Skip to main content

JOJIE ~ LELAKI TAK JADI 2

*Ini sambungan dari kisah  LELAKI TAK JADI .

nak lagi ! nak lagi ! gitulah kalau kita dapat dengar permintaan seorang insan yg memang rapat dengan dinda . tapi apa yg dia nak lagi tu ? ahaaa . . . bukan dia nak pizza lagi  , tapi dia nak kisah jojie tu disambung lagi haaa .

sebenarnya kalau nak korek pasal jojie ni , dia taklah rapat sangat pun dengan dinda , kalau  fibo tu memang dah macam adik sendiri dah . tapi disebabkan diaorang tu kawan sepermainan adik dinda yg dipanggil bungaku tu . makanya masing-masing punya perangai memang dinda dah masak sangat dah .

walaupun beberapa kali diaorang dah pening kan kepala otak dinda ni hah , tapi bila fikir manusia baru nak up , maka dinda akan cakap ,its ok , jangan buat lagi lepas ni , kalau buat jugak , sis memang tak amek port hal korang lagi dah ! sejujurnya mereka tu memang anak yg mudah dilentur cuma . . . cara melentur je yg kena bijak !

pernah dulu ,lepas kena tinggal dengan mr moon , dinda memang takde mood nak bercakap , nak  keluar rumah , dan mereka nilah yg dah berjaya serikan hari-hari suram dinda masatu ,sampai kan tiba satu tahap , dinda kena akur yg mr moon memang dah lupakan dinda dalam hidupnya . lepas tu dinda barulah boleh tenang setenangnya . alhamdulillah heee . . .

dinda nyesal ke jumpa mr moon ? jujur tak pernah ada rasa menyesal dapat kasih sayang dari dia !sumpah  tak pernah nyesal ! sebab dia terlalu baik untuk dinda , itu je yg dinda boleh cakap disini .

awak ,awak nak tau tak apa budak lesbie dan  pengkid tu cakap waktu tu ? sis jom doa ni  . . .

ya Allah ya Tuhanku . . kalau dia bukan jodohku , kau berilah dia sebagai jodoh untuk aku , kalau jodoh dia bukan untuk aku , aku nak dia jadi jodoh aku , dan jika jodoh itu bukan milik aku dan dia , kau dekatkan lah aku dan dia agar jodoh kami ada.

hahaha ayat tak boleh blah punya budak ! dinda menjerit kat diaorang sambil gelak , dan mereka  masa tu pun tengah gelakkan dinda guling-guling reramai !  hahaha

eh ! apa kes masuk kisah mr moon pulak ni ? kan nak cerita kisah si jojie tadikan ? hmm kelupaan dongg !

oklah  punca sebenar jojie nak jadi perempuan semula ? setelah lebih 6 tahun dah jadi pengkid ? lepas malam kitaorang dinner malam tu , dinda ada jumpa jojie kat dangabay lepas waktu kerja . masa  dia call dinda tengah drive , so dinda ajak la dia melepak kat tepi laut tu kejap . sambil menghirup udara pukul 6 petang heee . udara 6 petang di danga bay ? ok  . .cubalah awak bayangkan ek  ;)

bila dinda tanya ,kenapa jojie nak berubah ni ?
jawab jojie. . .

sis . . . sebenarnya orang lama dah ada niat nak back to normal , tapi bila kenangkan fibo dan locca takde geng , orang kesian pulak . mak ayah orang dah bising dah . baju kurung duk teperok dalam gerobok tu nak suruh alien pakai ke ape ? kata mak orang . buat tapi tak dipakai ! asik-asik jeans , t-shirt , topi !  haish kau tu perempuan jie . . .  haa gitulah sis orang ni hari-hari kena ceramah . bengkak dah telinga ni kalau suara mak orang tu  serupa asap penyembur nyamok !
~hahaha * dinda gelak ,jojie pun gelak *

so . .kenapa baru ni nak berubah ? kenapa tak masa kena ceramah tu ? degil eah ?
~gurau dinda kat jojie

ermmm . .  malu la nak cerita kat sis . . .heee
~hahaha jojie mengeliat gatal

woi , meh sis cubit ! nak ? haaa
~ dinda memang anti orang mengedik depan mata ni

oklaaah . .  kisahnya gini . . . orangkan , yg sebenarnya orang dah jatuh cinta kat sorang mamat ni haaa . .  dia dulu kawan merempit orang jugak , tapi dia insaf cepat hahaha ,orang je yg lambat nak insaf la sis !
~ hahaha jojie gelak tepaksa je nampak nya .

budak mana kah yg malang tuuu . . .!!! hehe
~ dinda sakat jojie sambil gelak

sissss  . . .  haaaa  . . tak baik cakap macam tu tauuu , dia tak malang la , orang ni yg malang sebab tak jumpa dia awal-awal dulu  . ermm . . . orang ingat dia sama macam jantan  kaki temberang yg bersepah kat luar sana . tapi rupanya dia tak la sis ! dia lain ! nampak je gaya macam kaki pukul , tapi dalam hati ada taman , paling hebat dalam hati banyak iman , tu yg buat orang cair tu . . .

mana tau dia banyak iman ? ke  . . jojie yg dah kena manderam dengan mamat tu kot . .haaa
~ sekali lagi dinda nak menduga

sis , jujur orang cakap ni  , dialah bilal muda kat surau dikawasan perumahan orang tu . mulanya ayah orang asik puji dia jek .  orang ingat anak sapa yg ayah puji , budak tabligh mana , yg dok diperkata elok sangat tu . satu hari orang nampak dia naik motor lalu depan rumah , rupanya dia pergi ke surau untuk bersihkan kawasan surau ,lepas tu bila masuk waktu solat , al kisah , dia yg azan ! kalau sis nak tau , suara dia . . .pehhh . . .  caer jiwa jantan wa ni haaaaa !!

hahaha dinda gelak terkuat ! jatuh cinta kat dia kerana suara ??

no ! no ! no ! jojie menidakkan kenyataan dinda tu .  kalau sis , nak tahu , minggu lepas , emak mamat tu datang rumah  dengan beberapa orang otai-otai taman tu . orang masa tu buat dont know jelah kan , kehulu ,kehilir dengan jeans  ni haaa ! bertopi ,  tup-tup mak suruh hantar air keruang tamu ! apa lagi ,orang hantar jelah . memang pun kerja orang tukang hantar air kalau ada tetamu . tetibe ada satu makcik tu cakap  :

rajin  jugak anak kau ni semah , apa namanya ?

azimah . . .jawab mak orang jujur

makcik tu tekejut ! ni lelaki ke perempuan ? ya Allah selama ni mati-mati aku ingat dia lelaki ,astagfirullah halazimmm .kenapa lah kau gini nak oii . .manis ,cantik ,  tapi nak jadi lelaki ? makcik tu tergaru-garu kepala sendiri. tapi otai-otai yg lain dok gelakkan je . dan emak mamat tu senyum je pandang orang yg dah kena bahan dengan otai-otai tu .

aduhhhh . . parah sis , dia syak orang lelaki rupanya selama ni . lahaiii terkulai rasanya masa tu .merah pipi ,telinga , terus ke mata ! huarghhh ! oiii makciik saya masih lagi perempuan  laaaa . . . orang nangis sis . .ermmm

selang dua hari , ada satu kumpulan orang tua ,lelaki dan perempuan datang kerumah . masa tu orang pergi kerja. kata emak , orang-orang tu datang nak minang orang ni hah ! untuk sape sis nak tau ? untuk pak bilal muda tu lah ! perh . .  berhenti kejap jantung orang ni masa emak beritahu hal tu . so ,apa lagi ceramah keinsafan lah orang dapat dari mak .

lepas ni ubah perangai , emak dah beri tempuh seminggu sebelum nanti mereka akan dapat jawapannya . sebab mak nak kau jadi perempuan semula ! pakai semula baju kurung ! pakai tudung ! jadi azimah ,bukan azim ! tau ?!

orang blur sis . amek masa jugak nak buat keputusan masa tu . dan akhirnya orang kena akur bahawa Allah dah bagi orang peluang kedua untuk jadi perempuan . dan orang pun buat keputusan . orang nak jadi perempuan solehah . ,first sekali jadi anak solehah buat mak ayah orang  , yg selamani dah cukup sabar dengan perangai orang . . .hmm orang dah insaf sis . . .
~ jojie tunduk dan keluar air jernih dari kedua biji mata nya .

dinda gengam tangan jojie kuat. oklah . .teruskanlah usaha anda ,semoga berjaya ! heee

sis !!!! haaaa . . . *dush ! dinda ditumbok si jojie ! adoii sakit oii . . .tapi sedap jugak pengkid tumbuk ni , stim pulak rasa  hahahah dinda gurau kat jojie yg ketawa sambil lap air mata jantan tak jadinya tu hehehe

so . .  sekarang ni jojie dah terima ke lamaran tu ?
~soal dinda

jojie angguk kepala . . yup . . baru jumpa dia semalam waktu dia balik dari surau .

hmmmm . . .  dinda mengeluh pelahan .

kenapa sis ? jojie tekejut !

sis baru nak hantar rombongan nak pinang jojie ,rupanya orang lain pulak dah kebas . .hmm melepas lagilah  sis nak dapat cinta pengkid   hahahah

oii  . .  perempuan dengan perempuan mana bisa dongg!
~ jojie dan dinda gelak sesama . . .



awak . . .nun jauh di tengah teluk Danga tu ,kelihatan beberapa ekor burung camar   berterbangan bebas kesana-kesini  menanti malam melabuhkan tirainya , lihat burung yg terbang bebas tu ,dinda nampak seperti  sama seperti dunia jojie yg selama ni dibelenggu oleh nafsu remaja nya sendiri .dan sekarang akhirnya jojie dah jumpa jalan pulang . terima kasih Allah .

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx