Skip to main content

INI BARU PERMATA

jam tunjuk angka 10 : 45 pagi  ! matahari bangunlah !  cuaca diluar masih lagi mendung dan dinda masih rasa bagai baru je lepas subuh . . .heee perasan !

malam tadi lepas tengok bola , TERLAYAN pulak mentor legend kat tv 3 !  ter ok , terrr ! hahaha ter itu maksudnya  TIDAK SENGAJA PAKK !

tapi dinda teruja pulak sebab semua peserta yg terpilih sangat power vokal mereka malam tadi ! sampai kan kak Mas Idayu pening untuk buat keputusan ,memang pun patut ! kalau dinda disuruh pun mau nangis jugak kat situ ,entah - entah pengsan hahaha sebab otak heng banyak fikir ! tapi dinda ni kalau suruh pilih jodoh memang la terror  ,pilih je yg paling comel ,yg paling sado , yg paling ' berisi poketnya' hahaha berengset punya pilihan itu ! tidaklah . . .dinda memain je ok , bukan serious pun part ini !!

malam tadi paling lawak bila kak Ella kena buat pilihan , siap tanya suami dia tu . . . '' yang ? nak pilih siapa  . . . ''  huhu . . .comel je dia kan ,lepastu siap nak buat kejutan pulak nya hehehe . . .lahaiii  sayangnya  dinda kat dia , sweet gitu . . tapi peliknya kenapalah diaorang nak siksa mentor sampai macam tukan ,kesian je dinda tengokkannya . siksa beb bila kena buat pilihan camtu .

ok jujur cakap ,orang Malaysia ramai dah pandai menyanyi ,mungkin sebab mereka sudah dididik dengan  muzik sejak disekolah rendah lagikan ? dinda pun minat pendidikan muzik tau . .tapi sampai sekarang tak reti nak  nyanyi sebab? sebabnya bila je dinda nyanyi , hujan terus turun , serta angin bertiup , katanya ketika tu , kat laut pun ombak naik terus 7kaki tinggi dan sangat merbahaya untuk nelayan perahu kecil ! heee . . cuba lah awak bayangkan , seram kan ? haaa tu sebab dinda tak suka nyanyi . . . bukan berlagak tau ~


oklah sebenarnya nak cerita  pasal mentor legend kat tv 3 je tapi terpromote diri sendiri pulak ni haish . .banyak sangat meroyan ,nilah makan dia ! oklah ,sebagai penuntun dan peminat setia , dinda pasti akan lahir lagi penyanyi hebat untuk mentor legend kali ini .  pastinya mereka tidak menghampakan peminat seni tanah air ! jangan lah pandang seseorang  tu pada rupanya , tapi pandanglah pada bakat yg dia ada ,masa tu awak  akan tahu nama kaca ,mana permata !


kalau lah ada program cari tukang Azan kat tv . . alangkah indahnya malam sepi dinda  . .  .

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx