Skip to main content

BAHAGIA YG BERBEZA

dan bila ditanya , dapatkah bahagia dibeli dengan duit ? dinda tergamam ! sebab bahagia ini satu yg kompleks untuk diuraikan .

mengikut pemerhatian dinda ,bahagia untuk orang bercinta sangat lain dengan bahagia orang yg sudah  berkahwin .


misalnya  orang lelaki yg dah kahwin  akan rasa bahagia kalau anak bini dia dengar semua cakap dia . anak dia belajar sungguh-sungguh sehingga berjaya ,bini dia tak keluar rumah duduk bergossip dengan jiran sebelah . dia balik kerja rumah dah siap kemas teratur . makanan dah siap terhidang  . anak-anak dah siap dimandikan . bini pun dah mandi jugak ! wangi-wangi semua  . masa tu alangkah indahnya dunia baginya  . lagi-lagi dapat bini yg sentiasa tersenyum dan tak kuat bebel ,dan raut muka ada macam iras-iras dinda ni lahai heee bahagia tuuu . . .  hahaha mohon jangan bunuh diri disini !!



bagi orang lelaki yg bercinta pulak . bahagia bagi dia ialah bila dia call  gf dia , apa yg dia nak ,sepantas kilat gf dia terus angkat . kalau boleh baru  search nombor handphone je ,gf dah cakap 'hello sayang' . . .aaa  . . .sepantas kilat kan ? baru pegang je tu belum dail pun hahaha . bukannya  dia nak fikir pempuan tu tengah mandi ke , tengah makan ke ,tengah anu ke . . .aaa. .  yg penting call ,angkat ,angkat je call ! cayalah bro awek lu tu kan ? dan kalau tak angkat sepantas kilat ? apa kan jadi ? masa tu terus lah muka payau ! tawar hati ! dah 3-4 kali dail ni tapi orang tak angkat-angakat !! arghh !!  jiwa automatik jadi kacau ! dunia gelap gulita !hampa ,lara ,kecewa. . . hahaha dinda OVERRR pulak ni . . .sorry bro !

apa pun ,semua orang layak untuk capai bahagia . tak kira miskin atau kaya ,mereka perlu bahagia . duit tu kalau banyak bahagia ,kurang pun boleh bahagia , tapi takde duit tu memang lah derita !  pe tidaknya ,tiket bola pun dari rm40 ! dah terdesak boleh cecah ke rm110-130 ! gila kalau takde duit tapi nak pergi tenguk bola esok ni !! ergh !! duit ! memang perlu ada duit untuk dapatkan bahagia untuk  tenguk bola ! hahaha


bagaimana bahagia bagi diri dinda pulak ? emm . . bagi dinda ,dapat tidur puas-puas waktu cuti ni pun dah kira bahagia dah haaaa  , apalagi inilah rest time ! free dari kekusutan hidup ! ku ingin terbang bersama angan-angan dan mimpi . . .oklah  maaf zahir batin kalau ada silap salah . ini hanya meroyan dinda ,tiada kaitan dengan yg hidup mahu pun yg telah meninggal dunia ,k bhaaai !



Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx