KAWAN


hai ..dinda nak tanya  ni .perlu ke bila kita dah jadi tunang orang ,kita dah tak boleh bersembang lagi dengan orang lelaki lain  atau kalau lelaki tu dah tak boleh ke nak bersembang dengan perempuan lain ?

kenapa mesti menyepikan diri ? kenapa nak jauhkan diri ? tak yakin pada diri sendiri ke ? atau bakal pasangan hidup dia tu akan cemburu ? tunang je kot . sedang isteri /suami orang yg bekerja tu boleh je bertegur sapa dengan kawan-kawannya yang lain . asalkan mereka tau batasannya ,tau status diri mereka semuanya bukan masalah besar .

atau pun mungkin aja bakal pasangan hidup tu terlalu istemewa sehingga sanggup ditatang bagai minyak yang penuh . maklumlah kan ,orang bertunang ni kan tengah kencing manis . . eh ! darah manis la ape lah dinda mengarut ni kan . . heee

sebenarnya dinda ada sorang kawan baik lah kan . kiranya close friend la gitu . dulu kemain lagi bila sembang macam nak runtuh bangunan dibuatnya  .tapi bila  dia dah selamat menjadi tunangan orang ,hilang gitu je dia dari hidup dinda ni hah !

dinda bukanya nak dia hari-hari dok menegur dinda pacal yang hina ni , cukuplah sekali sekala sekadar 'hai awak ,sihat ke ' haa . . tu pun dah cukup dah sebagai tanda yang dia kawan dinda .

bukan nak mengungkit lakan . dulu masa dia ada masalah dan masih lagi dok tercari-cari bakal jodoh kononnya , dinda nilah tempat dia mengadu . tempat dia mencurahkan perasaan sedih dan hiba . dan sebagai seorang kawan yg baik *ceh* . . dinda memang sentiasa doakan dia ,supaya di temukan jodoh cepat dan diberi kehidupan yang lebih sempurna . hmmm . . sekelip mata kau berubah .

ok . . memang kawan dinda ramai .sejak dulu hingga sekarang ,tapi bila dah dapat kawan baru ,perlu ke kita buang kawan lama ? kawan baik  ? hmmm . .entah le wak ~

ohh. . sekarang baru dinda sedar  . . pipit sebenarnya hanya layak terbang dengan pipit dan enggang memang lah cukup  layak berterbangan dengan enggang . dan ketika ini barulah dinda mula sedar diri  . dinda kena akur . .

kalau ada orang tanya dinda : apakah nilai seorang kawan pada dinda ?

dinda akan jawab : kalau dulu dia pernah bahagiakan dan menceriakan hidup dinda , mungkin bahagia itulah yang dinda nilai ,bukan  kawan dinda tu . jika disebut kan kawan , sampai mati pun dia tetap kawan dinda. aaa. .ni pendapat dinda je eah ,bukan dinda ambil dari mana mana kata-kata ustaz atau ustazah .

Comments