DINDA KENA SKODENG

ok fine . . .ramai yg cakap ;

ko kalau dah kawin senang ,makan minum ada yg jaga . sakit pening ada yang tengok ,kesana kemari dah tak perlu risaukan mak ayah ko lagi . sentiasa berteman . sentiasa ada tempat meluahkan perasaan .ada teman menangis ,teman ketawa ,teman bergaduh . . . halal pulak tu .

hmmm . . . cakap senang lah kan . diaorang belum kawin .or mungkin diaorang dah kawin tapi dapat apa yg diaorang hendak kan tu . sedangkan dalam rumah tangga ni ada 1001 jenis masalah dan kejutan yg kita sendiri tak sangka benda tu akan terjadi .

kadang kadang masalah tu datang bukannya bagi salam pun .tup tup dah depan mata ! hendak tak nak kena juga hadapinya  . ada orang sekejap je settle semua masalah dia .ada orang pulak bertahun tahun mengadap masalah yang serupa . kenapa ek ?

dinda ni kalau bab rumah tangga mungkin masih tahap kurang bijak lagi lah sebab setakat ni masih lagi sendirian berhad . kalau esok lusa ,entahlah tak tahu macamana kan . bila lihat sekeliling rasanya seram jugak nak berumah tangga ni . ape taknya :

ada member dinda  yg sorang ni ,suami dia punyalah penyayang ,baik ,rajin ,hormat isteri dia melampau-lampau sampaikan  si isteri pulak pijak kepala .naik tocang . ish . . . .tapi kalau gaduh ada satu ayat yg paling sakit telinga dinda dengarkannya iaitu '' ceraikan aku !! ceraikan aku !! kau dayus ! kau ceraikan aku sekarang !! tapi  suami dia hanya diam dan terus diam .api kemarahan isterinya dibiarkan je menyala sendirian .

eh !! mana dinda tau kisah ni ? emm . . . adalah dinda bukan pasang telinga tau tapi dinda dengar ni masa dinda tengah cuci kereta depan rumah petang semalam .

dan dalam hati dinda berbisik : takkan sebab laki dia skodeng wa cuci kereta dia mintak cerai terus ni?? hahaha dinda terus masuk rumah lepastu sebab dinda segan dengan diri sendiri  . yang pelik lepas dinda masuk ,depa tak gaduh la pulak !! 

hahaha nampak gaya lepas ni dinda tak cuci kereta lagi la kat depan rumah lagi .baik cuci kat carwash je la .kang lagi ramai mintak cerai dengan suami dia di setiap petang ahad hahaha *perasan sungguh dinda ni . . . *

awak . . kes isteri yg mintak cerai tu memang betul ok ,tapi atas  sebab alasan  suami dia skodeng dinda cuci kereta tu nipu jek .mana la kena mengenanya . bukan baru hari tu je dinda cuci kereta ,tiap petang minggu memang dinda cuci kereta depan rumah lah , kecuali musim hujan. . yg tu memang dinda tak cuci punya . membazir !

awak . . ni baru 1 kes isteri mencabar kewibawaan suami dia . sebenarnya ada banyak lagi tau . cuma dinda tak nak awak letih membaca nya  .kang tak pasal pasal isteri awak pulak mintak cerai sebab baca entri dinda lama sangat hahaha hadeh . . perasan yg bertingkek- tingkek ni oii


dinda tau la ,bila dinda senyum je ramai yg dah kenyang hahaha k bhaaai !

Comments