CINTA DAN SASARANNYA

awak . . .

kalau sebut pasal cinta , semua orang yg bercinta nak sampai ke jinjang pelamin kan ? then lepas tu nak ada keluarga sendiri kan?

kebanyakkan orang yg asyik dilamun cinta ni ,dia tak pandang dah siapa pujaan hatinya. apa yg dia pandang si dia tu setia dengan kasih sayang sejati memasing . apa lagi malang ,ada yang sangup mengorbankan jiwa raga ,zahir batin demi sebuah percintaan . tak paham langsung la dinda ! kenapa lah fikiran secetek gitu ek akal mereka , baru bercinta je pun ,belum lagi nikah tapi hampir sekeseluruhan hal peribadi ,harta benda kekasih nya sudah pun dikawal rapi ! dijaga ketat !di beri perhatian 100 percent !


apakah inilah yg dinamakan . . . seratus percent cintakuuuu . . .hey hey  hey hanya untuk muuuu . . .  *dangdut seyyhh heee

paling kecewa bila dah kawin pulaknya selepas 100 percent cinta ku disemai , si pasangan selalu belot ! lagi -lagi orang perempuan  . masa couple tu diaorang tak ingat pulak yg kerja pak we apa ? boleh ke menampung kehendak citarasa yg  mereka mahukan ?

lupalah tu pipit dengan pipit
enggang dengan enggang ekk?

paling sengal nya masa bercinta dah tau yg pak we tu orang yg golongan sedang-sedang saja ekonominya  , konon susah senang ditanggung bersama ! AGAK keterlaluan kalau dah kawin selepas setahun dua ,dia nakkan kehidupan umpama standard anak Tan Sri ! agak melampau perubahan situasi sebelum dan selepas inikan ? dasyat giler tu awak !! perh !


sebab tu kalau kita lihat  , ada ramai pasangan suami isteri yg akan 'berantakkan' bila mana usia perkahwinan berusia 3-4 tahun lamanya . si isteri mahukan LEBIH dari apa yg si suami mampu sediakan ! dan bila selalu tertekan ,si suami pulak cari 'penawar duka ' diluar rumah ! lahai pincanglah lagu dan iramanya . . .


dan MANGSANYA ? ofcos la anak - anak yang comel -comel belaka itu . . sedih kan ! merekalah korban kasih sayang ! kalau nabi Ibrahim A.S korbankan nabi Ismail demi wahyu dari Allah . .ramai pasangan suami isteri di Malaysia korban anak jugak tapi kerana desakkan masalah keluarga yg mana semua ni dimurkai Allah ! meruntuhkan masjid yg halal ! aduh . . kejamnya cinta 100 percent !


PUNCANYA? kurangnya menilai pasangan sendiri ! kalau masa bercinta sanggup share minum air segelas berdua ,kenapa dah kahwin nak beli sorang segelas ?? apa orang dah kahwin ni tamakkah nafsu nya ?


maaf dinda tak tahu ,sebab selama ni dinda minum air selalu keseorangan je , lagipun dinda tak suka straw dinda kena gigit orang !! haaa whats on your mind ?hmmm . . .  i feel  nothing . . . hahaha


awak yg gadis -gadis yg bercita rasa tinggi , yg sedang bercinta diluar sana ! kalau nak bakal suami awak  yg dapat menampung kehendak awak 100 percent tu , jaga lah diri tu elok -elok dari sekarang . kerana biasanya orang yg baik -baik ,bakal bertemu dengan orang yg baik- baik jugak .kalau awak sendiri perangai enam jahanam , mana mungkin dapat berjumpa dengan pak lebai atau pak ki'yai  ? tok mudim mungkin boleh lah dapat ! hahaha girls . . .pleaselah
jaga maruah
jaga agama
jaga nama keluarga
jaga sopan santun
insya Allah awak akan dijaga sehingga 200 percent oleh cinta sebenar !
aaminnn . . .

dahlah comel ,baik ,cantik ,
reti jaga  maruah diri sendiri dan  keluarga ,
semua orang sayang kan?
gambar :  gadis ini kepunyaan mr google !





Comments