Skip to main content

LELAKI TAK JADI

bila whatsapp group bertubi-tubi keluar info yg bukan-bukan mengenai politik dan banjir  , untuk kali ke tiga dinda uninstall whatsapp !  peh legaaa . . .  tenang semula dunia dinda ni . dinda ada whatsapp ? yup ada ,tapi semalam ! harini dah lesap !

bila whatsapp takda ,bosan pulak asik nak layan sms ! off handphone ! lega ! sunyi sepi alam ku ! Kalau hal kerja nombor handphone mama kan ada , no hal lah !

tiba-tiba petang tu !

sis !!

satu suara kedengaran dari belakang dinda . menolehlah dinda sepantas kilat !

eh ! fibo ! pe buat ni kat sini cari sis ni ?
~dinda mulakan soalan ringkas.

ala . . saja ,nak cari sis ,rindu laaaaa . . .
~fibo mula mengedik .

kalau rindu lepaskan lah . . haha
~dinda dok melayan perempuan ala lelaki  ( fibo tu pengkid comel )

ermm . . nak lepaskan camane sis , 'bungaku' takde kat sini . . .
~rengek si fibo mengade-ngade

haaa . .  tau jugak kau rindu dia ek ? ingatkan lupa dah kat bungaku tu .
~keluh dinda pelahan

ish sis ni . .mestilah ,dialah ratuku , jantung hatiku , mawarku , bunga hatiku selama ini aaa. . .
~ahh fibo makin mengade-ngade nampaknya kali ni .

ni datang cari sis nak ajak makan ke ?
~dinda saja tukar topik .

a ah la ,malam ni datang la port kita orang , ada majlis sikit . makan-makan ,minum-minum , nyanyi-nyanyi , tapi tari menari takda ok ,sebab semua tengah sejuk sebab musim hujan ni . . . . datang tau sis ?
~fibo merenung wajah dinda ,tepat ke mata dinda .

dinda jadi serba salah . dia kawan baik adik dinda ( bungaku ) kang kalau tak pergi , apa pulak kata perempuan-perempuan tu nanti !

hmmm . .  camane ek , malam eah ? tapi jangan lewat sangat la , sebab sis nak keja esok ,lagi pun musim ujan ni ,risaulah drive sorang-sorang memalam . . .
~luahan dinda untuk fibo .

ok k . . takde hal punya ,kita orang lepak sampai jam 11 malam jek ,sebab ada geng nak masuk kerja jam 12 malam nanti ,so its oke lah , memang nak stop awal pun niatnya  . . .
~fibo beri penjelasan ringkas .

ok ! pukul 8:30 sis pergi port korang . jangan lambat pulak ,nanti sis balik semula tau ! haaa . .
~dinda sengaja mengugut fibo .

ok ok , jam 8: 00 kita orang dah tunggu sis lah ,jangan risau !
~fibo jawab serius

oii ! lepaskan la solat isyak dulu ,baru la keluar ,nanti dah keluar ,balik malam ,letih dah nak solat . . .
~haa kan dinda dah bebel  hmmm

haaa yelah yelaaaaa . .
~fibo start motor ,dan meninggalkan dinda kat situ sengsorang.

8:45 semua perempuan manja dan lelaki tak jadi dah ada di kedai makan kat tepi tasik  . dinda duduk sebelah jojie ( perempuan yg minat perempuan ) lahai ,sweetnya jojie malam ni detik dinda .

fibo ,jojie ,azah , emmy , lia , sweety , locca ,rania hah ! semua ada !

lepas makan , mereka sambung karaoke dan minum . dinda hanya memeriahkan majlis mereka jelah ,untuk nyanyi ermm . .  tak sampai hati nak nyanyi ,kang menangis budak-budak perempuan tu nanti hahaha

lepas semua letih menyanyi ,tiba-tiba jojie buat pengumuman . bunyinya lebih kurang macam ni . . .

beb ! thanks so much sebab korang sudi join dinner aku malam ni . semuanya hanya saja-saja ,sekadar mengisi masa yg terluang untuk aku dengan korang  . anyway thanks so much untuk sis zati sebab sudi join group kita orang yg selama ni ,asik memeningkan kepala sis jek bila melepak kat rumah sis dengan bungaku . yup truly kita orang rindu kat bungaku sangat-sangat.  rindu semua tentang dia  but kita orang kena terima kenyataan yg dia kena buli kat PLKN tu haaa. . .  haha sis ! joke eah?

dinda cuma senyum dan anggukkan kepala . . .

ok. .  ada satu hal aku nak share dekat korang , tahun baru ni ,aku nak buat satu perubahan . kalau Allah izinkan lah kan . tapi aku yakin memang Allah beri keizinan pun kot . insya allah . ok  . . .  aku kan  . .  aku nak back to normal beb ! aku nak jadi perempuan tulin ,macam sis zati kita tu . sweet je dengan hijab ,dengan stokin ,dengan segalanya tentang dia lah , aku betul-betul tertarik penampilan sis ! sis . . .  agaknya boleh tak jojie jadi macam sis ?

adeh . . .  jojie  . .dada dinda beku terus !

dinda bangun dan terus berdiri di depan jojie saat tu dan  . . . tanpa rasa bersalah ,dinda memeluk jojie di depan kawan-kawan yg lain ! kami saling berpelukkan dan tanpa dinda sedar , air mata ni turun laju walaupun dibibir dinda tersenyum gembira .

Alhamdulillah . . .  syukur ya Allah  . . . hanya tu yg dapat dinda lafaskan .jojie yg sebelum ni berperangai macam lelaki tak jadi akhirnya nak mengubah penampilan kepada perempuan sejati ! syukur sangat-sangat .

kawan-kawan yang lelain turut sama memelok kami dan saat tu hanya suara tangisan yg kedengaran .

tak lama kemudian jojie ambil sebuh beg yg kelihatan sama macam  beg shopping !  didalamnya dia mengeluarkan beberapa helai  shawl , beberapa pasang stokin , anak tudung dan ada 3 helai jubah !

beb . . . inilah pakaian aku tahun depan . aku harap sangat-sangat ,sis zati akan tolong aku macamana nak pakai shawl ni nanti ,boleh sis ? heee

dinda senyum dan menganggukan aja kepala tanda setuju .

dan . . .  dinda hanya hanya mampu merenung anak gadis yg berusia 19 tahun tu yg bertahun-tahun berperangai seperti lelaki kini dah berazam untuk kembali ke pangkal jalan .

dinda pandang kepada fibo ,sorang lagi pengkid comel , dia tunduk malu dan memandang ke lantai kedai . ok ,dinda paham ada sesuatu yg menyentap jiwa fibo ,tapi dalam hati dinda ini turut mendoakan agar fibo akan mengambil jalan yg serupa macam jojie ,insya allah ,aamiin . . . .

girls . . .  kalau kau tahu bagaimana indahnya perempuan di mata Islam , aku pasti kau takkan tinggalkan segalanya milik korang yg abadi ini , yg dikurniakan sejak dari azali lagi . harap sangat semuanya  akan back to normal . . . aamiin ya robbal alamin ~

kenapa jojie nak  jadi perempuan semula ? haaa nanti dinda cerita eah ? jeng3x


Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx