Skip to main content

MANGSA PESAWAT AIRASIA DITEMUI

Akhirnya kisah pesawat AirAsia QZ 8501 yg hilang dari radar beberapa hari lepas kini terjawab bila dinda masuk ke link berita terkini ! 


alhamdulillah ,walaupun ambil masa  , tapi segala persoalan terjawab sudah dan pencarian sudah pun  berhasil . takziah buat keluarga mangsa . . .






QZ8501: Anggota SAR temui mayat membengkak terapung




PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.
Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.
"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri .

a


JAKARTA 29 Dis. – Pakar penerbangan mendakwa pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura semalam mungkin terbang terlalu perlahan apabila menghampiri kawasan cuaca buruk.

Portal berita Herald Sun melaporkan Pengarang laman web penerbangan, airlineratings.com, Geoffrey Thomas, percaya pesawat QZ8501 menghadapi cuaca buruk namun terbang terlalu perlahan untuk mengelak keadaan itu.

“Juruterbang-juruterbang yang saya temui percaya anak kapal pesawat QZ8501 cuba mengelak ribut dengan meningkatkan altitud namun mendapati mereka terbang terlalu perlahan dan mengurangkan keadaan pegun aerodinamik, keadaan hampir sama dalam kejadian pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” katanya.

Thomas berkata, pesawat Airbus A320 itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan kurang kira-kira 100 knot iaitu kira-kira 160 kilometer sejam berbanding kelajuan sepatutnya pada altitud ketika kejadian itu, satu perkara yang sangat berbahaya.
“Saya ada plot radar yang menunjukkan pesawat itu berada pada ketinggian 36,000 kaki dan pada kelajuan 353 knot, yang sepatutnya pesawat itu berada kelajuan kira-kira 453 knot.. jika perolehan radar adalah benar, QZ8501 terbang terlalu perlahan di altitud itu,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat canggih tersebut jadi apa yang berlaku dilihat mempunyai kaitan dengan cuaca buruk.
“Pesawat mungkin terperangkap dalam satu pusaran angin atau sesuatu seumpama itu. Sesuatu yang menimbulkan masalah.

“Pada asasnya, pesawat itu terbang terlalu perlahan di altitud dengan tekanan udara rendah, dan sayap pesawat tidak akan menyokongnya pada kelajuan itu menyebabkan wujudnya keadaan pegun aerodinamik,” katanya.

Thomas menambah, walaupun pesawat itu canggih namun tidak dilengkapi sistem radar terkini.
Beliau berkata, radar digunakan pesawat itu adakalanya mempunyai masalah dalam ribut dan juruterbang mungkin ‘tertipu’ berhubung tahap ribut petir tersebut.

“Teknologi radar terkini yang digunakan Qantas pada 2002, boleh memberikan bacaan lebih baik berhubung ribut petir namun masih belum diluluskan untuk penggunaan pesawat Airbus 320,” katanya.

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx