DOA

hai awak !

rindu dinda tak  . . . sorry masa sangat terhad buat dinda untuk melayan mood blogging ni . petang ni rasa macam nak sembang sikit la untuk melepaskan rindu kat semua readers setia blogs dinda ni . eh ! ade ke readers yg setia disini ? insya Allah ade je kan ? dinda je yg tak tahu .al maklum dalam viewer cuma ditunjuk jumlah pembaca je bukan siapa gerangan pembaca  . kot - kot Aroon Aziz yg baca ? aa kang dinda riak le pulakkan  . . heee~

mana dinda pergi lama tak blogging ?

soalan pertama diajukan tadi,semalam ,haritu dan semalam punya haritu ! sebenarnya dinda ada saja di Malaysia ni , belum kena buang negara pun lagi . cumanya tanggungjawab dinda kepada rakyat dan tanah air lebih utama *ceh*  . kemain mengade je dinda ni . . .macam lah kahwin dengan  YB ! doakan dinda menjadi YB satu hari nanti itu lagi baik kot . sekarang ni dinda pun YB jugak . . * Yang Benar * heee


awak  .  . . dalam kehidupan ni apa yg perlu ada untuk satu satu kehilangan ialah doa . kalau rindu pun doa , kalau marah pun doa ,kalau benci pun doa jugak . tapi doa tu biarlah yang baik - baik .

kalau kita kehilangan sesuatu atau seseorang ,ada baiknya kita doakan ianya kembali kepangkuan dengan selamat . kadang -kadang kehadiran kedua tidak menjanjikan apa-apa  . sebab tu kita kena berdoa supaya dia kembali dengan keadaan dia yang sebelum hilang dulu.


kalau kita tengah marahkan seseorang tu , lagi elok kita doakan dia supaya tidak mengalami situasi marah seperti kita sedang alami tu tapi jangan pulak awak doakan dia telingkop kat  tengah jalan pulak . .  aaa. . pernah buat kan . . kan . . . hah? tak ? ok la. . .  awak memang hebat sebab tu dinda sayang lebih  . .  . eh :p


kalau kita  dibenci orang  ada  baik kita doakan dia supaya dirinya  tidak dibenci oleh orang lain ,kerana kesejahteraan akibat dibenci ini lebih dasyat dari perkampungan yang dilanda ombak tsunami . ianya sakit ,terluka ,sangat pedih walaupun dirinya tak mati . harap awak boleh paham bahasa jiwa dinda ni . :/

dan doa paling dituntut oleh Allah swt pada  sekelian hambaNya apabila selesai solat ialah memohon kesihatan yg baik . kerana ianya merupakan sebaik-baik doa antara jutaan doa didunia ini .

ok . .lepas solat nanti bacalah doa . . .

Ya Allah ya TuhanKu  . .Kau berikan aku kesihatan yg sempurna dengan sebaik baik kesihatan agar aku dapat menunaikan amal ibadahku kepadaMu , kepada kedua orang tua ku ,pada tanggungjawabku ,kepada diriku sendiri juga kepada sekelian muslimin dan muslimah didunia ini . hanya padaMu tempat ku bermohon ya Allah . .  .amin ya robbal alamin ~


**terlambat ku sedari sebenarnya kau lah yang amat aku sayangi . . .  :'(




Comments