AKU : DHIA

ada luahan hati seorang isteri yg hendak dinda kongsikan disini . ini bukan lah untuk mengaibkannya tetapi dia memang suruh dinda kongsikan sebagai panduan buat semua gadis-gadis solo diluar sana . dia nak dia orang ambil iktibar sebagai pelajaran dihari yg mendatang  . tengs buat 'DHIA' ( bukan nama sebenar ) kerana sudi berkongsi . . .



Dhia . . . 
aku dibesarkan disebuah pekan kecil didaerah negeri selatan tanah air  . keluarga aku memang sayang kan aku maklomlah kan aku anak sulung mereka . aku cahaya mata pertama mereka . aku lambang cinta mereka.

sewaktu kecil aku sangat manja . namun begitu segala ajaran agama mak bapak aku tak pernah lupa ! aku dihantar kesekolah agama sehingga ke darjah enam ! aku mengaji sehingga khatam . aku di didik supaya membaca yasin pada tiap malam jumaaat ! dipesan supaya sentiasa bersyukur dan ingat Allah . hurmat orang tua ! dan akhirnya aku jadilah anak sebagai mana yang mereka harapkan tu . alhamdulillah .

sewaktu remaja ,aku tak mahu melanjutkan pelajaran ke mana -mana IPT .pada aku cukuplah sekadar SPM dengan keputusan yg tidak terlalu baik tetapi masih boleh tahan ! keputusan yg melayakkan aku kemenara gading ! tapi aku memang malas untuk belajar ketika tu ! apa yg aku ingat , aku nak cari duit !! nak jadi macam kawan-kawan yg boleh pakai barang-barang branded ! handphone canggih ! ye semua tu aku nak ! 

akhirnya dengan kedegilan aku ,mak bapak aku turutkan je la . kata mereka kalau mereka paksa  pun payah jugak nanti aku hanya membazirkan duit mereka sedangkan pelajaran entah kemana . aa tau pun ! 

aku tak tahu kenapa aku degil sangat masa tu ! apakah sebab aku terlalu manja  ? ishh tak jugak la . . .

bila sudah bekerja  sebagai promoter disebuah mall  ditempat aku  tu ,aku semakin liar ! apa tidaknya kawan kawan aku semuanya kaki enjoy . tengok wayang ! bowling ! snooker ! karaoke ! semua tu jajan hidup mereka dan akhirnya menjadi jajan hidup aku jugak !

bila lewat usia 21 ,aku bercinta dengan seseorang . pada aku dialah satu-satunya insan yg memahami aku . walaupun dia nampak serious dengan aku tetapi aku masih lagi ragu-ragu dengannya sehingga pada satu hari dia berhasrat ingin melamar aku sebagai bakal isterinya . dan aku hanya diam waktu tu . . mungkin terkejut !

bila sebut pasal lelaki tu ,pernah beberapa kali aku bawa dia pulang kerumah untuk di perhatikan oleh mak bapak aku . apakah dia layak sebagai calon menantu ??. dan didepan orang tua aku ,dia kelihatan sangat sopan ,solat memang tak tinggal . sentiasa menjawab dengan lembut dan sopan pada tiap soalan mak bapak aku padanya . ok lah semua ini buat mak bapak aku sejuk hati melihat perangainya  . dan bila genap 1 tahun kami berkenalan . keluarga dia pun datang meminang dengan izin orang tua aku . ye . . kami telah pun bertunang ! hampir setahun pertunangan , aku akhirnya menjadi isterinya yang sah !!

bila sudah menjadi isteri aku dah tak jadi liar lagi . maklumlah kan dah jadi bini orang  tapi pada tahun pertama je aku dah mula hidu sifat dia yg sebenar ! bila tiba bulan puasa ,dia langsung tak berpuasa . dan aku yg berpuasa ketika itu terpaksa menyediakan makan untuk dia . tak kira waktu nya bila . tengahhari aku kena menumis ! menumbuk rencah ! dah macam bukan lagi bulan puasa gayanya .orang lain bila bulan puasa senyap sunyi dapurnya tapi rumah aku . .hmmm serupa hari biasa . kerana apa ? sebab suami aku nak makan nanti .

bila tiba waktu solat subuh ,dia  tidur .bila aku kejut dia akan marah .katanya : 

awak  pergilah buat dulu  ,abang mengantuk  . . .  !!

aku diam dan pergi meninggalkannya diatas katil bersama mimpi yg lena  .  lama kelamaan aku tidak lagi kejutkan dia sebab aku tak nak lagi ditengking di setiap pagi subuh  . malah buka je subuh , isyak , maghrib ,asar ,zohor pun serupa ! dia lebih fokus pada tv nya berbanding solatnya . aku masih lagi diam kerana takut dimarahi suami  .

aku nak salahkan siapa dalam hal ini ? dirinya kah ? mak ayah dia kah ? atau aku kah ?

kalau dirinya mungkin aja dia sudah tersasar dilandasan dirinya sendiri . dia sudah kebiasaan dengan gaya hidupnya sendiri dengan begitu lama sehinggakan menjadi kebiasaan . emm ini bukan salah dia *bisik hati aku* so  nak salahkan siapa ?

mak ayah dia? * mak bapak mertua aku * mungkin jugak !sebab didikan mereka lah penentu perangai anaknya selama ini . tapi bukan kah mak ayah dia sudah menghantarkan  kesekolah ? belajar agama ? mustahil mereka abaikan anak lelakinya ini ? aku tenguk mak ayah dia orang yg warak jugak . pada mata aku nilah kan  . emmm nak salahkan sapa lagi ekk ?

akhirnya aku salahkan diri aku !!! 
aku cakap aku bodoh kerana membiarkan orang yg aku sayang ini hanyut ! leka ! lalai dalam arus dunia ! aku semakin tertekan dengan pengakuan ini ! hari-hari aku rasa bersalah . untuk menariknya kembali kepangkal jalan sangatlah kerja sukar buat aku ! ye. . aku isterinya ,aku tak boleh buat dia marah kat aku sebab nanti aku dianggap durhaka ! emmm aku tak pernah pun melawan semua kata-katanya disepanjang perkahwinan kami . biasanya tengking nya aku lawan dengan air mata aku aja .

dalam mendidik anak-anak kami yg 2 orang ,aku lebih di beri amanah ! katanya aku lah yang layak ! bukan dia sebab dia tak tahu nak didik anak ,sedang kan akukan  terlalu pandai ! emm semua ni bagaikan memerli aku je  . tapi aku rela ,demi masa depan anak -anak aku ,aku rela menahan semua kepedihan  ini . menjaga anak-anaknya , mengurus rumah tangganya  , menjaga hartanya , maruahnya  dan menutup segala aibnya dimata orang lain ! aku tak sanggup orang pandang serong kat suami aku ni .

hari berganti hari dan sekarang anak -anak kami dah meningkat remaja . bila yg besar sudah berumur 15 tahun manakala  yg kecil berusia 12 tahun . aku semakin resah ! bagaimana dengan pandangan anak-anak aku terhadap ayahnya nanti ?  pernah anak aku yg kecil berkata : 

mama . . orang lelaki memang tak payah solat ea ? orang perempuan je yg solat ea ? untung lah abang nanti tak payah solat ,tapi adik kena solat je dengan mama .hmm . .  

aku mulanya pelik dengan kenyataan dia . so aku tanya kenapa cakap macam tu ? katanya :

adik tenguk ayah tak pernah pun solat macam mama . ayah kan lelaki ,mama kan perempuan . adik tak pernah pun tenguk ayah baca al-quran macam mama ,lagi-lagi baca yasin tiap malam jumaat tu . asik tenguk tv je kerjanya ayah tu.  memang gitu ke mama ?

aku binggung !

tapi dengan izin Allah aku jawab :
bila kita buat amalan macam solat ,baca alquran tu ,tak semestinya orang lain kena nampak . ayah mungkin buat waktu mama dengan adik tak nampak ke,mana la tau kan . buat baik mana boleh tunjuk-tunjukan .. dan jawapan aku diterima pakai oleh anak kecil aku ketika tu . mungkin dia kata betullah cakap aku nikan. 

padahal hakikat yg sebenar nya Allah je yg tahu .

perasaan bersalah aku makin memberontak bila dia langung tidak berubah bila anak-anak semakin meningkat besar ! sehinggakan pada satu hari aku buat satu kerja gila ! aku rela dipanggil durhaka ketika itu ! ye aku benar-benar rela ! dengan nada yang agak keras akhirnya aku terpaksa meluahkan apa yg aku pendam selama ini terhadap suami :

abang ! cuba lah bawak berfikir sikit !! umur dah makin tua ! apa yg abang buat untuk kami dan anak-anak ? cukupkah dengan bagi makan dan minum ? nafkah yg memang sempurna ? tapi dimana kah abang ketika anak-anak sedang membaca doa kunut didalam solat subuh mereka  ?? ketika  anak kita  sedang melaungkan azan maghrib ? tak malu ke dengan anak anak bang ? 

*air mata perempuan aku mula menitis . itulah lemahnya aku ,cakap sikit air mata je yg lebih.

bang , saya sayang abang ,saya tak mahu abang hidup kosong ! saya nak abang jadi imam saya pada tiap kali kami solat bang. tak susah kan . tv tu hiburan sementara je . solat ini tiangnya agama ! pernah saya terfikir  nak tinggalkan abang sorang-sorang dengan dunia abang yg kosong ni abang tau tak ? tapi bila saya rasa itu bukan jalannya yang betul , saya padam niat saya tu . sebab saya tau abang lah suami saya yang menjadi ayah kepada anak - anak saya bang .!!  bang . . .insaflah  . . .  itu je rayu saya kali ni kat abang . . .. 


*dan kali ini aku menangis sungguh sungguh dihadapnnya . aku lepaskan semua airmata yg aku selindung selama ini dari diketahui olehnya . dan dengan ayat paling sukar aku lafaskan tetapi telah pun aku lepaskan ialah . . . 

dan . .  . kalau awak anggap semua ini hanya bebanan pada awak ,lepaskan saya . . . saya dah tak sanggup  melihat keadaan abang yg bertahun - tahun  begini .  saya rela jaga anak-anak sendirian supaya dewasa nya mereka nanti ,mereka tidak berperangai sama seperti abang , saya tak nak nanti terus-terusan menjadi isteri yg asik nak memendam rasa dan akhirnya menjadikannya sebagai dendam .saya tak rela selamanya nak mendurhaka dengan  abang tau tak  ? saya tak nak semua ! sumpah saya tak nak bang !!

aku terus-terus menangis ! berbelas tahun aku pendamkan semua ini dan akhirnya harini aku letupkannya !! aku jujur walaupun nampak seperti kurang ajar ! seperti isteri yg durhaka ! ahhh . .  biarkanlah ,janji semuanya sudah diluahkan kepada dia ! fikiran aku singkat kali ni ,tapi aku memang betul-betul nekad !!

dan bila melihat keadaan aku yg bagai kejutan buat dia , suami aku yg diam pada awalnya ,akhirnya bersuara. . .

dan katanya :
abang sayang awak , memang abang akui abang dah lari jauh dari landasanNya. janganlah pernah fikir untuk tinggalkan abang ,abang perlukan awak  .. .abang perlukan anak-anak kita ,ok lepas ni abang akan cuba berubah kerana awak ,anak -anak dan paling utama kerana Allah . tapi pleaselah ,jangan tinggalkan abang.

air mata lelaki dia sudah mula mengalir  dan aku jadi makin sebak  akhirnya  aku pun turut sama menangis  ketika tu . 

yang  . ..terima kasih ingatkan abang tentang semua ni . . abang mintak maaf sebab  tak jadi suami dan ayah yg sempurna selama ini . abang malu dengan awak dan anak-anak .

keluhnya perlahan . . . 

yang . .tolonglah ingatkan abang ye ,bila abang leka dan lalai  untuk solat atau apa -apa pun . tu hak awak yang ,awak jugak ada hak mendidik suami awak yg lalai dan leka ni .


Tapi bukan mudah melentur buluh ! aku terpaksa sentiasa menjadi pemerhati yg setia untuknya sambil memanjatkan doa kepada Allah ,agar aku dan suami serta anak-anak sentiasa hidup dibawah rahmat Allah s.w.t . dan aku nak bila aku mati dulu dari mereka tu ,mereka akan menjaga silaturahim buat aku yg tidak akan putus .ye , doa mereka ,amalan mereka itulah harta yg akan aku bawa bila aku mati nanti . . . insya Allah . . .aamiinn

Comments