ESOK UNTUK TENGOK AXIA

yess . .katanya . . .

PERODUA membuka tempahan mulai harini 14.8.2014  bagi model terbaharunya, PERODUA Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dijual pada harga bermula RM24,900.

berminat ? hadirlah  ke 180 bilik pameran jualan perodua di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terbaharu dan paling menarik ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model terbaharu dengan penjimatan bahan api dipandu sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter turut ditawarkan dengan fungsi unik dan harga yang berpatutan. Tempahan bagi model PERODUA Axia adalah RM250 dan RM300 bergantung kepada varian.

PERODUA Axia ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.

Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA. 
Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke-10 yang dikeluarkan PERODUA.

~ sumber  : BH online

mahu tahu lebih lagi ? jum pergi ke show room Perodua   ! kita lihatlah sendiri .

PERODUA Axia dibuka untuk tempahan mulai esok
suprise !!!


Comments