ORANG JOHOR

Cinta tak kenal siapa . . . hadir . .  .tanpa dipaksa . heee

Dalam dok kalut buat kerja hari ahad masih mampu menyanyi lagi dinda ni kan ? Saja nak senangkan hati. Huhu badan letih sebenarnya ni hmmm ..

Haaa ini jam orang Joho kalau hari ahad hari keje ekk . korang sedap le cuti ahad ekk . dulu kalau ahad jek  balik Muo ekk . kadang kala pegi zoo tengok ulo melengko ekk   . kadang kala ngecat pago tapi takkan tiap minggu nak ngecat kan nampak lah nipu noh . .

Haha orang Johor membebel . . tapi dari group whatsapp ada isu yg buat orang Johor terkebil-kebil kelopak mata ni . entah betul ke tidak . kita tunggu je awak ye . pe bendenya tu ekk?

**Assalamualaikum wbt. Kepada rakan2 terutama wanita dari luar Johor yang datang ke negeri kami. Kerajaan Johor telah menguatkuasakan satu arahan baru  tatacaraya berpakaian bagi wanita.


Diharap jika tidak mahu dikenakan tindakan, minta tidak berpakaian seksi kerana jika anda kurang bernasib baik anda akan ditahan oleh pihak jabatan agama dan penguat kuasa serta diperintahkan untuk mendengar kaunseling dari jabatan agama (Maidam).

Kepada sahabat dari luar, arahan sudah bermula cuma masih belum diwartakan lagi.


Setiap kali tiba waktu solat jumaat, kedai makan atau apa2 sahaja yang berkenaan di arahkan tutup dari pukul 12.30 tgh hingga pukul 2.30 petang bagi memastikan kaum lelaki menunaikan solat Jumaat dan tidak melepak di kedai atau di tempat awam ketika waktu solat.


Mohon sebarkan.

**..Tidak Memakai  Tudung Denda Permulaan RM80.00

**..Membonceng Lelaki & Perempuan bukan muhrim ..
..Perempuan RM 100
..Lelaki RM80.00
..Memakai Seluar Ketat RM120.00.


⭐⭐⭐Undang2 Baharu Kerajaan Negeri Johor


Copypaste . **kalau betul alhamdulillah . biar semua pengkid insaf dan pandai  pakai baju kurung  dan pakai tudung lepas ni heee

Comments