MELAYU ISLAM MALAYSIA

awak ! sejuknya kat luar ni ,beku dah jemari dinda ditimpa dik hujan ,sejuk 'ekon kereta' , dingin angin mengetatkan lagi langkah kaki untuk meneruskan perjalanan pulang petang ini . . . . tapi dinda tetap redha .takkan dinda kena tidur kat tempat kerja pulakkan . ramai pulak 'hantu' yg kacau tidur dinda  nanti hmm .

kesah pulak aku ????
*jerit budak yang team dia kalah 3-1  dengan team Kedah haritu !
Ish . . .bersuara pulak dia petang ni . hahaha

ok la tak kesah pun takpe la ekk . . dinda paham . diaorang tu nak sangat team kesayangan dinda kalah pada malam 25.10.2014  di Stadium Larkin nanti kan  ! ish tak baik tau doa yang tak baik-baik . haaa kalau nak doa baik doa yang baik ,yg elok-elok barulah sejahtera hidupnya dunia akhirat  . haaa JDT juara musim ini ? insya ALLAH . . . aamiinn .

Tapikan bila dinda tengok pada kawan-kawan dinda yg sedang meningkat naik ni . yang lelaki dok sibuk nak gaduh nak pegang piala  , sanggup menaip ayat -ayat kasar demi sebuah piala ! kadang kadang lawak jugak . dah tu pihak yg sengal lagi tu pun dok sibuk nak melayan makanya jadilah kisah tunjukkan  lah pekong - pekong didada sendiri . aku tunjuk kebodohan aku ! kau tunjukkanlah kebodohan kau ! hahaha gelak golek -golek dinda dibuatnya awak!

eh ! dinda merepak repek apa ni ?

eleh betul dinda cakap ! inilah kenyataan . . awak cubalah masuk je page-page  yg berbangkit isu bola ,mau macam -macam ayat kronik dapat kita baca diruang komen . paling tidak pun benda yang payah nak dapat tengok pun cukup jelas nampaknya disitu . mak bapak punya semua diaorang angkut keluar! tak kurang jugak nenek punya ,moyang punya habis licin kasi up !!


nak buat macamana lagikan . dah mereka tunjuk kebodohan sendiri ,orang lain dapatlah tenguk secara pecuma ! siapa tak nak tenguk ye tak ? semuanya hanya sebab sebiji bola dan sebuah piala ? ish3x


pesan dinda kalau nak tunjuk bodoh tu ,janganlah keluarkan semua ye awak ye , simpan lah sikit untuk anak cucu awak nanti . paling tidak buat harta pusaka buat mereka ! yang paling seram ,majoriti yang kurang bijak berkomen tu adalah bangsa dinda sendiri . . .anak muda melayu ! muslim ! . emmm masih ada lagikah bangsa melayu di Malaysia? waallahualam

tapi bila dibandingkan kebodohan  remaja melayu lelaki sangat tidak dapat dikalahkan dengan kebodohan remaja melayu perempuan musim ini . remaja perempuan lagi menang !!dimana kah bezanya tu?

ahha lihat je kami yg bertudung ni !
kami berpelajaran tinggi !
ternyata kami memang comel comel belaka !
tapi kami masih layak menghalalkan yg haram  .
kami layan je event yang boleh buat kami nampak 'hot'
awak ade ??

a ah hot la sangat . . kesian  remaja kitakan. . .  mudah  sangat diperkotak katikkan dengan benda yang dari nenek moyang kita dah  lama amalkan , dah lama buat pegangan . mereka tak tahu ada satu bangsa diluar sana  yg kini sedang memerhatikan telatah mereka  untuk di keluarkan dari keharmonian rumpun bangsa melayu yg selama ini telah berjaya  memertabatkan  bangsa melayu itu sendiri.

apa tujuan bangsa luar tu ?
mereka sebenarnya nak menghancurkan kita ! suap kita dengan seks songsang ! tabur kita dengan najis dadah yg haram ! arak ! memecah belah kan keakraban diantara kita ! memesongkan akidah kita ! dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Melayu Islam terus lenyap di bumi Malaysia ini !! sedar tak ???

Wahai remaja melayu era kini, ini pesan dinda buat awak semua . .
~ biar tapak tangan kasar jangan bahasa kasar
~ biar berlembut jangan jadi  jejaka lembut
~ biar merendah diri jangan merendah kan maruah
~ biar miskin harta jangan miskin budi bahasa
~ biar nampak kolot tapi harga diri tak kelaut



awak . . . Islam agama rasmi kita ,berpegang pada mazhab yg sama ,hadis dan dalil menjadi tunggak utama kita ! bukan mereka yg baru muncul yg datang entah dari mana -mana pelusuk negara ini . awak semua ada akal yg waras ,yg Allah bagi ! gunakanlah sebaik-baiknya . jika pelajaran awak tidak berjaya sekali pun tak bermakna awak layak diperbodohkan sebegini ! sedarlah anak bangsa ku ! bangunlah muslim melayu ku ! Malaysia ini milik kita ! bukan milik mereka !! jikalah  Allah hampirkan  kiamat dihari mendatang ,janganlah bangsa melayu muslim menjadi bangsa sesat paling ramai dan paling hina disisi Allah nanti ! nauzubilla himinzalik !
Allah huakhbar ! 
Allah huakhbar! 
Allah huakhbar !








Comments