KINI HANYA SEJARAH

harini cuti deepavali  ! ada orang cuti ,ada orang kerja ! ada orang cuti tapi macam kerja dan ada orang kerja tapi macam cuti ! haaa acane tu ? heee hanya mereka dan keluarga mereka je yg tahu akannya .

dinda dah selalu sangat bising pasal hal orangkan semenjak dua menjak ni . dan harini rasanya izinkan pulak dinda meroyan pasal perasaan dinda ! jiwa dinda ! apa yg dinda rasa sebelum ini .nak tahu gak ke ?



oklah sikit -sikit kongsi bersamalah ye. at least jadikan la apa yg dinda kongsikan ni sebagai iktibar . baik buat tauladan yg mana buruk susun elok -elok buat sempadan .



awak . . .dinda pernah alami satu situasi dimana dinda telah jatuh hati pada kekasih nya orang . ok fine ! ini kes bagai buka kudis sendiri namanya ! but its truly happened la .pernah ketika tu sememangnya asalnya kami hanya kawan baik a.k.a teman tapi mesra . entah bagaimana boleh pulak tersayang dia lebih ! hahaha membohong je namanya. . ada pulak istilah  tersayang lebih tu kan ! but really memang sayang gila kat dia . padahal awal - awal dah tahu status dia . ye . . .bila kami dah sering sangat share masalah peribadi antara kami . ye inilah kesan yg timbul . rasa sangat sayang padanya .



masalahnya kadang tu dinda pulak yg over ,melebih manja mengalahkan kekasih dia . dinda lah yg menggedik ! ish . . .gaduh jangan cakap lah kan . macam lah dia cinta sangat kat dinda ! jeles? hal besar kuman pun jadi isu ! kalau salah sorang hilang beberapa hari masing -masing dah mula gelisah . ish . . bertahun jugak kami berkeadaan macam tu . tak tahulah apa istemewanya situasi macam ni ! emm bingung jugak kalau nak fikirlkan lelama kan awak? macam takde kerja lain? macam takde lelaki lain ? ishh

dan sampai satu ketika ,bila dinda kerap sangat tenguk wajah kekasih hatinya di semua laman sosialnya . akhirnya dinda tampar hati dinda kuat -kuat ! bagi dinda sedar diri ! biar  dinda bangkit dari lamunan selama bertahun ni ! dalam hati dinda menjerit kuat -kuat !

 Sedarlah hati bahawa selama ini kau hanya menumpang kasih kat kekasihnya orang !abaikan lah naluri yg merantai mu itu!anggap jelah dia hanya pinjaman buat kamu ! mengalah lah ! dia bukan milikmu . . .  

dan akhirnya walaupun ambil masa yg agak lama .dinda kembali kepada dunia  asal. dimana dinda rasa dia hanya lah layak menjadi kawan dinda ,bukannya  kekasih . insaf dinda tu menyebabkan  dinda terus berhenti menghantar sebarang berita buatnya . namun disudut hati dinda selalu berbisik . . . .

kalau lah diberi peluang  bertemu dia semula selepas semua ni  , aku akan tetap menyayangi dia seperti sayangnya aku padanya  dulu -dulu . . . .

dan perjalanan ini mungkinkah bakal berakhir disini atau pun dinda kena terus gagahi langkahnya ? Allah je yg tahu ,bukan dinda lagi. dinda dah letih awak . . .


Comments