DINDA INSAN BIASA JUGA



hai awak ,salam jumaat buat semua . sebelum dinda meroyan lebih jauh jom kita berselawat keatas junjungan nabi kita Muhamad saw . banyakkan berselawat kepada nabi kita ye awak , ada banyak hikmah disebaliknya tu. semua tu tidak diminta bayaran malah akan diberi imbuhan . percaya lah ~

awak . . .  bila dinda cakap pasal  agama ni , agak lain macam pulak perasaan ni ,bukan apa takut silap cakap . tapi kali ni sempena hari jumaat yg mulia ni ,dinda nak kongsi amalan dinda yang hari - hari dinda buat disepanjang hidup dinda ni , nak tahu ? jum la . . .

bila bangun je pagi ,celik je mata ni , dinda terus tengok siling bilik , dinda senyum dan ucap :

alhamdulillah hillazi bak dama ama tana wa ilai hin nusyur **aminn

kemudian dinda  tak terus bangkit ,tapi dinda akan urut perlahan lahan tubuh dinda ,dari dada hingga ke hujung kaki dengan berselawat sebanyak 3 kali.

kemudian dinda bangun menuju ke bilik mandi dengan bacaan doa :

Allahhumma inni a'au zubika minal hubsi wal abaizz **aminnn. 

dinda langkah dengan kaki kiri dan masuk ke bilik air untuk dinda lepaskan semua hajat dinda dan mandi juga lepas tu .

selepas berwhuduk  . . dinda akan meluahkan doa doa dinda kepada Allah swt dalam solat subuh . dinda akan sudahi dengan alfatihah buat kedua ibu bapa dinda pula , mohon kedua mereka diberi kesihatan yang sempurna disepanjang hayatnya dan dapatlah mereka nanti melakukan amal ibadah dengan khusuq dan tawadduq hendaknya .**aaminn

lepas tu ? seperti perempuan yg lain jugak dinda akan  cuci baju , masak air , sediakan sarapan pagi ,sediakan diri untuk ke tempat kerja dan menjalankan tugas harian seperti biasa  . . . gitulah yang dinda buat hari-hari . setiap masa ,disepanjang hayat dinda ini , maybe . . .  

awak bagaimana ? kalau nak kongsikan dengan dinda ,meh le pm dinda kat laman muka buku dinda ini . . . dinda tunggu je kok  haha















Comments