Skip to main content

HANTU SIANG

tetiba anak buah dinda menangis terjerit -jerit !  antuu ! huakkkk ! antuuu !!

mak ayah dia kalut dibuatnya bila anaknya  yg berumur 2 tahun tu menangis sakan ! kami yg duduk bersebelahan ketika tu saling pandang memandang !  *hah ? hantu ??????

eh ! tengah - tengah hari buta ni ,mana datang hantu nya? kata makcik  . biasanya hantukan malam-malam ,waktu yg gelap- gelita ,  aku yg tua ni pun tak pernah pulak jumpa hantu pukul 2 petang macam ni . katanya lagi , sambil terpinga-pinga .

Danish . . .  mana hantunya ,mari nenek kejo dia ! ** soal makcik ganeh !

anak buah dinda tu masih terjerit-jerit ,meronta - ronta , menangis ketakutan  sambil jari dia menunjuk-nunjuk kearah tangga di anjung rumah makcik !

tuuuu ! tuuu ! antuuu ! akutttt ! huakkkkkk !

mata kami terus ke arah tangga rumah makcik  . . . kelihatan  pengantin perempuan sedang berjalan menuruni anak tangga rumah untuk pergi bertandang kerumah mertuanya  . kami sebenarnya sedang bersiap untuk kemajlis 'hantar pengantin ' . sepupu dinda yang cun melecun tu sudah pun jadi isteri orang , so kalini kami akan kerumah pengantin lelaki yang hanya 2 kilometer dari rumahnya .

** senang juga cari orang sekampung kan, tak payah lah nak sewa bas atau kapal terbang heee .

ok la berbalik cerita hantu tu . . .rupanya hantu yg dimaksudkan ialah solekan pengantin sangatlah tebal ! hilang sudah wajah asal sepupu dinda ! mata dah jadi mata burung hantu ,pipinya merah , lips nya dah macam kucing makan anak ! paling lawak , keningnya kalah kening Ziana Zain . hehehe

dinda : beb ! nape muka ko jadi gini ?? ko tengok anak kak ngah tu dah histeria dah tu !

pengantin : entah la beb , mak andam tu ingat aku nak buat show kat pentas opera gaknya . . hmmm

dinda dan saudara mara yg lain gelakkan dia tak henti - henti  .

makcik : Tie . . .cuba ko kesat sikit bibir dia , pipi dia tu ,kasi nipis sikit yg merah menyala tu  , aku tenguk pun macam nak pengsan ,apatah lagi budak kecik !! huh !

dinda : ok la makcik ,nanti saya halau hantu ni eah ? berikan saya tisu sikit boleh ? sambil tu dinda tak henti gelakkan sepupu dinda yang hilang kisah nak jadi raja sehari , kena chop pulak jadi hantu tangga berdiri ! hahahaha . . seyes lawak doe !


Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx