LEVEL CEMBURU

hujan renyai renyai diluar taska ni . pagi sabtu tak ramai kanak kanak yang dihantar sebab ada yang bercuti kerana parent mereka cuti . namun ada jugak yg mengade ngade hantar anak dia walaupun diaorang tak berkerja . ish . . .tergamak sungguh ! padahal waktu nilah anak anak nak bermanja - manja dengan diaorang kan . alasan ?? 

saya nak kemas rumah lah kak  . saya letak budak kat sini kejap ye , nanti siap kemas saya datang lah ambil . rumah tu berhabuk ,nanti dia bersin tak selesa pulak nanti . . . . 

ye itu alasannya . selalu alasan ni dia guna pakai ,dinda pun dah boleh hafal skrip dia tu . hmmm . . tak nak anak bagi je kat dinda , biar dinda jaga sampai budak tu tua ! 

awak . .  kenapa ekk, manusia ni sukar sangat nak bersyukur dengan apa yang dia ada ? ada anak tapi tak mahu jaga . ada suami 'handsome  perangainya ' tapi nak cari pulak 'suami yang lebih kaya '  . ada isteri baik ,nak pulak isteri yang terbuka sana ,terbuka sini  ( kalau dah terlalu sangat terbuka lemau jugak lelama kan ) ada rumah cantik , sibuk nak rumah lagi cantik ! ada kereta besar ,nak lagi kereta lagi besar ! kenapa ek kenapa ?

pada dinda semua tu tak kan beri apa -apa kebahagiaan jika yg dikejar tu semata -mata untuk hidup kat dunia ni je . bukan kita tak boleh rasa cemburu dengan orang lain . bukan jugak kita tak boleh bersaing hebat dengan keadaan orang lain ,tapi biarlah bertempat ye awak . misalannya . . . 

awak boleh rasa jeles bila jiran awak asik berderma ke ke masjid , kerumah anak - anak yatim , ke keluarga -keluarga miskin disekitar tempat awak tu . . . 

 ish kenapalah dia ni je yg selalu bersedekah , kenapa lah aku ni tak rajin sangat nak  bersedekah ? padahal standard hidup dia sama je dengan gaya hidup aku . apa hebatnya kocek dia dari aku ni ? kocek aku pun ada wang baki jugak macam dia . tapi biasanya wang baki tu aku buat pergi shopping je . paling tidak pun buat make up kereta aku ni . . .hmm jeles pulak rasanyaaaa . . .



aaa. .  yg ni memang kena jeles ye awak . tak dosa rasanya heeee awak juga layak untuk bersaing ( rasa cemburu ) dalam mana awak lihat kawan -kawan awak ,jiran tetangga awak dok rajin sungguh mencari ilmu akhirat . 

adeh . . .dia tu asik- asik  aku tengok pergi  kuliah subuh la , kelas fardhu ain la , asik dengar ceramah sana , ceramah sini ,eeee. . .  jeles nyeeeee . . .  aku ?? asik - asik usya cinta kat facebook ,wechat , entah dapat ke tidak  , silap -silap dapat dosa dok perati benda bukan -bukan dalam tu , sedang dia kompem lah  dapat ilmu  , tak 10 ilmu yg  melekat di otak dia , maybe 1-2 mesti masuk punya !! ish  jelesss. . jelesss. . . 

ahha . . . awak bukan semua cemburu itu tak boleh kan . ada jugak cemburu yg dibenarkan . harap awak paham dalam bahasa jiwa dinda kali ni .  dinda bukan ustazah tapi dinda ni masih lagi seorang perempuan comel yg waras dalam menilai mana kaca ,mana permata ,mana emas tulin ,mana zulian hehehee . . . 
*aaa. . jangan jeles pulak bila dinda cakap dinda comel ea. . . dosa nanti *


Comments