ANTARA DIA DAN AKU

makin nak lupa ,rupanya makin timbul rasa sayang . . . ahh itulah yg belaku dalam kehidupan dinda sekarang ni . hmm . .

korang  mesti nak tau apa yg cuba dinda lupakan kan ? ok , harini dinda nak jujur 100% dengan korang  la ye . biar tiada rahsia lagi antara kita .


yang sebenarnya . . . dinda dah cuba lupakan sorang hamba Allah ni . yg pernah bemain dlm taman hati dinda . yg pernah menyerikan malam dinda yg sepi . yg pernah menarik dinda jauh .  . . . jauh hingga kehujung dunia . sampaikan pernah satu ketika kami sama - sama hanyut dalam arus yg dipanggil gelombang hidup .


ahh merepek - repek katanya. . .


serious la . . . mana ada merepek kalau waktu dinda tengah  jujur ni . haa kalau dinda meroyan barulah  nampak merepek nya . lahai . . .

dulukan masa kami bersama menerokai dunia kami  , ada je benda  yg kami buat , ketawa ,menangis , kutuk orang , gossip , bergaduh , ish semualah kami pernah rasa masa tu .


part paling teruk kalau dia lambat reply message , makan merajuk lah dinda bagi kat dia . kalau dia depan mata confirm dinda bagi fly-kick dah , nasib jauh .

dulu kalau sembang ,macam takde  kerja lain dah kami .asik membebel je kerjanya .kadang-kadang tu sampaikan tertidur . hahaha akhirnya yg sebelah pihak makan hati .sebab cakap sengsorang . gila tak marah , cerita dari A sampai Z , last last orang yg disuruh dengar cerita  tu dah sedap dibuai mimpi indah di taman syurgawi heheee

tapi . . . dinda ngaku , dinda memang kejam . pada satu hari tu bila dinda marah sangat kat dia , dinda ambil keputusan untuk tinggalkannya . bila dia tanya kenapa , dinda diam 1000 bahasa . sampaikan tiba satu ketika , dia pun feedup kat dinda dan dengan berat hati , dia ikut cakap dinda . .

kami berPISAH . . . .


hmmm benda dah jadi kan . dah lama pun jadi . kini lepas dinda ambil masa untuk lupakan dia , memang dinda berjaya , tapi bukan bejaya lupakannya , dinda cuma berjaya untuk tidak gatal menghubunginya lagi . . .pernah satu hari , jari jemari dinda ni mengetik nak taip texts buat dia , taip . .taip . .taip . . lastly delete . hambar**


harini baru dinda paham , antara kami bukan ada cinta tapi hanya ada  sayang .


haaa korang confirm nak kenal kan siapa dia ?? hmmm  part ni dinda kena cakap yg dinda kena rahsiakan dari korang,  sebab . . . sebab . . . ahh ada banyak sebabnya lah . antaranya dia merupakan salah sorang pembaca setia blog peribadi dinda ni . takkan nak mention nama dia kot . nanti dinda yg sebak dan sayu . .dia pulak jadi makin meluat dengan dinda . kesian dinda tau. . hmm



hingga hari ni , dinda masih lagi nak cakap , hati dan minda dinda ni , masih tak dapat nak lupakan dia dan akan terus setia untuk mengingati dia sampai nafas dinda yang terakhir . dan kalau dia baca luahan jujur dinda ni , dinda nak pesan kat dia satu ni  :


Awak . . . 1000 kali awak benci saya , 1 000 000 saya sayang kat awak , sebab mama saya tak pernah ajar anak dia untuk benci orang  , kata mama kita hidup hanya sementara makanya tak layak kita kena benci orang . kalau marah boleh tapi jangan benci . Awak . .maaf eah , saya pernah marah awak dulu . kalau esok saya mati , tolong maafkan lah saya , sebelum saya ditelan tanah . sebab kalau tanah dah telan saya , nanti saya dah tak dapat nak  sayang awak lagi .


eh mata dinda masuk habuk pulak , tolong tiupkan , please . . . 

Comments