TERMUDA DALAM 2290

ok  . . . kalau awak nak tahu dalam senarai kawan alam maya dinda , yg pernah ber chatting dan bersembang elok jek ,ada seorang pemilik akaun yg paling muda , beliau berusia 11 tahun . berasal dari Terengganu !

dinda pun asalnya tak tahu yg dia tu standard adik-adik je dengan dinda . sehingga pada hari lahir dinda baru -baru ni . dia ada wish happy birthday kat dinda melalui inbox .


dimulakan dengan wish happy birthday  ,kemudian di jawab dengan thanks oleh dinda . dia boleh pulak tanya dinda , siapa awak ni ? saya kenal ke ? dinda  jawaplah , tak ! just kawan fb jek !

hahaha lawak kan? dia wish dinda ,kemudian dia boleh tanya dinda , dia kenal dinda ke ? dan bila dinda cakap umur dinda 24 ! dia nak rahsiakan umur dia haaa . . part ni yg kantoi ni ,bila dinda cakap , ermm tipu dose ye . . haha padahal saja nak ugut dia tu . akhirnya dia ngaku umur dia 11 tahun dah ! so sweet ~

kawan alam maya dinda paling muda !! kesah pulak ? tidak kesah pun sebab dia perlukan teman untuk bersembang . katanya dia pesakit buah pinggang dan ketika birthday dinda tu ,dia akan menjalani operation buah pinggang . kesian . . .

lepas dia operate tu dinda dah tak buka inbox sangat dah sehinggalah semalam ,dia inbox dinda katanya dia dah operate dah , bulan dua nanti baru boleh pergi kesekolah. dan bila dinda tanya kawan -kawan sekolah ada  datang ziarah dia di ward ke? ini jawab dia :

ada! ramai , satu bas . tapi bising sampaikan nurse marah sebab mereka dah ganggu pesakit yang lain .

dan paling lawak bila tiap akhir perbualan dinda akan cakap ,jangan lupa makan ubat ye , awak tau apa dia jawab? ermmm berapa kali nak pesan ni??? taulah , ada bibik akan ingatkan laa . . hahaha dimarahnya dinda ???? adeh tak padan dengan sakit tu !

but ada satu soalan yg nak tergolek dinda lepas bacanya , iaitu ,dia tanya dinda dah kahwin ke?  so dinda tanya  dia , kalau belum , dia nak datang masuk  meminang kah? dia  jawab soalan dinda dengan gelak je. hahaha takdelah , saja nak tanyo ,jawabnya .

ok . . .buat adik Nurul Huda , semoga cepat sembuh akak doakan . dan harap sangat yg chatting dengan dinda tu adik Nurul Huda , bukan ayahnya atau abangnya , cuak jugak dinda ni sebenarnya hehehe





No comments: