenalah cari seseorang yg bijak melayan
tapi kena cari lelaki lah jugak bukan pengkid tauuu . ..
hehehe  . . (awek PL )




hmmmm . . rugilah muka cun macam ni n…

ORANG PEMALU

Image
Bila lihat kebanjiran laman sosial di negara kita ni . peluang ini saya gunakan dengan mencari sahabat-sahabat alam maya yg kerap menjadi teman saya saat saya sendirian . tapi ingat . .cari kawan je eah ,bukan cinta eah

sejujurnya saya adalah  seorang orang yang ingin tahu . saya suka berkongsi pengalaman . saya suka mendekati berbagai jenis orang yang dekat atau yg rapat dengan saya  . dan jika orang itu malu-malu ,saya lah orang pertama akan menegurnya . supaya dia tak malu lagi dengan saya . *maklumlahkan orang Johor kan peramah -peramah *  heee . .


memang betul  ! orang pemalu ini umpama kanak-kanak . dia mengharapkan kita mendahului segalanya . dia nak kawan tapi malu ! bila dia letih atau sibuk , dia akan diam dan ketika itu jangan pernah untuk menegurnya ,nanti hampa je lah jawpaan yang diberikan . biarkan sahaja dia melayan perasaannya dulu kalau dia berada disituasi begitu . tapi kalau awak tahan kena maki ,cubalah tegur dia . . haha

orang pemalu ni memang pelik . dia nak tap…

SETIA

Image
kadang kala saya terfikir , dalam dunia yang serba canggih ini , masih ada kah lagi cinta sejati ? lagi-lagi zaman yang mana manusia dapat berhubung walaupun kedudukan nya beribu-ribu kilometer jauhnya .

dengan kebanjiran produk kecantikan yang kononnya boleh menampil kan lagi kecantikan yang sedia ada  ,ini merupakan pemangkin untuk kearah lebih kepada kurang nya ketidak kesetiaan . apa tidaknya ,tengok orang tu cantik ,tengok orang ni lawa ,tengok yang tu jambu ,tengok yang ni bergetah . . . iman goyang laaa . . hmmm

umat Rasullullah sepatutnya ikut cara kesetiaan baginda dengan isteri pertama baginda siti khadijah  . walaupun usia siti khadijah lebih  20 tahun  bezanya namun disebabkan kasih sayang siti khadijah yang sering membantu rasulullah menyebarkan agama islam  baginda tak pernah melupakan isterinya walaupun sudah meninggal .


Alkisah  Setahun setelah Khadijah meninggal,  ada seorang wanita shahabiyah yang menemui Rasulullah Saw. Wanita ini bertanya, "Ya Rasulullah, meng…

SEMANGAT WAJA

saya ada mama dan ayah .saya ada pekerjaan , saya ada sedikit wang simpanan , ada rumah untuk didiami  tapi belum tentu saya bahagia bila melihat diluar sana kawan-kawan saya  menderita !

mereka hidup sendirian , kena kerja macam-macam untuk sara hidup , mak bapak tiada ,hidup sebatang kara menumpang dengan sanak saudara  , kesihatan pulak tercabar memaksa seringkali kena pergi jumpa doktor  . . .hmmmm . . .

tapi mereka lebih kuat dari saya rupanya ! jiwa mereka kental ! semangat mereka padu ! pada mereka air mata itu bukan penanda kecewa tapi itulah pembakar semangat dijiwa !

saya tabik kat mereka ini . yang bijak menggunakan kesukaran hidup  sebagai pemangkin untuk kekal hidup demi  esok hari ! saya suka orang yg  begini . mereka memang layak disayang oleh Allah . mereka memang kuat !!


Alhamdulillah . . . .sesungguhnya Allah menyayangi pada hambaNYA yg bersabar

DOA

Negara islam didunia makin bergolak diluar sana ! sebagai muslim yg masih lagi berada di negara yg 'masihaman ' marilah sama-sama kita berdoa kerana . . .

Amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk pertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?". 



oleh itu sama-sama lah kita membaca doa yang dibawah ini yang saya kongsikan dari seseorang yang diluar sana .


Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Y…

MENJENGKELKAN

Image
lelaki menangis ?

katanya lelaki kalau menangis lebih teruk dari perempuan ! eh memandai je kan . Tapi tak dapat bayangkan kalau lelaki menangis depan mata saya sekarang ni . lagi -lagi menangis kerana cinta .eeeee  . . .mau saja saya tampo dia masa tu jugak ! kemudian saya akan tanya  dia  .  .  . untuk apa awak nangis ?? bukannya  awak suami dia ! awak hanya kekasih dia ! dia masih layak dimiliki orang lain dan orang lain lagi ! kalau nak menangis pergi menangis untuk mak awak yang sedih dapat anak lelaki yang murah sangat air matanya  dan yang suka menangis tak bertempat !! . . . .

awak !!!

CINTA SEORANG " LELAKI "

Image
oh mannn . . . bila cakap pasal  KISAH CINTA SEORANG LELAKI  pastinya  semua orang akan cakap , cinta lelaki sebenar itu ialah bila mana dia setia sehingga ke hujung nyawanya  . . tak curang dan sanggup menerima 'perempuan idamannya' seadanya  . . .

tapi  siapakah lelaki  yang begitu setia menyinta ' perempuannya'  di dunia ini  ? . . .

INILAH PEREMPUAN

Image
Bila mana perempuan  cakap . . .  saya tak kesah pun , saya ok jek , saya memang tak amek port langsung pasal ni ,saya redha ,saya pasrah , saya terima seadanya , saya rasa ini lah yang terbaik untuk saya . .

atau alasan-alasan lain  bila kita cerita pasal saiz . . . tapi sebenarnya . . .

HARAPAN

awak . . .  ada ketika kita kena akur tiap yang terjadi itu merupakan  takdir yang diturunkan untuk kita hadapi .  dunia yang semakin usang ni katanya hampir mengakhiri ke hujung jalannya  . namun tiada seorang pun tahu bilakah tarikh itu akan terjadi . .  yang pastinya akan datang  jua kehancuran buat seluruh alam iaitu  hari kiamat .

pernah saya terbaca satu artikel , dimana diakhir zaman ,manusia yang tahu hal ehwal agama ,yang bijak pandai tentang agama pun akan ingkar dengan perintah Allah ,mereka terlalu leka .  mereka tahu solat itu wajib tapi dia tetap abaikannya  , dia tahu riba' itu haram tapi masih dijalankannya  , harta anak yatim disalah guna ,  hasil zakat di abaikan buat yang wajib menerimanya . puasa jauh sekali ....sedangkan mereka tahu semua perbuatan tu dosa tapi mengapakah tetap dilakukan ? hanya mereka saja yang tahu sebab tu lah perangai mereka .

seperti orang lain , saya juga ingin menjadi insan terbaik dikalangan yang baik-baik ,tapi saya tahu saya belum s…

JAGA HATI JAGA JARI

Awak . . . pesanan  ini datangnya dengan  tulus  dan ikhlas dari hati naluri saya . seorang orang yang sentiasa memerhati gelagat teman-teman alam mayanya dari skrin laptop .

Dalam beberapa hari ni kita telah di paparkan dengan perbagai tragedi ngeri dari dalam negara dan luar negara . dan semestinya akan di gembar gemburkan dilaman -laman sosial tanah air jugak .
*tu dah mesti laaa .... ( kata seseorang tu kepada saya )

ok fine tu hak awak  . .akaun awak ialah hak awak  ! tetapi hati-hati bila awak beri komen atau post status mengenai negara ,politik ,menteri -menteri  dan mana-mana yang melibat kan maruah kerajaan dan negara kerana silap haribulan tiba-tiba pintu rumah awak diketuk oleh beberapa orang pak polisi  !  nanti  tak memasal , dimalam yang dingin lagi sepi .. awak terpaksa bermimpi didalam bilik  hotel besi ! siapa susah . . . ?? mereka dan keluarga mereka juga yang susah . .hmmm lepas ni hati-hatilah ok .


KEHILANGAN

Image
pepagi dah layan lagu Hafiz bahgiamu deritaku . . . hmmm . . jumaat yang sepi ni kali ni entah kenapa sekali lagi saya mengeluh lemah . seperti ada sesuatu yang ingin saya luahkan tapi ianya tak tahu mana nak mula . bila dapat tahu sekali lagi kemalangan meragut ratusan nyawa sekali gus .hati saya menjadi sebak . mudah sungguh kehilangan itu berlaku . begitu mudah juga kematian datang . siapa tahu . . .dalam keseronokkan melakukan penerbangan mereka ,  tiba-tiba  tragedi ngeri berlaku .

melihat pada gambar-gambar dikaca tv , 99.9% adalah musnah dan kematian adalah jalan terakhir buat mereka yang didalam pesawat itu .

hmmm . . . .apalah  salah mereka ? kenapa mereka dihukum begitu rupa ? jika benar ini suratan takdir , saya tak sanggup melihat ratapan air mata ahli keluarga yang terlibat . dalam saat semua umat islam sedang menanti saat bahagia kehadiran shawal , ada diantara kita yang bersedih kerana sebuah kehilangan .

Allah huakbar . . . . . hanya KAU yg mengerti apa yang telah te…

BAHAGIAMU . . .DERITAKU

Image
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

PEREMPUAN

Berkali-kali sudah saya beritahu  . . jangan pernah lupa bahawa hormon estrogen akan menguasai minda dan tubuh badan seorang wanita bila sampai ketikanya . . .  .

Dan jangan fikir orang perempuan ni tak power . perlu diketahui bila dia marah semua orang ingat  dia hanya marah sahaja  tapi orang tak tahu dia bukan marah malahan naik hantu ! kadang-kadang benda remeh pun jadi isu . kadang-kadang benda yang tak masuk akal pun boleh dia anggap masalah besar . . kalah masalah negara gamaknya .

Kisah perempuan nyammar yang  kelar ( anu ) suaminya bila dia dapat tahu suami dia buat hal dengan perempaun lain baru-baru ni ,tidak lagi  kejutan kan ?

Kisah perempuan membiarkan OKU kebuluran dikamar gelap juga bukan mimpi lagi kan ?

Kisah isteri orang pukul pengawal keselamatan bukan lah cerita dongeng kan ?

Kisah perempuan siram anaknya dengan air panas jugak bukan lah mainan kan ?

dan kisah terbaru  ni . . .  perempuan dan steering lock  juga bukan igauan kan ?

awak nak tahu  kes-kes ini ? #pe…

ALLAH MAHA BESAR

Image
Palestin bumi bergolak . . . air mata bercampur darah mulai mengalir kepesisiran jalan yang semakin sepi .

Deretan tentera bukan lagi rahsia tapi merupakan ancaman maut bagi penduduk utama .

Dunia rata -rata membantah kekejaman israel tapi tiada lagi yang dapat menghalang kekejaman demi kekejaman durjana itu !

Selaku insan seagama , selain menghulurkan bantuan melalui derma-derma ikhlas , doa juga tak pernah putus dari hati saya ini .

Ya Allah selamatkan dunia palestin . .
Ya Allah selamatkan Gaza .  .
Ya Allah selamatkan agamaku . .

Itulah yang kerap diucap dibibir ini tiap kali lepas solat . lain-lain saya tidak mampu .

Allah maha kuasa !
Allah maha besar !
Allah maha mengetahui !

*takbir *

Diwhatsapp saya menerima sedikit cerita mengenai keajaiban Allah untuk bumi Gaza dimana . . .



RINDU

Image
Saat ini aku rindu  , biar pun kau ada didepanku . . . *lirik lagu*

Menjadi seorang perindu memang perit . apataknya . . .

Dalam minda hanya teringat si dia yang di rindui .

Didepan mata pulak asik terbayang senyumannya .

Di telinga asik terdengar bisikkan suaranya je padahal si dia dah lama tak call .

Bila terpandang wajahnya hati jadi sebak , dada macam keras , air mata pun bergenang dicelah mata . silap -silap bibir pun boleh mengeluarkan suara seperti berbisik : awak . . . saya rindu awak ni  , mana awak  . . . sampai hati awak buat saya sakit merindu kat awak .

Ahh sudahhh . . .

Awak oo awak . . .kalau awak jumpa orang macam ni nasihatkan lah kat dia ye . .katakan padanya :


JIKA MERINDUKAN SESEORANG YG SANGAT DISAYANG , JANGANLAH UPDATE DI LAMAN SOSIAL EAH. . .




Eeee. . malu sey . . macam dia sorang je yang tengah angau . .heee ^_^





MELAYAN ADIK POTPET

Pada suatu hari ketika tu saya sedang menuntun rancangan katun bersama adik-adik ditaska .

Ada sorang budak perempuan ni memang mulut dia celoteh sikit .umur masuk ke 5 tahun . dari mula menuntun saya perhati dia asik memandang wajah saya sehinggalah tiba- tiba saya memandang dia pulak.

Saya senyum kat dia . saya main mata .dia tersenyum tersengih-sengih .


saya bertanya : kenapa tengok akak dari tadi ?

Katanya : akak ni cantik , sebab tu saya tengok muka akak . hari - hari tengok pun suka . hari -hari tengok pun cantik . . hee

Saya tanya lagi : aaa . . cantik kat mana tu ?

Kata dia : semua ! Muka , tangan , kaki , mata , ala semua lah !

Saya : ** halamak ! Biar betul budakni !

Adik tu tanya lagi : kak . . akak kenapa tak kawin lagi ? Kalau jadi pengantin mesti akak lawa . .pakai baju cantik-cantik , pakai makeup , pakai kasut tinggi , pakai  emas- emas . .cantik kakk .

Saya hanya mampu tergelak dengar dia berceloteh . dia pun sebenarnya binggung sebab saya gelak tapi dia tersengih je …

CORETAN BUAT YANG PERNAH DISAYANGI

Untuk apa merasa cinta  kalau jiwa ini selalu saja disakiti . itu hanya kata-kata dari bibirku satu masa dahulu .


Tapi harini bila aku yang makin jauh meninggalkan sejarah kita akhirnya menjadi terasa simpati dan  amat  terharu bila mana  kudapati kau semakin kecewa atas perbuatan kekasih barumu .


Ingin saja ku temani kamu saat ini . mendengar keluh resah yang bertandang dijiwa mu . namun aku tak berdaya kerana kau telah pun menganggap aku sudah mati !


Ada ketika mhau saja aku menitip kata rindu khusus buat mu tapi aku yakin ianya sudah tak bermakna lagi buatmu.



Adakala bila menatap wajahmu , akan berlinang airmataku kerana wajah inilah yang aku pernah sayang dahulu . wajah inilah yang pernah membuat aku ketawa dan menangis .


Aku tahu apa yang berlaku antara kita itu adalah perjalanan yang mematangkan kita selama ini tetapi percayalah . . . . Aku tak sanggup melihat kau menangis kerana cinta lagi . buanglah egomu ! Buanglah sifat pedendammu , buanglah perangai mu yang selalu mengangga…

BLOG APA CERITA NI

Eh ! Blog dah tukar tajuk?

Aah . . . .mood bulan puasa ni lain macam le pulaknya . tak mahu lagi guna nama sendiri . nanti kang tak memasal saya lebih pemes dari Otai blogger heee. . cukup- cukup sudah .

Ingat nak minta pendapat kawan - kawan siber lah , . . blog ni sedap pakai tajuk apa ekk ?

Sebenarnya mood blogging dah makin surut sejak kebelakangan ini . hurmm ntah la .  . . harap semuanya akan kekal macam sebelum ini .

Nak close.sayang pulak .
Nak update sibuk pulak .
Nak cari partner takde yang sudi pulak . . . serabut dah ni . hmmm * mengeluh *BLPG



MELAYU BERNIAGA

Image
Hi . . .
Nak raya ni .
Saya pun ada la membuat pesanan secara online pada seorang dropsip .dia jual foundation ,  tau foundation tu apa ? Bedak asas la . . . harganya rm86 .

Bila dia massage di wassap  maka jadilah urusan jual beli tu akhirnya .

Semalam saya pergi bank in duit dia . tiba-tiba petang nya pulak dia wassapp saya katanya :

Kenapa rm90?

Saya pelik ! Budak ni betul ke jual ni ? Tapi saya balas :

Heee . . boleh ke bank in 86?

Kata dia . . bagi no akaun awak , nanti saya pulangkan rm 4 tu .

Hah??? Saya macam tak bernafas kejap . gini jelah ye . . bakinya awak masukkan dalam bungkusan foundation tu nanti . .boleh?

Dia kata : ok . . ok . .

Awak . . kenapa saya tak *keep the change je baki tu?? Sebabnya saya nak dia tahu bagai mana nak jual secara on
line ni . kalau lah boleh bank in duit pada nilai kurang dari rm 5  . . boleh beritahu saya sekarang juga caranya eah .

Tadi dia wassapp lagi . .. Katanya :




Saya : *ehhhhh . . . ?!

Nak nampak jadi orang baik saya jawab Terima kasih …

HALWA TELINGA

Awak . . .
Bila saya sedih
Bila saya sunyi
Bila saya marah
Bila saya bosan . .
Video inilah penenang buat saya selama tsunami melanda ddalam jiwa. . .
Saya jadikannya sebagai halwa telinga . .





KENTUT WANGI ? MENIPU LAH

Image
Kalau benci lepaskan lah ,
tidak aku menahan duka .  .

eh ! Mengade ! Jiwang time lapar   . . .

Pernah disayang ?
Pernah dibenci ?

Ok fine ! Masa sayang kentut pun wangi ekk tapi bila dah benci . . .senyum pun kena puiih ! Ah . . .memang kejam !

Tapi betul ke ada kentut yang wangi ?

Orang kuat kentut boleh kah jadi imam ?

Jum . . .moga semua persoalan terjawab disini . . .




PEMBERI , PENERIMA BERSALAH ?

Image
Hai !


Tekejut bila saya baca kenyataan bahawa   katanya *lihat gambar diatas*


 Tapi bila diamati kenyataan dibawah ni pulak ,  baru saya paham apakah tujuannya .

Namun begitu amat sukar bagi penderma kelas bawahan macam kita ni  nak buat amal jariah lepas ni la ekk .

Hmm . . . moga ada hikmahnya  . .









KENALI IBUBAPA ERA BARU

Hai awak . . . puasa ke tu ?hehe itu antara awak dengan Allah la ekk . . . siapa buat dia dapat .

Awak tahu tak ? Ramai ibubapa zaman ni sangat menitik beratkan aktiviti berpuasa kepada anak-anak kecil mereka .ada tu baru berusia 4 tahun sudah dilatih kan untuk berpuasa . . .hmm kesian kan . sedng yg tua bangka ni tak tahan lagilah kanak-kanak kecil !

Awak . . .islam agama mudah dan indah . islam tak pernah menyuruh kanak kanak kecil diarah berpuasa .sama ada paksa atau dengan rela .

Apa yang agama islam perintahkan ialah didik anak anak kecil untuk melakukan solat ! Aaaa . . ni yg wajib diarah awal mungkin sehinggakan kanak kanak yg berusia 7 tahun tu kalau tak solat  . . ibu bapanya diarah merotannya ! Erkkk ? Bagaimana nak rotan ekk , sedang ibu bapa mereka pun lalai bila masuk waktu solat ?? Allahhu . . . .

Kesian anak anak zaman sekarang ni bila dapat ibubapa yg sebegini . Mohon nanti awak menjadi ketua keluarga yg tak tinggal solat ye . . ..


Eh!! Awak ekk?
Aaaa . . .awak lah sia…