ISTERIMU TETAP ISTERIMU

pagini dinda nak sembang sikit pasal pasangan yg dah berumah tangga ni . walaupun dinda adalah sendirian berhad ,namun sebagai pemerhati ingin jugak dinda nak bagi pendaapt  . kununnya pendapat orang muda la gitu heee . . .

dalam masyarakat sekeliling kita . ada orang dapat suami yang sangat rajin . sehingga kan isteri dia langsung tak dibenar kan buat kerja . takut tapak tangan kasar katanya . takut jari lenguh fikirnya . takut nanti letih kata nya . ada ke yg macam ni ? kalau ada alhamdulillah la kan rezki tu ! untungnya badan . . .

sebenarnya jika kita umat Muhamad SAW yg setia  ,kita akan amalkan segala amalan-amalan baginda   . kita akan faham , apa kah tugas seorang isteri kepada suaminya . tapi haritu ada seseorang tu cakap :

gua cari bini bila malam je bro ! time nak feeling -feeling je la kan . . . siang sibuk sangat -sangat . kerja lagi , urusan luar lagi , nak melepak cari ketenangan lagi , kang kalau gua duduk teperap dalam rumah dengan anak bini ,orang cakap gua kena control dengan bini lah ,kena  nasik kangkang  la , kena romete la dengan bini . eee. . malu la gua bro ! pe barang  balik kerja terus balik rumah dulu kann . . lepak la dulu ,mengeteh ke . . . sembang kosong ke  , yelah sekadar melepaskan strees ditempat kerja la katakan . . 

owhhh . .gitu ekk ?

pernah tak dia terfikir  ,Baginda Rasulullah begitu sayang dengan kesemua isterinya  . Baginda menganggap kehadiran isteri bukan sebagai orang gaji tetapi hanya sekadar membantu baginda  dalam urusan seharian  . jelas kat sini  title orang gaji dengan pembantu itu jauh bezanya .  isteri awak itu hanya membantu ok . jika seharian dia dirumah sebagai ibu dan isteri kepada keluarga ,mengapa tidak awak jadikan dia permaisuri pula selepas awak pulang dari kerja ? janganlah dibiarkan isteri awak tu terus-terusan menjadi bibik didapur sehingga lewat malam ,jadi pengasuh sehingga dia tertidur , dan jangan pula penat lelahnya seharian awak letakkan lagi dengan api keletihan awak tu  ,dengan stress ditempat kerja ,  semua ni akan buat dia terus-terusan  keletihan dihari mendatangnya  nanti .

hmmm . .  kesian kan. dah lah seharian duduk dirumah , mengadap benda yang serupa hari -hari . dengan melayan karenah anak-anak yg semakin membesar , suami pulak suka beri tekanan bila balik kerja  . sayunya rasa . . .

kalaulah awak berada disituasi isteri awak tu , agak-agak nya sanggupkah awak menempuhi semua ini ? lainlah kalau isteri tu jugak berkerja diluar rumah ,makanya dia ada lah jugak teman-teman lain untuk diajak lepaskan bosannya . tapi kalau isteri yg hanya 24-7  duduk dalam  rumah . . .perhhh bapak stress giler lah !! dinda pun tak sanggup rasanya nak hadap situasi macam tu . . .

tapi sebagai isteri orang selalu cakap , banyak kan bersabar lah ye , syurga di bawah tapak kaki suami . tak nak ke mati nanti masuk syurga ? siapa yang tak nak kan ? namun bagaimana nak masuk syurga kalau imamnya selalu je tidur disaat azan subuh berkumandang , selalu je dikedai mamak ketika azan maghrib kedengaran , selalu je tidur ketika orang lain sedang sibuk kemasjid pada tiap hari jumaat ? selalu je 'uzur' bila semua orang sedang menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa  . manakah imamnya disitu .

hmmm namun si isteri masih lagi terus bersabar demi jalan menuju kesyurga walaupun semua ini tidak tertanggung olehnya dia masih mampu tersenyum dan bertahan . . . dinda tabik hurmat kat isteri-isteri yg sangat menyayangi dan menghurmati suami nya yg ' kurang' begini .  mohon aja Allah beri petunjukNYA  . . .Aamiinn. . .




Comments