CUMA CAKAP JE

senyum lebar dinda harini bila bangun pagi hujan dah turun  .  almaklum hari cuti , so memang saat ni paling dinda tunggu - tunggu dalam cuti . lahai . . .gedik jek nampaknya .

bila hari  cuti ,pekara paling best dilakukan ialah  mengemas rumah ,masak -masak kemudian tidur ! hahaha memang tak beragakkan dinda ni ? awak . . .sementara menanti orang lelaki balik dari masjid ,dinda nak kata kan sesuatu pada awak semua . boleh kan ? persoalannya kenapa orang lelaki ni . . . .

 *psst , tengok  kiri kanan dulu, line  clear ? clear ? orite (y) . . . 

berbalik semulalah . . .
kenapa orang lelaki ni ketika bercinta ,dia tak reti nak beragak ? maksud dinda camni : 

contohlah remaja 19-20an mereka rasanya masih ditanggung mak bapak lagi ni kan ? kenapa berani nak ucap sanggup nak jadikan gf dia sebagai isteri ? apa yang dia mampu beri untuk bakal isterinya tu ? untuk masa depan mereka tu ? tak rasa bersalah ke diaorang nikan . kerja pun tak menentu ,ada tu masih lagi study , masih lagi guna duit kerajaan ,hutang PTPTN satu sen pun belum dia bayar lagi tapi dah reti janji bagai kat anak dara orang . huh! kerja giler !

mungkin aja awak cakap ,ala tukan  cuma merancang ,tapi sedarkah awak itu juga sebuah harapan buat insan yang dipanggil perempuan ! sanggupkah awak tenguk gadis awak terpaksa melalui masa depannya dengan kesukaran ? tertekan dengan perasaan cinta yang tah apa - apa je tu ? 

orang lelaki mungkin tak rasa apa-apa tapi perempuan ini jiwa dia sensitif ,lembut ,halus ,satu je janji bf dia bagi , sepuluh harapan dia panjatkan kepada bf nya tu ! serius , dinda tak tipu .

oklah ,kata orang kalau dah kawin rezki tu Allah yg beri ! ok dinda sokong tu ! tapi mampukah awak beri apa yang isteri awak dah dapat ,dah rasa ketika dia masih anak dara ni? walaupun dia tidak kaya raya tapi dia memang nakkan kesempurnaan yg maksima bila dia dah ada keluarga nya sendiri satu hari nanti . semua gadis cakap macam tu !  untuk bf nya mereka selalu je ucapkan :

awaklah bakal imam saya .
awaklah pelengkap masa depan saya.
awaklah pembimbing saya satu hari nanti .
awaklah pengganti keluarga saya yg dah menjaga saya selama ini .

tapi mampukah  bf dia lakukan semua diatas tu untuk gf dia nanti ? sanggupkah dia berkorban  sebagaimana yg gf dia nakkan tu ? baru aja dididik solat cukup pun masih bangunnya  siang hari !  dimana kesanggupan untuk mencari rezeki tanpa berdoa kepada pemberi rezeki ???

ala mungkin aja awak nampak benda ni remeh kan awak ? tapi bila dah masuk ke alam perkahwinan , sudah ada generasi sendiri ,maka jika  gagal bakal imam ,maka rosaklah keturunan disepanjang sejarah hidupnya nanti . sebab tu dinda selalu pesan kat kawan -kawan perempuan  . jadilah yang terbaik ,maka awak layak mendapat yang baik -baik . dan jika solat pun awak main-main ,tak mustahil awak dapat bakal imam yang tak reti bangun awal pagi untuk solat subuh ! 

pesan dinda lagi . . .  korang jangan mudah terpedaya janji lelaki yang boleh buat korang pening ! buat korang leka ! carilah lelaki yang betul-betul setia kepada Allah ,maka pastinya dia pun akan setia kepada kamu ! kalau dah kaki penipu yang korang kejar-kejarkan ,nescaya sepanjang usia korang dengannya pun  akan dimakan tipu helahnya nanti .

bytheway girls  . . dinda bukan anti lelaki tetapi dinda ialah pecinta wanita !
*dinda cuma nak cakap jek !



jum ngeteh dalam hujan . . . 

Comments