U MY EVERYTHINGS

Layan si bunga hati memang letih . Malam buta camni nak makan bakso katanya ,tekak sakit tak selera nak makan nasi kat rumah . Dinda rasa badan dia pun panas jugak , nasib dah besar panjang ,so tak payah la pakai cool fever kat dahi heee

Bunga hati memang  sorang adik yg manja . Adik bungsu dinda selalu gaduh sebab kakak dia yg sorang ni terlebih -lebih manja katanya . Sehinggakan dia takde peluang nak manja dengan dinda . Untunglah dapat adik -adik yg manja camni sebab kalau tak jumpa orang kat luar pun tak kesah sangat sebab kat rumah pun takkan rasa bosan punya heee

Sejak bunga hati balik dari PLKN  dia memang dah jarang keluar rumah memalam ,kalau keluar pun mesti dengan dinda ( kakaknya ) mungkin ada hikmahnya dia duduk kem tu . Dia lebuh perihatin dengan family . Hebat !!

Tapi paling hebat bila dia dalam biliknya ,dan dinda di bilik dinda or ruang tamu rumah kami tapi masih guna khidmat wechat utk berinteraksi hahaha melampauuuu

Selalunya dia akan voice call ,chat  kat komen atau video call hahaha  padahal kalau kentut pun sama-sama dapat dengar ,sama -sama dapat bau heeee


Kadang kala dinda malas nak layan telatah dia tapi dari dia cari orang bukan -bukan untuk ajak sembang haaa lagi parah . So dinda layankan je lah hmmm

Adik beradik itu umpama air yg dicincang takkan putus , umpama cubit peha kiri ,peha kanan terasa juga ,dan kami memang rapat sejak akhir-akhir ini .alhamdulillah . . . .siapa tak sayang adiknya kan .


Comments