DINDA NYARIS KEMALANGAN ?

Dah pukul 6 petang tapi matahari masih hangat memancar kan cahaya .serious memang panas sekarang ni . Apa yg lebih perit lagi ,kalau kita terperangkap dalam kesesakkan jalanraya didalam terik matahari . Aircond sepertinya tak bererti langsung .

Lagi-lagi kalau depan dan disisi kereta kita ada manusia berotak udang sedang memandu . Sakitnya tu disini , didalam hatiku . Setakat ni dinda belum pernah lagi keluarkan  perkataan kasar ,maki makian atau isyarat lucah kat pemandu berotak udang itu .kerana pada dinda itu bukan cara yg sihat sebagai pemandu yg comel manja ni .

Perkara biasa yg belaku hanyalah menekan horn atau cakap sendiri . Grrrrr . . . Ishhh . . . Haaa tu je lah ayatnya . Lagi-lagi kalau dinda drive sengsorang memang takkan buka cermin tingkap la jawabnya .

Tapi tadi ,ketika dinda tengah mengharung lautan kereta di jalan Skudai menuju kearah Danga Bay , dinda hampir terlanggar sebuah MPV yg bercermin gelap . Sedang sedap-sedap  dinda follow kereta hadapan dengan tenang ,tetiba dia mencelah masuk dihadapan kereta dinda tanpa isyarat ! Allahhu !! Dinda terkejut sambil menekan brek .kering darah ni .sejuk kaki ,lemah satu badan ,macam habis dah darah dinda kena sedut !

ish . . Dah lama hidup ke apa hmmm . . .  bisik dinda sengsorang .

Perjalanan terhenti seketika . Dinda tenung wajah pemandu MPV tu ,tapi tak nampak ,sebab cermin dia betul -betul gelap . Hmmm anak siapa yg otak kat lutut ni . . . Keluh dinda dalam keadaan dupdap dijantung .kereta belakang dah mula menekan hon . . .tinnn  . . Tinnn . . .tinn . . *ahh bingit * dan kereta dinda dah terberhenti disitu !

Dinda beri MPV laluan walaupun hati dupdap angkara  terkejut .tetiba cermin gelap dibuka perlahan ,kelihatan wajah seorang jejaka yg berwajah seakan penyanyi k-pop 2pm tu memberi senyuman . fuhh . . . .tetiba dupdap dinda jadi keluar rerama berterbangan berkumpulan atas pelangi pulaaakkkk  , jejaka tu  terus terusan tersenyum sambil memandang  muka dinda dan kemudian dia  mengangkat tangan memberi isyarat ' OK' . Dan dinda yg  sedang terbang rerama diatas pelangi tu hanya mampu tersenyum dan tanpa disedari tangan ni pun melambai seperti wiper kereta .  Paling tak lupa dalam masa yg sama pemandu tu pun "terkecil kan mata " dia sebelah ! Winkkkk !!!


Gluppp!! Tertelan rerama sekor ! Hahaha melampauu aksi dinda petang ni  . . . .


Ok fine sambil tangan pun mulakan pemanduan yg terbantut itu , dinda masih lagi senyum dengan rerama sekor dlm tekak .eh !! Betul ke dinda tertelan rerama ? Hmmm tipu je la ,rerama tu cuma imaginasi  dinda masa nampak pemandu berwajah k-pop je . . Hahahaha

Sorry sekarang secara diam-diam suka pulak orang berwajah k-pop ni . Kulit putih melepak ,mata sepet sepet sikit ,hidung mancung sikit ,dan . . . . Senyumannya  hmmmm meltinggg . .  . .haha ni kalau bunga hati taulah  kejadian ini  , mesti dia bahan dinda kaw -kaw kat momemt wechat nanti hmmmm nasib dia tak ikut sebab demam .


Eh ! Awak !!! Bukan dulu dulu dinda minat jejaka iras bangla ke??

eh!! Ntah la  . .  . Dinda dah lupa hehehe adeh kacau-kacau

Comments