DUNIA BELUM BERAKHIR

dunia belum berakhir  , bila kau tinggalkan aku  . . . 



gitulah antara lirik lagu yg dinda dengar dari siaran radio didalam kereta ketika hendak ketempat kerja tadi . bila dinda amati lirik tu  , betul jugak kan ,ada ramai para pecinta cinta yg buat kerja bodoh bila kekasihnya pergi meninggalkannya ! seperti terjun bangunan lah ! makan racunlah ! gantung diri lah ! ambil dadah lah ! toreh tangan lah ! potong urat nadilah ! ish . . dia sanggup buat semua tu kononnya kecewa dengan bekas kekasihnya yg meninggalkan dirinya dan cinta nya !

mengong !! dia ingat dalam dunia ni manusia yg tinggal  cuma dia berdua je ke ? ada akal tak nak guna ! agaknya akalnya disimpan dalam kocek la tu ! atau pun akalnya diletak didalam peti dingin beku dirumah !! grr . . .

boleh aja merasa sakit tapi tak perlu lah menyakitkan  lagi tubuh badan sendiri ! penat lelah mak bapak besarkan  , bila tiba dah dewasa hanya sebab kekasih dia sanggup buat kerja gila macam tu ! rugi wooo mak bapak dia bagi makan dari start dia lahir sampai dia dewasa gitu ! emmm serious bongok ft bebal ! tak ke dia terfikir berapa banyak modal mak bapak dia dah keluarkan untuk dia ,makan minum ,sara hidup ,pelajaran . . .oii sedar lah !! kekasih tu ada melambak lagi dimuka bumi ni laaa . . .  * eh ! melambak tu apa ? emm bersepah - sepah la  ~

buat pasangan yg enak bercinta diluar sana . jika awak gagal dengan cinta awak ,tak perlulah buat kerja bodoh gini la ye . mati dalam sesat cuma kerana cinta ? nauzubillah . . . .kalau kucing reti  ketawa ,sampai kiamat dia akan ketawa kan awak tau tak ? lagi lagi kalau kucing pandai cakap ,pastinya dia akan berkata  . .  .

aku yg haiwan ni pun tak ingin nak buat kerja gila tu , padahal aku takde akal fikiran ,takde agama , tak tahu hukum hakam , tak tahu apa tu dosa pahala tapi aku tau apa cara nak buat bila putus cinta ! kalau si tampok tinggalkan aku ,aku ada si kitty yg cute dirumah sebelah ,aku ada putih gebu didepan rumah tu . aku ada si comel di belakang rumah tu . untuk bunuh  diri atau toreh -toreh tangan tu bukan aku la wey ! rugi siot ! nampak sangat akal dilutut !


eh ! dunia belum berakhir dan dinda boleh pulak tahu bahasa jiwa si kucing ni hehehe meowww ~~

semoga kekal ke anak cucu . . . 




Comments