PAPA KAMI TAK JAHAT !

Anak-anak papa marah !  marah sebab papa dah buat statement yg lucu !  papa sengaja nak bohong kami ! papa sengaja nak buat kami rasa terhina ! rasa tertindas ! rasa ditipu ! kenyataan papa macam palsu  ! anak papa bukannya kecil lagi .  bukan tak pergi kesekolah . dan kami tahu yg kami sedang digula-gulakan oleh papa sekarang ni .

usahlah papa terus-terusan begini  .perlakukan kami  umpama pengemis di rumah sendiri papa ! kasihanilah kami  papa ! kami anak papa . kami lah yang menentukan turun naiknya papa ditakhta itu !

papa please la . . . jangan abaikan keperluan anak -anak mu ini . setakat heboh pasal keperluan yg terhad . yang rezki yang kononnya kurang ,anak-anak ni papa lagi kurang . bajet yg papa bagi tu bukan tinggi mana pun buat kami . sedangkan keperluan kami semua nya dibiayai oleh kami sendiri sedang papa masih lagi ditanggung oleh pihak yang berwajib untuk tiap hasil kerja papa diluar sana !

pa . . .  ingat la ,setapak papa menjadi ketua kami ,selangkah itu jugaklah papa hampir kepada syurga dan nerakaNya . jika jujur dan ikhlas tugasan tanggungjawab papa buat kami ,maka seikhlas itulah papa akan ditarik masuk ke syurga ,namun jika sebaliknya ,maka hasil sebaliknya buat papa diakhirat nanti . neraka itu untuk yang tidak jujur pa . . .

pa . .  kalau mama nakal asik buang duit kita ,papa ada hak halang sikap membazir beliau . tu tanggung jawab papa jugak .bukannya  papa hanya perlu membiarkan mama hanyut dalam dunia khayalannya itu . harta dunia tak dibawa kemana-mana pun pa . habisnya didunia ini jugak . bukan dapat menarik perhatian anak papa kearah  kebaikan pun malah semua tu buat kami  makin membenci mama lagi adalah !

pa . . jika mama nakal , anak -anak papa tak nak papa pun sama turut nakal ,sedangkan kami tahu papa kami tak  jahat ! papa hanya jahat dalam mengurus keadilan buat anak-anak , isteri , jiran serta masyarakat !

pesanan dari kami buat papa yg tak jahat , sedarilah berdiri nya papa disitu sebab atas lorekan dakwat dikertas undi ! hati-hati pa~ papa ku sayang 6.5 itu banyak sedangkan 2.5 itu kurang sedikit dari 6.5 ye !

Comments