GENERASI AKAN DATANG

hati ku dirobek robek ! haha pepagi dah jiwa kacau ! apalah dinda ni kan. duduk kampung bercuti tapi bila melawati alam maya jiwa tak keruan dibuatnya ! baru je on muka buku dah muncul gambar kanak -kanak pijak bendera Johor . kononnya orang yang pijak tu kumpulan anak -anak penyokong Pahang ,entah ye ke tak mereka tu orang Pahang punya anak , waallahulam !

sebenarnya bukan hanya bendera Johor ,kalau bendera Melaka ,Pahang ,Kedah pun mereka buat gaya gini dinda still kesedihan melampau tau awak . . .haaaa


ok fine ! KINI baru dinda sedar ,betapa perlunya pelajaran sivik (  tatarakyat ) dijadikan mata pelajaran wajib di Malaysia ! kementerian pelajaran apa komen awak ?

dinda sedih melihat didikkan yg di beri kepada budak - budak ini .
jika inilah generasi  akan datang ,
mungkin sahaja dia boleh buat lebih dari memijak bendera  .
nasihat dinda kepada penyokong bola sepak di Malaysia ,
janganlah disebabkan terlalu taksub dengan apa yang awak sokong, awak menjatuhkan maruah bangsa awak sendiri .
akal kena panjang beb !

tahniah pasukan Pahang  5-0 milik anda !

Comments