THROWBACK

kepala dinda  pening . tapi jari jemari dinda  tak pulak , so dapat la menaip petang ni . tadi kat mukabuku ada isu dimana pihak berkuasa JAKIM nak ambil tindakan terhadap penganjur atas kes perempuan-perempuan muslim Malaysia berpelukkan dipentas bersama artis k-pop kesayangan mereka .

dan memang sedia maklum ,isu ni dah jadi viral dilaman sosial dinegara kita sekarang .dinda yg tak bersalah pun dapat tengok video kes tu .

persoalannya sekarang , kenapa tindakkan untuk penganjur? dah memang sedia maklum penganjur itu bukan muslim . apakah dia suruh perempuan muslimah datang show tu?? tak bukan?

lagi jelas , mereka hanya perlukan untung ,sedang perempuan muslim terlalu taksub sehingga mampu melakukan aksi diluar minda mereka sendiri dengan datang kesitu .

ye memang , bila kita sedang seronok , akal kita tak berfungsi , tu sebab terjadinya perangai yg macam orang takde otak !

pada dinda , yg datang tengok show tu bukan orang kurang pelajaran , bukan dikalangan perempuan biasa -biasa . ternyata tiket je dah berapa harganya? anak orang susah takdenya nak bazirkan duit nak pergi show yg standard macamtu . orang bebal takkannya boleh berinteraksi dengan mamat -mamat k-pop yg cakap bahasa dia sendiri pun tak jelas tu .

sayangkan . keistemewaan yg mereka *perempuan-perempuan tu* miliki punah dengan sekelip mata . hanya kerana terlalu taksub . padahal lagu melayu pun tak dipandangnya orang - orang Korea tu ? adeh . . . ade akal tu pakailah ditempat yg waras ye adik -adik .


k-pop untung macam-macam *dapat* korang yg tinggal diMalaysia ni tinggal lah dengan cuma  dapat malu . lantaklah ? kubur memasing ?  segalanya takkan berakhir disitu . cari penjelasan waras .

dinda cadangkan jum pergi kelas fardhu ain , nanti korang taulah hubungan apakah antara sorang muslim tu dengan muslim yg lain .

cubalah hari tu korang pergi show nasyid , sure tak jadi bahan , malah sejuk perut mak bapak korang kalau dapat tau . . .


*nasik dah jadi bubur. . .malas nak merepek lagi ahh . 

Comments