JANGAN SILAP ANDAIAN

Hai awak . . .ramai dok terkilan bila dinda cakap pasal GST . Kata dinda  kita tak perlulah nak panik bagai . Take it easy , jangan serabut . Kenapa dinda cakap macam tu ? Mestilah bersebab dan sebabnya macam yg dikatakan oleh blogger maqnie nurseri dalam entrinya Meluah yg merapu . . Tak guna kita nak mengharapkan belas kasihan dari pihak atasan kerana semua tu sia-sia saja . Keluar airmata darah pun GST tetap dijalankan . Mogok atau tunjuk perasaan pun mereka tetap buat don't know jek . Meraung ,memaki ,merunggut ,ada mereka hirau???? Takkan? So apa guna kita gadaikan perasaan untuk panik dan rasa bimbang pasal GST ? 1.4.2015 tetap dijalankan jugakkan?!.


Dinda tahu rakyat Malaysia bijak ! Rakyat yg punya wang , so gunakanlah wang awak sebaik mungkin . Kalau dapat jumpa perniaga yg mencekik darah , abaikan je permis dia . Kalau ada peniaga yg ambil kesempatan , jauhi je dia dan perniagaannya . Beli ikut bajet , tak perlu berbelanja sakan lagi ,kalau dapat adjust ,adjust la sebaik mungkin wang awak tu , jangan sampai tak dapat nak simpan untuk masa depan sudahlah , so Easy kan?

Percayalah , tak semua barangan dikenakan GST , dan apa yg sangat-sangat  buat dinda tak puashati  ,sehingga kehari ini  , " pihak berwajib " masih tidak keluarkan lagi senarai barangan yg dikenakan GST dimana-mana laman sosial . Asik-asik cerita pasal artis , pasal tragedi politik ,pasal benda yg pada dinda ,semua kisah tu dah lapuk , yg orang pun  dah tahu akhir ceritanya . Sedangkan barangan yg mana kena GST , mana yg tak kena ni masih tidak diperluaskan diseluruh negara . Sedangkan rakyat terus-terusan panik sehingga berbelanja melebihi keperluan . Kononnya sebelum harga naik ,baik beli buat stock . Hmmm kesian , duit gaji yg dah sedia kecil ,jadi lebih kecil untuk tunggu akhir bulan .

Ada kawan cakap kat dinda

" ko boleh lah , ko belum ada tanggungan , tak macam kita orang yg dah kawen ni "

Hahaha dia silap ,dinda ada sebuah taska ! Ada anak orang dalam taska tu lebih dari 15 orang , yg perlu dinda tanggung disiangharinya ,bil air ,bil elektrik ,sewa permis ,cukai pendapatan , cukai jalan , cukai pintu ,cukai tanah , hah???? dan dinda sebagai anak sulung ,dinda ada keluarga yg perlu dinda tanggung ,walaupun mama ,ayah ada pendapatan sendiri , takkan dinda nak ditanggung sejak lahir hingga sekarang ?? Apa guna dinda jadi kak long ?!

So . . .rasanya dinda kena tabah lebih lagi lepas ni . Tabah untuk keluarga ,untuk taska , untuk GST  jugak . Doakan dinda duduk oversea lepas berjaya jadi "awek paling kaya kat Malaysia " nanti ok . . .aamiin heee~

Dan pasal GST  tu , pleaselah ,jangan kalut ,haritu awak kecoh-kecoh pasal minyak naik ,tapi dinda tengok , tiap hari jugak makan sedap kat kedai yg standard ,tiap bulan jugak pergi bawak family jenjalan . .kan3?? Eleh . . .lupa lah tu ! Hmm lepasni bawak la berjimat cermat . Mana-mana suami yg isteri dia "rajin " sangat ajak makan luar tu , pujuklah dia belajar masak kat rumah ,kesian dapur tu asik sejuk je sedangkan poket awak asik panas  je tarik duit ,last-last hati pun panas bila tiap minggu kena korek tabung . Haha kan dinda dah cakap , duit kita , so ,bijak - bijaklah belanja .


Ok ! Dinda ada exam kejap lagi ni , wish me luck !

Apa pun hidup mesti diteruskan dan biar orang kaya yg makan duit kita tu lepasni meroyan sebab gaji mereka makin besar selepas mereka laksanakan GST ! untunglaaaaaa . . . . Nak tau lebih lagi kesan GST ??? Tunggulah pilihanraya akan datang , suspen gitu . Hahaha anda memberi ,anda merasa , kan3?


Jum sesama kita panjatkan doa semoga Allah perluaskan rezki kita , insan yg terinaya . . Aamiin ~

Comments