INI LAH WAKTU UNTUK BANGKIT

cuti dan bersambung cuti , satu fenomena agak bosan dan bingung . kesihatan yg semakin pulih ,namun jiwa nurani masih tak dapat membayangkan kesengsaraan mangsa-mangsa banjir di luar sana . mood memang menurun jauh kedasar !

masa nak makan tetiba dinda teringat  ,
makan apakah mereka ?

masa nak tidur dinda terfikir ,
lena kah tidur mereka ?

masa menuntun tv dinda bertanya ,
ada elektrik kah mereka?

melihat keluarga didepan mata terdetik hati ini berkata,
selamatkah ahli keluarga mereka ?

bila katanya keadaan banjir makin meruncing ,hilang terus selera makan . bagaikan  dinda yg berada dipusat pemindahan kala itu .beberapa kawasan didaerah di negeri Johor termasuk di penempatan dinda ini ada ditubuhkan badan bertanggungjawab untuk mengutipan  derma kilat untuk banjir  sedang dijalankan . ianya termasuklah dari segi pakaian , makanan kering ,dan kelengkapan peribadi dan juga duit . namun semalam diberitahu akibat banyak jalan terputus hubungan dan terpaksa mengunakan helikopter , maka hanya duit yg mampu di bawa dan yg lain-lain terpaksa ditangguhkan dahulu . 


ya Allah . . .  berilah kami peluang berbakti kali ini .ramai kawan-kawan seperjuangan kecewa ,kerana pada kami ,mangsa -mangsa banjir sangat memerlukan keperluan seperti itu . tapi kami redha ,kerana semua ini ketentuanNya .

lagi malang ada yg berpendapat bahawa semua kejadian yg terjadi di beberapa buah negeri diutara Malaysia ini adalah bala ! astagfirullah halazim . . . . mereka sepatutnya kena sedar bahawa kejadian itu adalah dugaan Allah kepada hambaNya yg DIA sayang . Allah tahu penduduk Kelantan ,Terengganu ,Pahang ,Perak adalah hamba Allah yg kuat , yg penyabar dan sentiasa redha . makanya Allah turunkan ujian ini kepada mereka . harap sangat mereka akan terus-terusan bersabar dan terus meredhai semua keadaan ini .dalam masa yg sama ,jangan pernah putus berdoa ,agar dugaan ini cepat tamat tempuhnya dan keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala . aamiin ~

Pada pendapat dinda lah kan , kalau dapat dalam masa  berkumpul dipusat penempatan banjir  tu , buatlah  solat hajat , baca yasin beramai-ramai , berdoa tanpa henti agar dugaan ini tidak berlanjutan . dari mereka berbual kosong tanpa faedah dan menyalahkan mana-mana pihak . mendekatkan diri dengan Allah adalah jalan terbaik untuk bermohon . 

tak dapat dinda bayangkan kalau air sudah menjejaki bahagian bangunan 4 tingkat sebuah sekolah . air berjaya menenggelamkan sebuah stesyen minyak ,  . tu yg kita lihat ,yg terkandas dibukit -bukit yg orang lain tak tahu ? orang -orang tua yg tidak berupaya ! pesakit di hospital yg terpaksa berpindah? Allah huakbar ! memang sayu , tanpa disedari ,menitis jugak air mata ni dipipi . . .

dan kini negeri Johor pula diarah berada dalam  keadaan berjaga-jaga akibat perubahan angin monsun pada 28-30 disember 2014 ini . 1001 kemungkinan akan berlaku .itu takdir Allah ,itu dugaan Allah , sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang ,ketentuannya serah pada kuasaNya .

ayuh sahabat ! bangkitlah dari tidurmu yg panjang ! jika selama ini kita terlalu angkuh dengan sifat memburukkan  orang  lain dan sering abaikan tanggungjawab kepada Tuhan , kali ini ,kita leburkan semuanya , kita jadikan diri kita seorang insan yg tidak mementingkan diri sendiri dan anggaplah bahawa , semua yg di dunia ini tiada bezanya, yg nampak beza antara manusia hanya iman dan amalannya kepada yg maha Pencipta. Allahhu . 

#PrayforMangsaBanjir

Comments