JADIKAN SEBAGAI TEMAN

awak . .

pernah kah kita terfikir ,antara orang yg kita sayang tu ada diantaranya akan kekal tanggungjawabnya kepada kita  sehinggalah  kita mati ? mereka ialah 'bakal anak-anak  kita'  . ceh siap cakap 'bakal' tu heee

jika anak-anak itu ketika hidupnya  ,  ada buat maksiat ,ibubapa didalam kubur akan mendapat siksaan dari perbuatannya . kalau mereka berbuat kebaikkan ,ibubapa juga mendapat ganjarannya . Allahuakbar !

nah ! bukan mudah menjadi anak yatim kan ? korang jangan ingat bila mak bapak korang dah takde ,korang boleh buat apa yang korang suka ye! ada banyak cara untuk korang balas cara mak bapak korang bila mereka dah takde kat dunia ni . pleaselah k ,hanya korang yg mereka ada ,so buatlah apa yang perlu ,yang bleh bagi mereka selesa di dalam sana !

Dinda bukan apalah kan . .kebelakangan ini ,ramai remaja yang dikeliling  masyarakat dinda ni , kalau dah takde emakbapak ,mereka jadi anak -anak yang terbiar ! bukan tu aja ,mereka dah tak boleh ditegur ! mereka buat je apa yang mereka suka ! tak amek port mana halal,mana haram ! kadang-kadang dinda sedih tengokkannya . tapi siapa dinda nak menegur . just tengok  dari jauh je kemudian berdoa agar mereka kembali kepangkal jalan . . .tu je yg dinda mampu !

hmmmm kesian mak bapak mereka dalam kubur tu . entah berapa kali dibacakan yasin dalam seminggu . entah berapa kalikan disedekah kan alfatihah dalam sehari .

awak . . . tu anak orang , mungkin mereka tidak dididik untuk menyentuh al~ Quran ketika ibubapa mereka masih hidup ,so ,inilah makan dia ,mereka terus hanyut dalam alam mereka tanpa bimbingan sesiapa pun. pada dinda ,ni bukan salah mereka tapi didikkan mereka sedari kecil !

awak kalau anak kita ,ada eloknya kita hadapkan mereka hari-hari dengan bacaan suci al-Quran ni ,bukan nak menunjuk -nunjuk yg pembaca tu alim ke apa ,tapi sebagai amalan harian jek. awak  paham kan maksud dinda ni .

ye,jadikanlah rutin membaca al-Quran tu sebagai salah satu aktiviti harian ahli keluarga kita supaya ,setiap detik hidup mereka ,mereka akan rasa betapa indahnya membaca al-Quran ini . dan mereka kan membaca tanpa diarahkan . subhanaAllah~

dalam sehari ,kalau tak dapat satu muka surat ,dapat separuh pun dah cukup . kalau tak dapat separuh muka surat  ,sebaris ayat pun dah memadai ,bukan perlu berhelai-helai muka surat dalam sehari . yang penting tajwid mesti lulus ,insya Allah ,berkat dunia dan  akhirat nanti . ammiin . . . Jum semarakkan budaya membaca Al~Quran didalam generasi kita !!









Comments