TAKE IT EASY

Harini 28haribulan march , tinggal 2 hari je lagi GST melabuhkan kuasanya dimedan kuasa negara kita . Apa yg dinda lihat ,ramai pengguna jadi kalut tak memasal . Entah kerasukkan apakah yg melanda dibenak akal fikiran mereka disaat ini .

Contohnya tadi , sebelum dinda balik kerumah , dinda sempatlah singgah dipasaraya untuk beli ayam , kerana stock makanan basah dirumah mama dah habis . Memandangkan adik -adik ada dirumah , mama pun suruh dinda balik untuk masak makanan tengahari diaorang .

Tapi ,bila tiba masa nak bayar ,mak aii ,barisan panjang berjela-jela .semua kaunter dibuka namun umat manusia memang begitu  ramai berbaris . Asalnya dinda rasa mungkin saja kaki tangan awam sudah terima gaji , tu sebab mereka pergi shopping . Tetapi bila dinda perhatikan ,la rupanya mereka beli barangan harian sebelum hadirnya GST ! Haishh dengan beli lampin pakai buang 4/5 begs setiap orang , susu yg berpaket-paket , entah apa lagi tah dinda pun tak berapa nak pasti . Yang jelas perbelanjaan kali ini mereka gandakan dari perbelanjaan sebelumnya!

Hmmm kenapa gituuuu . . .tidakkah tindakan mereka tu merugikan diri mereka sendiri ? Misal kata kalau mereka beli barang tertentu sebelum GST , sebagai contoh tv ,  basikal , atau apa-apa je yg kita just beli sekali sekala , itu memang la perlu . Sebab lepas GST memang rugi belinya .tapi  kalau macam lampin pakai buang dibeli sampai 5 bags , tak ke merugikan namanya .hujung bulan nanti nak makan apa?bila duit gaji dah dibelanjakan untuk barangan yg dibeli extra tu ? Makan lampin -lampin tu ke? Cara begini ,secara tak langsung ,pengguna dah menguntungkan perniaga dengan keuntungan  berlipat kali ganda ,siapa rugi?? Pengguna lagii . . .hmm


Cuba buat rileks je ,beli macam biasa je . At least duit baki tu nanti boleh buat beli benda lain pulak . Dah la barang mahal ,korang beli tak ikut keperluan . . Hmmm membazirkan namanya .

Korang beli banyak-banyak pun ,GST tetap jalan kot ,so janganlah kalut , jangan panik ,sebagai pengguna , korang kena bijak ,duit tu duit korang  , kalau dah hujung bulan nanti , kalau pokai ,ada orang nak coverkan ke ?? Hmmm  mana mungkin .

Hal ni pun sama macam kes bila harga minyak naik , berpusu - pusu manusia beli minyak kasi penuh tank , sampaikan jem jalan sehingga memggangu pengguna jalanraya yg lain , padahal paling banyak pun isi ,cukup untuk 2/3  hari kalau kereta (full ) habis tu nanti ,tak ke kena jugak isi lagi minyak nya? Kena jugakkan . Haaa dengan harga yg baru naik tu kan? Menteliti orang Malaysia  memang bermacam -macam , susah kita nak standard kan ,tu sebab kita selalu jadi mangsa  buli oleh perniaga - perniaga yg kepala otak mereka takde ingat lain , duit, duit ,duit , hmmm

Comments