JANGAN SILAP ANDAIAN

Hai awak . . .ramai dok terkilan bila dinda cakap pasal GST . Kata dinda  kita tak perlulah nak panik bagai . Take it easy , jangan serabut . Kenapa dinda cakap macam tu ? Mestilah bersebab dan sebabnya macam yg dikatakan oleh blogger maqnie nurseri dalam entrinya Meluah yg merapu . . Tak guna kita nak mengharapkan belas kasihan dari pihak atasan kerana semua tu sia-sia saja . Keluar airmata darah pun GST tetap dijalankan . Mogok atau tunjuk perasaan pun mereka tetap buat don't know jek . Meraung ,memaki ,merunggut ,ada mereka hirau???? Takkan? So apa guna kita gadaikan perasaan untuk panik dan rasa bimbang pasal GST ? 1.4.2015 tetap dijalankan jugakkan?!.


Dinda tahu rakyat Malaysia bijak ! Rakyat yg punya wang , so gunakanlah wang awak sebaik mungkin . Kalau dapat jumpa perniaga yg mencekik darah , abaikan je permis dia . Kalau ada peniaga yg ambil kesempatan , jauhi je dia dan perniagaannya . Beli ikut bajet , tak perlu berbelanja sakan lagi ,kalau dapat adjust ,adjust la sebaik mungkin wang awak tu , jangan sampai tak dapat nak simpan untuk masa depan sudahlah , so Easy kan?

Percayalah , tak semua barangan dikenakan GST , dan apa yg sangat-sangat  buat dinda tak puashati  ,sehingga kehari ini  , " pihak berwajib " masih tidak keluarkan lagi senarai barangan yg dikenakan GST dimana-mana laman sosial . Asik-asik cerita pasal artis , pasal tragedi politik ,pasal benda yg pada dinda ,semua kisah tu dah lapuk , yg orang pun  dah tahu akhir ceritanya . Sedangkan barangan yg mana kena GST , mana yg tak kena ni masih tidak diperluaskan diseluruh negara . Sedangkan rakyat terus-terusan panik sehingga berbelanja melebihi keperluan . Kononnya sebelum harga naik ,baik beli buat stock . Hmmm kesian , duit gaji yg dah sedia kecil ,jadi lebih kecil untuk tunggu akhir bulan .

Ada kawan cakap kat dinda

" ko boleh lah , ko belum ada tanggungan , tak macam kita orang yg dah kawen ni "

Hahaha dia silap ,dinda ada sebuah taska ! Ada anak orang dalam taska tu lebih dari 15 orang , yg perlu dinda tanggung disiangharinya ,bil air ,bil elektrik ,sewa permis ,cukai pendapatan , cukai jalan , cukai pintu ,cukai tanah , hah???? dan dinda sebagai anak sulung ,dinda ada keluarga yg perlu dinda tanggung ,walaupun mama ,ayah ada pendapatan sendiri , takkan dinda nak ditanggung sejak lahir hingga sekarang ?? Apa guna dinda jadi kak long ?!

So . . .rasanya dinda kena tabah lebih lagi lepas ni . Tabah untuk keluarga ,untuk taska , untuk GST  jugak . Doakan dinda duduk oversea lepas berjaya jadi "awek paling kaya kat Malaysia " nanti ok . . .aamiin heee~

Dan pasal GST  tu , pleaselah ,jangan kalut ,haritu awak kecoh-kecoh pasal minyak naik ,tapi dinda tengok , tiap hari jugak makan sedap kat kedai yg standard ,tiap bulan jugak pergi bawak family jenjalan . .kan3?? Eleh . . .lupa lah tu ! Hmm lepasni bawak la berjimat cermat . Mana-mana suami yg isteri dia "rajin " sangat ajak makan luar tu , pujuklah dia belajar masak kat rumah ,kesian dapur tu asik sejuk je sedangkan poket awak asik panas  je tarik duit ,last-last hati pun panas bila tiap minggu kena korek tabung . Haha kan dinda dah cakap , duit kita , so ,bijak - bijaklah belanja .


Ok ! Dinda ada exam kejap lagi ni , wish me luck !

Apa pun hidup mesti diteruskan dan biar orang kaya yg makan duit kita tu lepasni meroyan sebab gaji mereka makin besar selepas mereka laksanakan GST ! untunglaaaaaa . . . . Nak tau lebih lagi kesan GST ??? Tunggulah pilihanraya akan datang , suspen gitu . Hahaha anda memberi ,anda merasa , kan3?


Jum sesama kita panjatkan doa semoga Allah perluaskan rezki kita , insan yg terinaya . . Aamiin ~

TAKE IT EASY

Harini 28haribulan march , tinggal 2 hari je lagi GST melabuhkan kuasanya dimedan kuasa negara kita . Apa yg dinda lihat ,ramai pengguna jadi kalut tak memasal . Entah kerasukkan apakah yg melanda dibenak akal fikiran mereka disaat ini .

Contohnya tadi , sebelum dinda balik kerumah , dinda sempatlah singgah dipasaraya untuk beli ayam , kerana stock makanan basah dirumah mama dah habis . Memandangkan adik -adik ada dirumah , mama pun suruh dinda balik untuk masak makanan tengahari diaorang .

Tapi ,bila tiba masa nak bayar ,mak aii ,barisan panjang berjela-jela .semua kaunter dibuka namun umat manusia memang begitu  ramai berbaris . Asalnya dinda rasa mungkin saja kaki tangan awam sudah terima gaji , tu sebab mereka pergi shopping . Tetapi bila dinda perhatikan ,la rupanya mereka beli barangan harian sebelum hadirnya GST ! Haishh dengan beli lampin pakai buang 4/5 begs setiap orang , susu yg berpaket-paket , entah apa lagi tah dinda pun tak berapa nak pasti . Yang jelas perbelanjaan kali ini mereka gandakan dari perbelanjaan sebelumnya!

Hmmm kenapa gituuuu . . .tidakkah tindakan mereka tu merugikan diri mereka sendiri ? Misal kata kalau mereka beli barang tertentu sebelum GST , sebagai contoh tv ,  basikal , atau apa-apa je yg kita just beli sekali sekala , itu memang la perlu . Sebab lepas GST memang rugi belinya .tapi  kalau macam lampin pakai buang dibeli sampai 5 bags , tak ke merugikan namanya .hujung bulan nanti nak makan apa?bila duit gaji dah dibelanjakan untuk barangan yg dibeli extra tu ? Makan lampin -lampin tu ke? Cara begini ,secara tak langsung ,pengguna dah menguntungkan perniaga dengan keuntungan  berlipat kali ganda ,siapa rugi?? Pengguna lagii . . .hmm


Cuba buat rileks je ,beli macam biasa je . At least duit baki tu nanti boleh buat beli benda lain pulak . Dah la barang mahal ,korang beli tak ikut keperluan . . Hmmm membazirkan namanya .

Korang beli banyak-banyak pun ,GST tetap jalan kot ,so janganlah kalut , jangan panik ,sebagai pengguna , korang kena bijak ,duit tu duit korang  , kalau dah hujung bulan nanti , kalau pokai ,ada orang nak coverkan ke ?? Hmmm  mana mungkin .

Hal ni pun sama macam kes bila harga minyak naik , berpusu - pusu manusia beli minyak kasi penuh tank , sampaikan jem jalan sehingga memggangu pengguna jalanraya yg lain , padahal paling banyak pun isi ,cukup untuk 2/3  hari kalau kereta (full ) habis tu nanti ,tak ke kena jugak isi lagi minyak nya? Kena jugakkan . Haaa dengan harga yg baru naik tu kan? Menteliti orang Malaysia  memang bermacam -macam , susah kita nak standard kan ,tu sebab kita selalu jadi mangsa  buli oleh perniaga - perniaga yg kepala otak mereka takde ingat lain , duit, duit ,duit , hmmm

BUNGA HATI KALUT LA

Hari jumaat sudah ! Alhamdulillah Allah beri keizinan kepada kita untuk sehari lagi bernafas dibuminya . Tengs Allah . . ..

Semalam dinda plan tak masuk taska untuk pergi jelaskan semua bil rumah mama ni . Al maklum jumaatkan semua pejabat tutup di Johor . Bila semua bil dah berlonggok , dan duitnya pun sudah berbaris untuk ditaburkan ke pejabat pos , pejabat TNB , kedai astro , kedai maxis , pejabat SAJ , dinda sempat lagi online sementara menanti pukul 9. Dinda kalau keluar memang suka pukul 9 ,tah tak tahu kenapa ,tapi memang 9 .

Tapi belum pun pukul 9 , tetiba dinda dapat panggilan dari adik dinda sebunga hati . Beliau ditaska masa tu bersama mama .

" kak ! Baby Ninie nangis ni , orang tak pandai pujuk la ,dari datang sampai sekarang asik menangis je ni aa , kak lu datang sinilah kejap beb ."

" La . .sakit perut kot ,akak nak pergi bayar bil kan kejap lagi ni "

"Orang dah sapu minyak dah perut dia ,tapi nangis jugak aaa , cepatlah beb ,apa tah naknya dia ni , pening la dengar dia menangis jek "

" mama mana ? Suruh la mama tengokkan , dia tak sihat ke ?"

" mama sibuk nak siapkan makanan budak -budak , mama suruh orang jaga Ninie ni , a ah dia demam . Tapi orang nak bagi ubat pun tak dapat , kalau dah asik menangis je dari tadi "

" masukkan la dalam buai "

" sudah . . . Orang dah masukkan dah , lagi kuat dia jerit, dah la beb , datang la cepat ,kesian aa budak ni . . .ermm "

**suara adik dinda tetiba sebak je bunyinya **


"Ok ok , kejap akak siap jap ,  sabar jap ,jangan kau lempang budak tu sudah ah , siap kau nanti , akak bukan pecaya emo kau tu , kang tak memasal merah punggung budak tu kang ,ingat !!"

" ye ye ingat , tengah tahan sabar la ni , cepat aaa kaaaakkkk ! "

Suara bunga agak keras diringi suara baby ninie yang terjerit jerit menangis . Dinda pun simpan semua bil dan duit yg nak dileburkan tu . Hmm nampaknya memang kena batalkan la program harini . Dengar suara bunga hati , suara baby ninie , dinda dapat rasa ada sesuatu yg tak kena kat taska .


15 minit kemudian dinda dah tiba dimuka pintu taska . Beberapa orang kanak - kanak sedang  menyusu  sambil berbaring didepan tv .

mama keluar bila dengar pintu dibuka ,

" assalammualaikum ma " dinda pun masuk dan bersalaman dgn mama ,"

"mana mia? "

"Waalaikumsalam " *sambil jari mama menunjuk kearah bilik yg ditempatkan untuk baby tidur .

"ninie demam kata ibu dia tadi , ibunya nak cuti tak dapat sebab minggu lepaskan dia dah cuti seminggu sebab balik kampung "

" ohh ,ok ,kejap ye ma ,dinda terus kebilik tidur baby tu , dan bila dinda sampai dalam bilik , bunga hati dah berpeluh peluh , atas meja berselerak dengan ubat demam ,ubat batuk dan selsema milik baby , susu  berterabur ,botol susu tergolek , minyak yuyi dah hilang kemana tah penutupnya ,Dan baby ninie sedang menangis dalam pelukkan bunga hati .

" ayah dia tak balik lagi ke ?" Kesian mama dia dgn baby. Hahahaha dinda sakat bunga yg tengah gabra dan keletihan tu .

"Kuaja !!! Amek budak ni la ,orang dah  berpeluh ketiak layan dia ,asik nangis jek !?!"

Hahaha aalolo . . Baru anak demam ,belum laki yg demam hahaha meh ,meh ninie . . Mama marah awak ye ?


Bunga jeling dinda dan tetiba dia nangis. . .

"Ermmm kak . . .orang penat aaa . . ""

" ishh sabarlah ,  Mana ada kerja yg tak penat , tidur pun penat kot "

Jawab dinda sambil pujuk baby ninie ,dan bila didada  dinda ,ninie pun diam sambil hisap puting tiruan milik dia . Haa puting tiruan ok , kena pahamkan ayat tu . Hahhaha

Setelah dibelai -belai dalam pelukkan , ninie lena ,dan dinda pun masukkan dia dalam buaian , lena dia tidur selepas menangis hampir 2 jam . . .kesian ninie , kesian bunga hati dinda ni .




ABAIKAN JE RASA ITU


Apa lah  . .  cuma marahkan nyamuk , bakar pulak kelambu ! Bila kelambu terbakar secara logikal , rumah pun turut dijilat api ! So ?  Apa jadi ? Tinggallah tuan rumah sehelai sepinggang , tu kira nasib badan lah kan , kalau nak dijadikan cerita , tuan rumah pun cuma tinggal  nama dan abu saja . Hmmm semua sebab marahkan nyamuk je . Memang tak masuk dek akal . Tapi itulah kait mengaitnya  kejadian .

Realitinya dlm hidup ini , bila seseorang tu marahkan seseorang , dia pasti akan melarat - larat marahkan orang  yg bersangkut paut dengan orang yg dia marahkan tu . Eh ! Awak faham tak apa yg dinda maksudkan tu ? Cuba baca sekali lagi slowly .


Ada orang marahkan cikgu , dia tak buat homework yg cikgu beri
Ada orang marahkan polis , dia rempuh sekatan jalanraya didepan mata
Ada orang marahkan pekedai runcit , seminggu tak beli beras
Ada orang marahkan suami , sebulan tidur kat ruang tamu
Ada orang marahkan gf , dia tak tegur langsung kakak gfnya


Haaaaa semua sebab mereka MARAH , tapi dlm masa yg sama ,kemarahan mereka tu dah buat mereka dapat bala atau pun  terlepas peluang - peluang yg terhebat untuk mereka pastinya . Rugi kalau ada rasa marah ni , sebabnya , orang yg suka marah - marah  , otak nya , mindanya cepat lemah , cepat letih , dan akhirnya  dia akan jadi orang yg seakan - akan tidak waras .hmmm . . . Bertabahlah .


dinda marah jari ni asik typo jek hmm dah gemok ke ek?  Ehh ! Termarah pulak . . . .heee

DINDA NYARIS KEMALANGAN ?

Dah pukul 6 petang tapi matahari masih hangat memancar kan cahaya .serious memang panas sekarang ni . Apa yg lebih perit lagi ,kalau kita terperangkap dalam kesesakkan jalanraya didalam terik matahari . Aircond sepertinya tak bererti langsung .

Lagi-lagi kalau depan dan disisi kereta kita ada manusia berotak udang sedang memandu . Sakitnya tu disini , didalam hatiku . Setakat ni dinda belum pernah lagi keluarkan  perkataan kasar ,maki makian atau isyarat lucah kat pemandu berotak udang itu .kerana pada dinda itu bukan cara yg sihat sebagai pemandu yg comel manja ni .

Perkara biasa yg belaku hanyalah menekan horn atau cakap sendiri . Grrrrr . . . Ishhh . . . Haaa tu je lah ayatnya . Lagi-lagi kalau dinda drive sengsorang memang takkan buka cermin tingkap la jawabnya .

Tapi tadi ,ketika dinda tengah mengharung lautan kereta di jalan Skudai menuju kearah Danga Bay , dinda hampir terlanggar sebuah MPV yg bercermin gelap . Sedang sedap-sedap  dinda follow kereta hadapan dengan tenang ,tetiba dia mencelah masuk dihadapan kereta dinda tanpa isyarat ! Allahhu !! Dinda terkejut sambil menekan brek .kering darah ni .sejuk kaki ,lemah satu badan ,macam habis dah darah dinda kena sedut !

ish . . Dah lama hidup ke apa hmmm . . .  bisik dinda sengsorang .

Perjalanan terhenti seketika . Dinda tenung wajah pemandu MPV tu ,tapi tak nampak ,sebab cermin dia betul -betul gelap . Hmmm anak siapa yg otak kat lutut ni . . . Keluh dinda dalam keadaan dupdap dijantung .kereta belakang dah mula menekan hon . . .tinnn  . . Tinnn . . .tinn . . *ahh bingit * dan kereta dinda dah terberhenti disitu !

Dinda beri MPV laluan walaupun hati dupdap angkara  terkejut .tetiba cermin gelap dibuka perlahan ,kelihatan wajah seorang jejaka yg berwajah seakan penyanyi k-pop 2pm tu memberi senyuman . fuhh . . . .tetiba dupdap dinda jadi keluar rerama berterbangan berkumpulan atas pelangi pulaaakkkk  , jejaka tu  terus terusan tersenyum sambil memandang  muka dinda dan kemudian dia  mengangkat tangan memberi isyarat ' OK' . Dan dinda yg  sedang terbang rerama diatas pelangi tu hanya mampu tersenyum dan tanpa disedari tangan ni pun melambai seperti wiper kereta .  Paling tak lupa dalam masa yg sama pemandu tu pun "terkecil kan mata " dia sebelah ! Winkkkk !!!


Gluppp!! Tertelan rerama sekor ! Hahaha melampauu aksi dinda petang ni  . . . .


Ok fine sambil tangan pun mulakan pemanduan yg terbantut itu , dinda masih lagi senyum dengan rerama sekor dlm tekak .eh !! Betul ke dinda tertelan rerama ? Hmmm tipu je la ,rerama tu cuma imaginasi  dinda masa nampak pemandu berwajah k-pop je . . Hahahaha

Sorry sekarang secara diam-diam suka pulak orang berwajah k-pop ni . Kulit putih melepak ,mata sepet sepet sikit ,hidung mancung sikit ,dan . . . . Senyumannya  hmmmm meltinggg . .  . .haha ni kalau bunga hati taulah  kejadian ini  , mesti dia bahan dinda kaw -kaw kat momemt wechat nanti hmmmm nasib dia tak ikut sebab demam .


Eh ! Awak !!! Bukan dulu dulu dinda minat jejaka iras bangla ke??

eh!! Ntah la  . .  . Dinda dah lupa hehehe adeh kacau-kacau

U MY EVERYTHINGS

Layan si bunga hati memang letih . Malam buta camni nak makan bakso katanya ,tekak sakit tak selera nak makan nasi kat rumah . Dinda rasa badan dia pun panas jugak , nasib dah besar panjang ,so tak payah la pakai cool fever kat dahi heee

Bunga hati memang  sorang adik yg manja . Adik bungsu dinda selalu gaduh sebab kakak dia yg sorang ni terlebih -lebih manja katanya . Sehinggakan dia takde peluang nak manja dengan dinda . Untunglah dapat adik -adik yg manja camni sebab kalau tak jumpa orang kat luar pun tak kesah sangat sebab kat rumah pun takkan rasa bosan punya heee

Sejak bunga hati balik dari PLKN  dia memang dah jarang keluar rumah memalam ,kalau keluar pun mesti dengan dinda ( kakaknya ) mungkin ada hikmahnya dia duduk kem tu . Dia lebuh perihatin dengan family . Hebat !!

Tapi paling hebat bila dia dalam biliknya ,dan dinda di bilik dinda or ruang tamu rumah kami tapi masih guna khidmat wechat utk berinteraksi hahaha melampauuuu

Selalunya dia akan voice call ,chat  kat komen atau video call hahaha  padahal kalau kentut pun sama-sama dapat dengar ,sama -sama dapat bau heeee


Kadang kala dinda malas nak layan telatah dia tapi dari dia cari orang bukan -bukan untuk ajak sembang haaa lagi parah . So dinda layankan je lah hmmm

Adik beradik itu umpama air yg dicincang takkan putus , umpama cubit peha kiri ,peha kanan terasa juga ,dan kami memang rapat sejak akhir-akhir ini .alhamdulillah . . . .siapa tak sayang adiknya kan .


SOALNYA HATI

Hati . . .bila  dia dah hancur memang tak boleh dicantumkan semula . Bila dah berkecai sangat lah tidak mampu bertahan . Makin dibiarkan semakin itulah kerosakkannya akan menyelinap dan makan dalam .ini bakal mengundang bahaya !

Paling sulit bila sedang sakit hati . Semua kerja yg dilakukan tidak munasabah sebab  ketika sakit hati , otak lemah utk berfikir , semua perlakuan dihasilkan dari gerak hati . Selalunya hasil sakit hati pasti akan menyusahkan orang lain dan bakal menyakitkan hati orang lain jugak !

Senang hati sangat indah . Orang macamni punya riak wajah yg sentiasa ceria . Happy sokmo ! Orang sekeliling pun kekadang akan rimas dengannya sebab 24 jam asik mereng je . Padahal dia sedang senang hati , tapi boleh juga buat orang màkan hati . . .haha

Apa penawar hati yg hitam ? Sentiasalah beristigfar .kerana dengan beristigfar , Allah akan padamkan tiap titik hitam yg melekat dalam hati itu . Beristigfarlah sepanjang masa yg awak mampu .mungkin Allah akan beri hidayahNya .

Manakala terasa hati itu berlaku bila kita bergurau , kemudian someone tu ungkitkan kenangan sedih yg kita cuba simpankan didalam kotak ingatan . . . .  Nangis terus .


Dinda pulak akan sebak bila orang cuba buat lawak yg menyedihkan hati dinda , so lepasni hati -hatilah ye kalau nak buat lawak , mungkin kita akan berhenti jadi kawan bermula dari situ . .



Tak semua sejarah itu boleh buat kita tersenyum .

LUPA BUKAN TAK INGAT

Orang selalu lupa . . .
Yang muda tak selamanya muda .
Yang kaya tak selamanya kaya
Yang miskin tak selamanya miskin
Yang hebat tak selamanya kekal hebat
Yang kuat bercakap tak selamanya akan bercakap
Yang diam tak selamanya akan diam
Yang marah tak selamanya akan marah
Yang rindu tak selamanya sanggup merindu
Yang disisi tak selamanya menemani 
Yang pergi tak selamanya rela pergi . .


Yang jelas semua kat dunia ni tak kekal . Yg kekal hanya penciptaNya . . .Allah swt . Eh , dinda nak cakap ni , yg dicari ,kini dah kembali . Heee  dinda pergi oversea la .sorry lupa nak beritahu awak . 











ADA MAKNA TU


Jumaat dan cuti laaaa . . .

Kalau cakap cuti tandanya tak pergi kerja ! Gitu ke awak? Haha sejak 2 menjak ni otak sikit berjerebu lah akibat pencemaran alam sekitar . .haha ada pulak ???


Sejak dinda privacykan status dinda difacebook just kepada friends .maka mulalah beberapa akaun fb menghantar permintaan menjadi rakan  datang bertubi- tubi .

Dinda taklah taksub sangat dalam hal ini , kalau dinda rasa hamba tuhan tu boleh dipercayai ,why not dinda jadikan dia kawan alam maya ? Kan ? Haaa

Cuma  ..yg menjadi mushkil bagi pihak dinda , kenapa yg add tu kebanyakkannya akaun yg  " hot "

Kenapa dinda cakap hot? Sebab kebanyakkannya tidak berbaju , hanya berseluar pendek , lelaki perempuan sama je ,  mata sayu dinda ni  je yg mampu pandang . . Haha sayu mendenyaaa . . Pelik sungguh !


Apa yg dinda nak cakap . . . Tunggu dan lihat je permainan mereka di facebook , anda mampu mengubahnya .

WAJARKAH

Bila terbaca viral sorang perempuan merasa bangga sebab dapat rampas suami orang di facebook tadi , dinda tergamam bilamana dinda stalk profile lelaki  itu dan bekas isterinya .

Kenapa dinda tergamam pulak?  Bukan suami dinda yang kena kebas pun . . .

Ok fine . . memang betul lah kan lelaki itu bukan suami dinda tapi sekarang dinda nak letakkan diri dinda didalam dua situasi . Pertama sebagai isteri pertama :

Hati pasti sayu pilu , harapan hancur berkecai , kasih sayang diimpikan rupanya dianggap hanya permainan . Mungkin saja dunia terus jadi kosong dan hambar ketika ini . . . pandangan masyarakat pasti tak semuanya nagetif kepada dirinya

Membaca komennya  difacebook suaminya tu yg berbunyi lebih kurang macamni . . . .jaga diri baik- baik , balik nanti jangan pulak bawa madu . .i love my hubby

Ahhh . . . .kejammmmmm nya duniaaa

Sekarang dinda nak masuk dalam situasi kedua iaitu jadi pulak  perempuan yg menjadi isteri baru :

Bangga !! Belagak !! Sehingga berani mengupdate gambar  berpelukkan ditimeline dan dengan caption yg berbunyi . . .






Dinda cuma mampu cakap . . . kejamnya awak duhai jiwa sorang perempuan sanggup buat kaum awak macamni . . .


Dinda serious sebak . . . bukan nak mengaibkan dia . . . tapi kenyataan dia sendiri dah jadikan dirinya nampak sangat kurang dalam nilai erti kemanusiaan .

CELARU PULAK


Dinda dah tak reti naip pulak ni . Jari masih sama saiznya  , tapi guna tab pun masih nak typo dari tadi . . .ni semua sebab nak control perasaan . . .

Nak cerita tak ek kat sini ? Share Sikit lah eah . . . Ok . . cuma nak cakap rindu sebab memang rindu pun sebenarnya tapi dengan tugasan yg semakin celaru , masalah peribadi lagi . Rindu tu macam hambar . Takde makna dah lagi .

Apa yg dinda tau . . . Bila dinda cuba menyapa sesaorang , tapi orang tu cakap dia busy . . . Lepasni memang dinda tak kan tegur dia lagi dah . . Seriously . . .tak akan ada lagi selepas ini . . .





MENDELETE YG HARAM

Lama dah blog ni sunyi dari barisan ayat dinda . Bukan sengaja tapi disebabkan masalah kesihatan yg agak kurang merangsangkan , maka tiada lagi kidungmu ! Eh haha bukan lah . Makanya tiadalah deretan hurup rumi melafaskan ayat meroyan dan merepek repek disini .

Bila baca post maqnie nurseri pasal dia terdelete lebih kurang 1200 pic dalam blog dengan secara tak sengaja . Dinda baru teringat yg dlm blog dinda ada banyak jugak entri yg mempunyai gambar dinda yg tidak bertutup kepala . Ala pada suatu zaman dahulu , dinda cakap jujur ni , dinda pun kureng sikit akhlaknya . Al maklom zaman remaja la katakan , ingatnya asik nak ' havoc ' je memanjang .

So ni baru siap habiskan mendelete pic yg agak keterlaluan 2/3 tahun yg lalu . Alhamdulillah . . . Esok sambung lah lagi kan sebab ada lebih kurang 1500 pic dlm blog dinda ni . Bettry hp pun dah nazak sangat ni .

Esok masih ada . . . .

Dan pesanan dinda sebelum tidur ni

" orang lain tak boleh ubah kita , hanya kita yg layak mengubah perangai kita .dari perangai elok kepada yg lebih elok . Dan mana ada manusia yg sejak lahir dia sorang yg baik "

Kan?? Kalau ada lah orang baik sejak lahir , meh suruh dia pm dinda difacebook atau dm dinda ditwitter atau message dinda di wechat .

Eh ! Nak bagi tau ni wechat dinda dah tukar id ye . . . Lets go to " yenda_yen " dan kalau add friend awak tak diaprove tu maknanya dinda tak on wechat la tu . . Tunggu ah kalau dinda rajin dan free , baru dinda aprove . .orite😉


🍧 . . .sedapnya dapat makan aiskerim memalam camni kan . . .hmm

JAWAPAN


Lokasi : di tepian pantai .


Ditemani sinaran bulan purnama . sambil merenung lautan luas yg bersinar - sinar airnya sesekali dinda menjeling kearah wajah murung bunga hati . dengan nada berbisik , dinda berpesan kat bunga hati kesayangan dinda tu . .  .




Dan apa jawab bunga????

Kalau diam lagi baik dari cakap yang menyakitkan hati orang mendengarnya.

Dinda . . .  *spechless*


AWA SAIA TA KUAD

Masih lagi di Mersing . melayan karenah kesayangan bungahati sejantung pisang . 3 bulan sudah pun tamat dan bunga sudah boleh di bawa pulang kerumah .

Bagaimana dengan bunga? Nak ke dia balik kepangkuan keluarga setelah seronok terperuk didalam kem ?

Jawapannya : DIA TAK NAK BALIK !!


Aduh . . . .gi mana sih . .  ????

Dinda dah letih memujuk sekarang ni dan yang tinggal cuma satu je senjata dinda . . .iaitu . . . tumpahkan airmata . hmmm . . . . awaa saia ta kuad :'(

BLOG UNTUK CARI MAKAN

Dalam dunia blog . tak semua blogger macam dinda .meroyan sentiasa tapi just suka-suka . untung masyuk memang takdelah . sebab blog peribadi ni dinda anggap diary untuk dinda luahkan dialam maya apa yg dinda rasa , dan  tak mampu dinda luahkan didunia realiti dinda sendiri . hmmm tapi ini cuma kadang-kadang dan jarang-jarang . . heee cobaaann


Ada dikalangan sahabat blogger kami terutama lelaki mencari rezeki hampir 89% dari dunia blog mereka . dari blog lah mereka menyara keluarga . memerah keringat untuk tarik pembaca diluar dan peminat nak baca entri mereka . semua tu tak mudah . lagi -lagi kalau blog berasaskan peribadi  .tak semua orang minat baca .hmmm lainlah blog retis atau blog " hot 18sx " Blog tu memang meletop  . takde entri baru pun orang still nak masuk baca .hmmm nafsu kuat lah tu kan?! Grrr

Kekadang dinda tercari-cari jugak jalan bagaimana nak beri kawan blogger dinda ni pembaca baru ( kawan blogger yg cari rezeki dibloglah maksud dinda ) agar tiap entrinya dibaca orang ramai . jalan paling mudah selalunya dinda hanya akan like  link yg diaorang share ditimeline mereka , walaupun entri tu dah ditaip 2-3 hari atau bulan lepas .


Sebab bukan mudah nak tarik orang pengikut setia ini kalau cari pengkritik memang mudah lah nak dapat . silap gaya entri terus jadi viral ! Haa tak ke parah tu nanti ?

kena bahan memang sakit kan?

Dalam zaman barang mahal ni . semua benda perlukan duit . Hanya usaha dan doa serta kerjasama sesama manusia je dapat meringankan beban manusia yg lain dalam menyelesaikan masalah pengurusan duit . harap sangat mereka bijak menilai dan paling utama dalam hidup ini sila jangan tipu kawan sendiri semata -mata untuk dapatkan duit padat tersusun dipoket  .itu satu kekejaman namanya .

TERIMA KASIH ALLAH

Belum pun April tiba untuk berkuat kuasanya GST , barang keperluan terutama barang makanan dah mula naik harganya . bukan je harga bahan kering tapi makanan dikedai makan pun dah mula naik harga dengan harga yang sangat mengarut . kadang kala tu macam tak masuk diakal .

Hmm tapi tak semualah yg dinda maksudkan .cuma segelintir je yg ambil kesempatan pasal GST ni . mereka mungkin terlalu taksub untuk harga baru yg menjerut  leher pelanggan mereka sendiri . mereka lupa diluar sana masih ada perniaga yg punya akal fikiran yang waras . yang punya belas kasihan untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga hingga tak masuk diakal . semoga Allah perluaskan  rezeki pada peniaga yang tak mencekik darah pelangan - pelanggannya . . .aamiin

Satu je yg dinda pelik orang Malaysia ni . apalah sedapnya makan kat kedai yg jual air teh O ais sampai Rm 7.00 tu  ??kek sepotong rm 8.00??  Padahal kat tempat lain boleh dapat dengan harga rm1.20 sahaja . dan kek sedap pun sepotong baru lah rm4-5 sahaja pun .

Kalau setakad nak jaga standard sampai bila pun takkan naik standard tu . cuba biarkan lah standard tu jalan sendiri dan tak perlu dijaga setiap hari . mungkin aja orang lain akan respek awak sebab bijak guna wang dan bijak guna akal .

Buat apa masuk kedai mahal-mahal jualannya lepas tu update kat laman sosial dengan caption mengeluh . . .

" ala . . ai makan kat sini mahal la. . you alls tengok pic ni , mahal ke murah ni you alls . . . ermm . .ermm . .peaceeee . . ."  hati-hati keluhan awak tu sangat berharga selepas tiba musim GST nanti . dan ada beberapa minggu lagi je tau.


Heeee dinda tengok aja . sebab dinda tak minum teh O ais berharga rm 7.00 tapi dinda biasa bancuh sendiri teh O , beli limau then masukkan kesemuanya dalam ais yg di bekukan sendiri oleh peti ais dinda dirumah .dan aisnya kompem air masak yg bersih  dan bertapis . insya Allah tiada keluhan selepas menikmatinya .

Terima kasih Allah kerana beri dinda akal . Alhamdulillah~

DOA UNTUK DIA

Ya Allah ya Tuhan kami . .

Seandainya Engkau telah mencatatkan dia milikku , tercipta buatku , dekatkan dia padaku . satukan hatinya dengan hatiku , titipkan kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu adalah abadi  dan Tuhanku yang maha pengasih , seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan yang sejahtera sepertimana yang Engkau kehendaki .

Amin ya Robbal a' lamin


LAYANKAN JE LAH

Minggu yg agak sibuk  buat seorang orang seperti dinda sejak kebelakangan ini dan esok tiba jugak jumaat yg dinantikan ( offday ) tapi tidak jugak bermakna  esok dinda dapat rest 100% . uruskan rumah sudahnya pasti . almaklum anak perempuan yg comel ni haha *perasan le tu * hmmm celik mata je dah kena fikir nak masak , mengemas , mencuci dan melayan .

Haaa?? Melayan ? Haha nope . maksud dinda melayan kan perasaan la . perempuan single ni nak melayankan siapa lagi . kucing pun takde dibela .

Are you sure you are single?


Hmmmm dulu ye . . . .sekarang tak lagi . . .eh ! Macam iklan le pulak ! Sekarang dunia dinda dah tak lagi sunyi sepi macam dulu . kemana je dinda lepak kan diri , pasti je ada teman disisi .Alhamdulillah ya Allah . tak la bosan sangat macam sebelum ni dan lagi-lagi bila dia yg terlebih dahulu mencari dinda  jawabnya memang seharian la kami berkepit hmm  . . .kepit je tau . kepit gaya mana , jangan nak tanya .asalkan bukan disepit haha

Someone yg close dengan dinda ada bersuara " awak ada ramai peminat , sebab tu mereka ambil tahu hal awak "

Pada dinda mereka bukan peminat tapi mereka lah rakyat Malaysia yg perihatin haha tengQ^^

-you make my day-



GAME YANG BIASA

Macam biasa . Team biasa jumpa team biasa . team mana ? Ala macam tak biasa . lawan kat tempat yg dah biasa . penuntun yg biasa- biasa .dengan harapan yg macam biasa .

Dan macam biasa juga , mesti ada waktu tambahan yg buat penyokong tak tentu rasa . heeee debo-debo !



Wish luck JDT
Wish love Pahang

Heee apa jua keputusan malam ini , dinda kena redha dan ucap syukur . sebab yang main tu semua pemain kesayangan .

Korang lawan lah dulu .dinda nak tidur ni dah lewat malam dah . byeee~

ORANG JOHOR

Cinta tak kenal siapa . . . hadir . .  .tanpa dipaksa . heee

Dalam dok kalut buat kerja hari ahad masih mampu menyanyi lagi dinda ni kan ? Saja nak senangkan hati. Huhu badan letih sebenarnya ni hmmm ..

Haaa ini jam orang Joho kalau hari ahad hari keje ekk . korang sedap le cuti ahad ekk . dulu kalau ahad jek  balik Muo ekk . kadang kala pegi zoo tengok ulo melengko ekk   . kadang kala ngecat pago tapi takkan tiap minggu nak ngecat kan nampak lah nipu noh . .

Haha orang Johor membebel . . tapi dari group whatsapp ada isu yg buat orang Johor terkebil-kebil kelopak mata ni . entah betul ke tidak . kita tunggu je awak ye . pe bendenya tu ekk?

**Assalamualaikum wbt. Kepada rakan2 terutama wanita dari luar Johor yang datang ke negeri kami. Kerajaan Johor telah menguatkuasakan satu arahan baru  tatacaraya berpakaian bagi wanita.


Diharap jika tidak mahu dikenakan tindakan, minta tidak berpakaian seksi kerana jika anda kurang bernasib baik anda akan ditahan oleh pihak jabatan agama dan penguat kuasa serta diperintahkan untuk mendengar kaunseling dari jabatan agama (Maidam).

Kepada sahabat dari luar, arahan sudah bermula cuma masih belum diwartakan lagi.


Setiap kali tiba waktu solat jumaat, kedai makan atau apa2 sahaja yang berkenaan di arahkan tutup dari pukul 12.30 tgh hingga pukul 2.30 petang bagi memastikan kaum lelaki menunaikan solat Jumaat dan tidak melepak di kedai atau di tempat awam ketika waktu solat.


Mohon sebarkan.

**..Tidak Memakai  Tudung Denda Permulaan RM80.00

**..Membonceng Lelaki & Perempuan bukan muhrim ..
..Perempuan RM 100
..Lelaki RM80.00
..Memakai Seluar Ketat RM120.00.


⭐⭐⭐Undang2 Baharu Kerajaan Negeri Johor


Copypaste . **kalau betul alhamdulillah . biar semua pengkid insaf dan pandai  pakai baju kurung  dan pakai tudung lepas ni heee