CUTI



Cuti belum bermula tapi halaman rindu dinda kian menyepi .

Manakah haruman bunga yg mewangi ?
Manakah kicauan burung yg menyanyi ?
Manakah indahnya sang pelangi ?

Apakah esok menjanjikan bahagia . . . ?
Apakah esok melabuhkan ceria . . .?

Entah ,dinda pun tak pasti . Apa yg jelas , esok cuti hari pekerja dan ahad cuti sempena wesak day . Selamat bercuti awak . . . 

SEORANG ORANG

Hi there . .

Menjadi seorang orang , bukan semudah menjadi orang-orang ditepi batas sawah. Untuk jadi orang-orang ,kita cuma  pacakkan je sebatang kayu , sarungkan baju buruk , letak penutup dikepalanya , dan biarkan je ditepi batas bertahun-tahun . Lantak lah ! Hahaha namun ianya tetap berfungsi dan bakti kepada pesawah-pesawah , kan?

Tapi menjadi seorang orang , selain kena turut kata kehendak naluri  sendiri , seorang orang jugak kena menurut permintaan demi permintaan dari orang disekeliling hidupnya . Sama ada kenal atau tak , setiap orang yg disekeliling mesti punya permintaan masing-masing .

Ada sesetengah orang  dia paham  bahawa tak semua kehendaknya perlu dipenuhi , tapi ada juga yg malas nak paham kan kepahaman dirinya utk lebih memahami , so dia akan sebut lagi dan lagi dan lagi pada apa kemahuannya sampai dia hilang ingatan . Tu pun kalau lah hilang hahaha what the fish !

Pada dinda , hak orang , privacy orang ,siapa kita nak memaksa . Ye dok ??

Tapi ,jujur cakap , jatuh cinta bukan paksaan dan setiap orang layak utk bercinta  kalau cinta yg dihulurkan itu benar-benar ikhlas utknya .




BUNGA HATI




Petang 6 :45

Bila someone dah berjaya buat dinda tersenyum , hati ini dah mula berbunga kembali .mungkin tak seindah bunga-bunga yg mekar ditaman rashidah utama ,namun dia masih kekal mewangi .

Sebut pasal bunga ,tetiba teringat Bunga Hati dinda si Mia izzara . Sejak duduk Singapura  ni ,rindu kat dia bukan lagi pura-pura. Buktinya setiap pagi dinda akan call dia ,takdapat pakai no handphone ,dinda call pakai whatsapp mama ,tak dapat diwhatsapp ,dinda call guna wechat  ,dinda akan cari dia sampai dengar suara ceria dia tu . Well . Walaupun kadang -kadang nampak macam suara jantan hahaha opss. . .sorry dear yelahkan ,suara orang baru bangun tidurkan serak-serak gitu . .heee

Dulu ,masa duduk satu rumah , gaduh jangan cakaplah ,perang kat Gaza pun tak sehebat perang kami berdua . Tapi bila part ngada-ngada , pujuk rayu kami kalah pujuk rayu romeo and his juliet hahaha Well . .tu dulu ,zaman kali belasan tahun .

Dan harini . . Bila 'Putera' cakap . . Untung awak dapat adik yg caring dan rapat dgn awk ,dinda hanya mampu tersenyum dan hati mula rasa sebak ,sebab masa tu , rasa nak peluk je Bunga Hati ,supaya jangan pergi  jauh dari dinda . Dan dinda janji , tak akan marah-marah Bunga Hati dinda lagi . . . Ye. . . Rindu sangat kat dia . Nasib ada wechat ,lepas jugak rindu ,walaupun kadang kala gurau dia buat dinda mengalirkan airmata .

Tapi dinda tau . .si lurus bendul tu sudah besar ,sudah 20 tahun hidup dan sudah tau mana baik dan buruknya perangai yg boleh dia ikutkan . Nampak je macam singa lapar ,tapi  siapa yg rapat dgn dia taulah ,macamana sensitif dan jujurnya si Bunga Hati dinda ni .

So . .lepasni memang takan ada marah-marah lagi utk bunga hati ,tapi hanya rindu dan kasih sayang yg padu . . . .

Opss . .siapa PUTERA ?? OK nanti kita gossip ye ? Haaaa . .

Senja 7 :03 . . Sebak dijiwa . . . .

THE REALITY


Rindu ? Ok fine ,sejujurnya memang rindu , tapi disebabkan dinda terlalu banyak urusan didunia reality ni , akhirnya satu keputusan dah dinda buat . . . .



" Offline semua laman sosial milik dinda . . Ada umur kita jumpa lagi . . . . Sekian terima kasih "







DINDA DIHALAMAN RINDU ?


Selasa lepas , balik je dari kerja ,satu badan dinda lemah ,letih ,lesu tak berdaya . Kenapa jadi gitu , dinda pun tak pasti puncanya .yang dinda tau , selera makan turut hilang , entah kemana perginya agaknya . Situasi ni bukan macam demam ,suhu  badan ok je tapi dalaman macam kosong dan lemah longlai tak berdaya . Minda pun jadi blank all the  space

Lepas mandi dan minum petang ,dinda dah tak boleh buat apa-apa lagi , apa yg bermain diminda saat itu . . .ialah tidur ,ye dinda perlu tidur sepuas - puasnya . Dan memang betul ,lepas je azan isyak ,dinda entah kemana melayarkan bahtera impian dan akibatnya kelesuan itu  ,dinda akhirnya tidur hingga ke pukul 6:30 am itu pun bila dengar suara mama menjerit  terkejut :

" eh budak ni tak bangun lagi????! Astagfirullah halazim , ni tidur ke pengsan??! Sihat ke tak ni ? Nak rest ke ? Cuti ea ? "

Sebenarnya ada banyak soalan mama yg dinda tak taip kat sini  ,sebab dinda lupa ,maklumlah kan tengah mamai baru tersedar dari tidur yg panjang .

" ermm . . Kerja la ma , alarm tak bunyi ,tu yg tak sedar tu , orang sihat je ni , ok la ,nak pergi mandi dulu ,dah lambat dah ni "

" eh , boleh dia salahkan alarm pulak ek?" Mama terus beredar dari bilik dinda . Dinda cuma senyum .  Dengan muka baru bangun tidur  tu , masih sempat lagi jeling cermin dinding  , perh . . . Sweet doh thats girl smile today , sambil kenyit mata kat awek dlm cermin tu . . .


"Hahaha jangan cakap dinda tak payung diri sendiri eah " haaa



Bunyi alarm pukul 4 pagi  memang sumpah dinda tak dengar lagi pagi tu ,tetiba dah pukul 6:30 pagi je . . .Hahaha mana perginya pukul 4 , pukul 5 , yg selalu alarmnya berbunyi tu ? Apakah mereka jugak tertidur dgn keletihan seperti dinda ??? Arghhh soalan sengal ! Dah terang - terang dinda tidur mati ,mana nak dengar alarm menjerit-jerit  time 4 dan 5 pagi tu !

Uishh tidur mati sangat merbahaya jugakkan ,kot datang orang minyak masa tu ,disapunya minyak dagu atau  minyak pelincir kat dinda , hmmm . . . jawabnya memang tak ada lagi lah awek comel yg manja  lemak berkrim menaip diblog ni . .  Alahai seram pun ye jugak ni , dalam hati Allah je yg tahu "


Dan harini hari khamis , dinda dah sihat kah?? Kalau tak sihat ,takdenya dinda nak melepak dihalaman rindu ni . . . Ceceh nama baru sey blog i . . . " DI HALAMAN RINDU " gituuu . . Haaa , jangan jeles okay  . .


Dan harini jugak ,segala puji bagi Allah ,Tuhan yg mentadbir sekelian alam kerana telah pulangkan semula kesihatan dinda yg hilang beberapa hari lalu .

Alhamdulillah ,tengs Allah ,love you so much ~

JUM MEROYAN



Jdt 3 - Kelantan1 . . Itu cerita malam tadi  lah dan siang ni kita dah jadi  1 Malaysia semula ! Dapat  3 kah , dapat 1 kah , kita semua tetap kena beli barangan yg ada GST  dinegara ini . . .  Ahh  . . .Tu pun kisah yg dah tak hot , maklumlah kan dah masuk hari yg ke 19 , orang ramai pun dah letih merungut , ok la , diam lebih baik dari cakap dengan  dinding !Pesan dinda " mereka " yg amek kesempatan ,sila abaikan ! Duit dari purse awak duit awak !! ** erk . .  ini jarum baik punya **


Awak . . . Siapa kita nak mengubah takdir ? Ye ,kita bukan siapa-siapa .

Siapa kita nak mengubah paras rupa ?Bersyukurlah pada keindahan wajah tu ,tak perlu diubah bulu kening seperti hagemaru

Siapa kita nak mendesak orang utk kasihkan kita ,sayangkan kita , rindukan kita ,Sedangkan kesemua perasaan  itu hadir dalam diam ,tanpa disedari oleh sesiapa .

Ishhh . . .janganlah nak salah sangka ,Kata cinta itu buta ,sedang merindu pun sakit ,menyinta lagi lah perit !

Ramai terjerumus dilembah asmara ,namun hakikatnya kecewa . Punca tak dapat dikesan , risiko kena lah tahan , segalanya berkemungkinan  .

Awak . . Sebenarnya dinda nak beritahu ni , jauh mana jarak dinda dengan awak ,sikitpun tiada benci atau bimbang dihati ,kerana keikhlasan yg dulunya menjadi tunggak jiwa ,memang masih kukuh dirasa .

Ini bukan madah berhelah ,tapi ini luahan perasaan peminat Nestcafe tarik homemade air tangan sendiri , jangan mimpi minum luar lagi ,19 hari dibelenggu GST

Argh . . . Aku sayang kamu  ,manja . . . Jum ngeteh ~

UNGKAPAN BUKAN KHAYALAN



Mungkin rindu tak seindah kata ,tapi ia ada
Mungkin resah tak seindah khabar , tapi pasti menular
Mungkin cinta tak seiring jiwa ,tapi ia membara
Aku yg lemas didalam kabus hati
Mencari jalan keluar dari kemelut asmara ini
Menggapai rindu yg kau sangkutkan  dikamar hatiku dulu
Mencari indah sebaris helah yg kau carik-carik hingga berdarah
Mungkin kau tak menyangka
Dalam senyumanku ada terpatri rahsia
Dalam senduku ada nama indahmu
Dalam diamku ada sebuah doa ku tuju
Mohon Allah berkati usaha kita
Mencari sebuah erti cinta yg hilang
Yang pernah kau ungkapkan sedikit masa dulu
Dikala aku bertanya jujur padamu
" masih kah kau sayangi aku ? "

Lyenda Lyen -Johor Bahru,Johor

DINDA KUAT CEMBURU ?


Amat sulit bila dapat pasangan yg kuat cemburu . Antara kasih dan kasihan , mangsa keadaan sering menjadi mangsa cemburu terus-terusan . Ini agak tidak adil disisi undang-undang jiwa . Mangsa dan pemangsa tidak dapat hak yg sepatutnya .


Kalau orang cakap ,cemburu tandanya sayang ,agak pelik kalau sebab sayang jugak banyak ikatan perkahwinan ,percintaan musnah angkara cemburu . Hidup jadi kacau bilau , kerja tak terurus , penampilan nampak serabut , dan gaya hidup pun agak tidak menyihatkan !


Dinda sorang yg kuat cemburu ?

Yaaa . . .dinda seorang " cemburu tegar " !! Yey . . Dah macam penagih tegar pulak lagaknya kan . Bytheway dinda memang kuat rasa cemburu bila . . .bila . . .bila mana ada seorang orang boleh tahan dengan perangai pasangannya yg macam-macam , dia masih bajet ok jek , sepertinya takde apa-apa yg berlaku ,padahal pasangannya dah buat dia macam-macam dah . Arghh . .tabahnya kau duhai manusia , kalau dinda lah dapat pasangan yg kuat buat perangai ni , memang " carik lain lah " ahahaha ***gelak kurang ajar


Dan someone yg dah close dengan dinda sejak 3/4 tahun lepas , ada tanya tadi . .

" kak ,kenapa kau tak kawen-kawen lagi ek ? Kau jual mahal sangat ke ?"


Hmmm . . Semuanya bersebab beb ,  perkahwinan bukan aktiviti suka-suka ,atau sekadar mengisi masa lapang . . . Ade jodoh tak kemana kan ? * smile goat* heeee



STILL UNWELL

Blog dinda dah sepi . . .tak macam selalu ,riuh je memanjang . Bila si bunga hati dah jadi perantau , dinda makin busy menguruskan kehidupan ni , termasuklah dengan kerjajaya ditaska , urus kerja dirumah , study dikolej dan tanggungjawab sebagai seorang kak long .


Minggu lepas dinda tak sihat lagi dan tiba - tiba dinda rebah ditempat kerja , kemudian ayah hantar dinda ke klinik  ,kata doktor handsome dinda kena lebihkan rest . Hmm

Dalam dunia ni ,kalau asik nak fikir pasal rest ,memang tak jauh la jalannya . Dengan kudrat sorang perempuan comel dan penyayang ini ,dinda akan teruskan juga usaha semua yg dinda ada ni . Sakit ???? Ubat kan ada . Dan lagipun ,sakit tu kan penghapus dosa kecil ,so memang dinda kena redha .


Dan harini ,dinda masih "unwell . . . . "

LIRIK PELIK BIKIN JIWA MAKIN KACAU


Mau jadi apa? Mau jadi hantu ? Atau jadi buaya ? Terpulanglah . . . Heee itu antara lirik lagu yg dinda dengar diradio tadi . Err . . . Er . . Kenapa ek lirik lagu sekarang dah macam mak kita membebel je ek?

Kalau layan lagu ' nama gua said gila '  haaa lagilah gila bila di hayati liriknya . Habis keluar anggota luar dalam manusia , hee . . Apa pun semua tu adalah hasil kreatif pencipta lagu  ditanah air kita . Sebagai pendengar ,kalau awak suka layankan je ,kalau tak suka , tutup je radio awak dengan bantal , kompem tak dengar lagu yg awak tak suka tu . Mudah? Yaa semudah mudah.com ! Hehe

Ok , tu cuma dua je lagu yg agak pelik dinda dengar untuk harini ,lain-lain tu ,macam takde lain ,cinta ,cinta dan cinta . . Muak deh !!


 Sejujurnya , setiap lagu itu ada ceritanya . Begitu jugak dengan dinda . Setiap entri ada saja kisahnya . Dan hari ni ,dinda hanya layan radio seharian sebab jiwa ada sikit kacau  , tu yg timbul idea nak bisik -bisik pasal lirik lagu ni .

Awak ada idea ? Bagaimana awak manafaatkan idea awak tu ? Dituliskan kah? Ditaipkan kah? Diadunkan kah? Atau dirakamkan kah? Yg penting idea awak tu tidak dikenakan GST ,kah3  . . .adeh , Gastrik Statik Terussss . . . Erhhh .


KAWAN MAKAN KAWAN


Week end ! Yey ! Tapi dinda kena kerja demi mencari sesuap nasi . Kalau dua suap tak muat mulut ,sebab bibir dinda ni nipis dan mulut dinda  kecil . Heeee sungguh la ,tak tipu  haha *perasannyaaa*


Sorang kawan ! Apa function ?

Truly sorang orang yg dipanggil kawan itu ada banyak jenis perangai . Kalau awak perhati dalam kelompok kawan yg selalu ada disisi kita di saat  nama kita sedang meningkat naik , mereka lah teman bergembira ,merekalah penaik semangat dgn pujian-pujian indah , yg kita sendiri hampir tak perasan sama ada pujian itu ikhlas atau hanya saja - saja nak menunjuk baik didepan kita . Apa yg kita rasa mereka memang kawan kita  , walaupun ada keburukan yg  kita lakukan mereka tetap  kata " its oklah , betullah tu , kami sokong anda " ohh tidak , ini bukan kawan yg real kawan , inilah gunting dlm lipatan  yg boleh menikam awak dlm diam.

Eh . .kenapa dinda cakap macamtu?

Contoh la ea , kita cakap mengarut-ngarut pasal seseorang ditimeline,  kita  marah sangat - sangat dengan dia , pastinya akan keluarlah ayat -ayat yg tidak elok untuk orang tu kan ? Yelah , tengah marah ,pastinya timeline tempat melepaskan amarah tu ,ye dak?  Haaaa masa ni lah awak dapat kenal siapa " kawan" , siapa " lawan " .

Kalau si dia asik dok sokong je tindakan kurang bijak awak , tulah dia " lawan " kerana sepatutmya dia menasihati awak , menenangkan jiwa awak yg sedang serabut tu , ni tak , dia lagi  nak up api kemarahan awak dgn ayat-ayat berapi hingga menyala -nyala apinya . Dan makin terbakarlah jiwa nurani awak tu ,kan?

Dinda nak tanya rupa itukah kawan??


Kalau awak dlm keadaan bertenang ,sila baca semula status lama awak yg mana berbaur nagetif , siapa yg sokong ,siapa yg menegur tak berpuasati  , siapa yg hanya memerhati saja komen dan hanya mampu like status awak tu .

Awak  . . . yang menegur itulah kawan awak yg sebenar . Sebab dia tak sanggup lihat awak mengambil tindakkan melulu dan dlm masa yg sama bakal mengaibkan diri awak sendiri . Kawan macam ni selalu buat kita sentap dan feed up . Tapi mereka lah kawan yg betul -betul kawan dan mereka tu 'sayang awak sangat-sangat' . . Percayalah  .

DUGAAN LAGI

Harini bahu dan tengkuk  dinda sebelah kanan sakit  ,mungkin sebab posisi tidur yg salah malam tadi . Masa nak beri salam masa solat subuh pagi tadi  , salam pertama dah kantoi . Tak boleh toleh .peh . . .sakitnya jangan cakaplah . Berair mata nahan sakitnya .

kata mama ,pergi ambil bantal yg dinda guna ,lepastu selawat 3 kali ,kemudian ketuk tempat yg sakit tu . Dinda dah buat dah tapi masih sakit lagi . .atau . . Dinda salah ambil bantal kot? Sebabnya dinda ni kalau tidur malam ,tak cukup 3,4 biji bantal memang tak lena tidur heeee .

sekarang ni pun bahu , dan pangkal  leher sebelah kanan still keras macam kayu kalau nak menoleh atau buat kerja . Hmm jadilah robot seharian dinda ni rasanya . Bytheway .. robot ni masih comel walaupun bahu dan pangkal lehernya sakit . Heeeee


 **pujilah diri sendiri sebelum orang lain memuji **


Seriously sakit tau haaaa . . Nak nangis malu pulak  dengan budak - budak kat taska ni . Adeh .sakitnya tuh dibahuuuu . . Arghhhh . . .!!!





MALAM YANG LAPAR

Pukul 12.25 pagi,  tadi dah terlelap , tapi tepat pukul 12.00am mata terbuka .entah kenapa agaknya dan tiba-tiba perut pun terasalah sangat lapar . Tanpa disuruh , selera membuak-buak mengidam nak makan sesuatu yg dipanggil ' chicken chop ' . Capai handphone dan call tokey chicken chop yg beroperasi dekat dengan rumah dinda . Dan hasilnya ye ,kedai dia masih buka ,lalu dinda pesan 2 set  chicken chop !  Bila siap dimasak , tokey kedai yg punya dua isteri dan 10orang anak pun call dinda . " dik , 2 set sudah siap ni " !!

Dan dinda pun bergegas kekedainya yg ambil masa 10minit kalau berkereta sebelah malam . Maklumlah kan malam kan lengang je jalanraya . Sampai sana ,isteri kedua abang tokey sudah sedia menanti . . Lahai comelnya lebih muda dari dinda kot . Dia senyum je dan berkata " siap dah kak lyn punya ni , semua sekali rm 18.00 ." Tak tidur lagi ke kak?? " soalnya sementara dinda keluarkan duit dari purse .

"Ah? Tidur ? Dan tidur dah , ni baru bangun ,lepastu rasa lapar ,tu yg call buat order tu . .heee"

"Oooooh . . .patutla mata sembap . ." Eh! Budak ni dalam cahaya samar -samar dia nampak pulak mata dinda ni. 

" heeee . . . Tu mata orang lapar kot , hmm terima kasih ye , selamat malam "  jawab dinda sambil bergegas berjalan menuju ke kereta .

"Ok ,sesama , hati -hati bawak kereta ,malam dah ni " pesan tokey kedai dan isteri dia dok perati dinda sambil tersenyum . Dan pelanggannya yg makan disitu juga memerhatikan dinda jugak ! 


"Adeh . . . Kenapa kah? Apa yg aku tak pakai malam ni ???" Detik  dinda , tapi dalam hati hmmmm maybe diaorang tak pernah nampak dinda berbaju tidur keluar rumah kot . . . Ahh bersangka baik lah . Yg penting perut kena kenyangkan sebelum mimpi malam ni .





MENGIGAU









Carilah yg sempurna buatmu
Carilah yg boleh buat hidupmu lebih  tenang
Carilah yg mendamaikan jiwamu
Carilah yg terindah dimatamu
Carilah yg lebih memahami duniamu
Carilah yg terbaik
Carilah . . . .
Carilah . . . .
Carilah . . . .
Dan jangan cari aku lagi









Gudnite . . 

WARKAH BALASAN DARI DINDA

Hi kandaku yg handsome, misai tebal ular sawa , suami yg ku cintai dunia akhirat ,dulu ,kini dan selamanyaaaa . . . .

Terima kasih utk warkah sweet giler haritu . Dinda nak balas memang tak sempat sebab tugas-tugas dinda bukan hanya untuk balas warkah kanda je , dinda kena basuh baju , sidai baju , kena kemas rumah ,kena mop lantai , sapu sampah , basuh anjung , halau nyamok ,kemas bilik tidur ,jaga anak , mandikan anak,  buatkan susu anak ,angkat jemuran ,lipat baju , basuh toilet , siram pokok bunga , basuh kereta , dan last sekali duduk kat dapur . Tu sebabnya kalau dinda goreng ikan jadi arang ,goreng telur hangit , goreng nasi termasin . Semuanya berpunca dinda masak sambil-sambil buat kerja lain . Ermm kanda bukan tau pun ,kanda duduk office , dinda kat rumah ni dah macam berperang dah . Tu nasib anak kita baru je 3 , kalau 13??? Mati mata terbuka dinda tau ermm . . .mencik tauuuu  , kanda suka fikir dinda duduk rumah goyang kaki macam mem .


Kandaku ,pasal cukai mukai tu ,kanda janganlah bimbang , dinda dah lama dah buat research , apa tindakkan yg perlu diambil bila harga barangan dinaikkan . Dinda tau suami dinda bukan jutawan , so dinda rasa ada baiknya lepasni kita beli mengikut keperluan dan bukan ikut perasaan .

Pasal baju-baju dinda yg dah macam butik bundle tu ,kanda jangan risaulah ,nanti kalau dinda free , dinda nak cari baju lama yg masih elok ,dinda nak jual kat online , dinda nak " letgo" je sebab sekarang dah trand orang cari baju-baju branded yg sedia utk letgo macam tu . Kat facebook pun ada group letgo katanya ,dan perkembangan sangat positif sekarang ni . Nanti kita bincang pasal ni ea kanda?

Dan . . Pasal tak payah makan kat kedai tu , ermm okla okla ,nanti dinda tutup selera dinda ni kuat-kuat supaya tidak terbuka lagi selera untuk pergi makan luar . Tapi kalau sekali sekala why not kan?  Dinda janji ,takkan ada permintaan makan luar hari - hari lepasni . Semua ni sebab dinda pun sayang sangat -sangat kat kanda tau .

**Kalau tak sayang ,tak ingin aku kawen dgn kau dulu ,huh !**cakap dlm hati.


Kanda  ohh kanda . . .kanda percaya kadaq dan kadarkan? Kanda percaya dosa dan pahala kan? Dan kanda percaya pada rezki Allah kan? Haaa kalau macam tu , percayalah GST  tak akan mufliskan kita , tapi ianya akan beri kita kesedaran yg selama ini kita dah hidup terlalu banyak membazir dan buang duit ! So , dengan GST ,mungkin Allah nak duga kita ,sejauh mana kita akan insaf dengan tabiat buruk kita selama ini . Mungkin juga GST akan mendidik kita jadi orang yg lebih berhati-hati bila berbelanja ?!  aaa siapa tau ? Ye dok??

Macam kanda tu jelahkan ,cukup-cukuplah solekkan kereta kesayangan kanda tu ,tak payahlah dimake up tebal-tebal , asalkan tak rosak ,boleh jalan , dinda rasa syukur sangat - sangat la kanda oi . Lagi satu , ermm tak payah la asik lepak kedai kopi lepas balik kerja , biarlah dinda je buat kopi kanda tiap  hari , bukan apa ,nanti kedai tu kenakan charga GST  utk elektrik dia dan wifi ?? Haaa naik pulak harga kopi tarik nanti .dan lagi satu ni , udah-udahla hisap rokok seludup tu kanda , bukan je tak elok utk kesihatan , tapi barangan larangan kerajaan jugak tu . Membazir tau buat kerja sia-sia dan terlarang ni . Haaa dinda nasihat je ni , bukan nak tunjuk bijak kat kanda tau .

Kanda . . Ni satu hal nak tanya ni , ermm kanda ada main whatsapp dengan anak pengusaha taska NurQaseh eaaaaa . . Aaaa cakap jujur dan ikhlas kanda eaa ,jangan macam -macam ,kalau dinda tau kanda ada main whatsapp dengan dia , aaaa siap laaaaa ,tido luar la malam ni !! Eeeee mencik ! Tak suka tauuuu   . . . ermmm dah la budak tu sombong dgn dinda , ermm tak berkenan langsung !

Ok la , dinda nak mandi dulu ,lepas siap masak ,berpeluh lagi ni ,make up dinda yg dinda pakai masa teman kanda makan sarapan tadi pun dah cair ni . Kanda ! Harini dinda masak  rendang daging dan sayur kobis masak lemak ,ikan goreng ,ikan masin ,sambal sotong ,sambal belacan ,dan  yg pasti ikan goreng tak jadi arang hari ini heeeee


Love u . . . 

PASAL WARKAH KANDA HARITU

Hai awak
Ramai terkejut unta bila baca entri dinda yg sebelum ini . Ada yg kecewa ,ada yg mengeluh ,dan ada yg menyampah . Kenapa kata awak ?? Yelaa sebab warkah dari kanda  tu so sweet dan ayat kanda untuk dinda sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan hingga melekat disanubari katanya heee **dinda saja nambah ayat ni **

Sebenarnya itu warkah bukan ditujukan untuk dinda yenda yen pun . Ishh kalau lah dinda dapat suami yg hebat  kata-katanya seperti  didalam warkah itu , kompem dinda tak  curang laa . Ayat dia memujuk tu dah boleh buat seluruh wanita diMalaysia ni jadi cair tau . .haaa tengok je  dalam warkah tu baru je mengayat  supaya isterinya masak sendiri dirumah, dan tu  pun dah macam memujuk isteri ajak masuk bilik "lipat baju " hahahaha ada sesuatu  tersembunyi didalam ayat bertanda ( " ) **hati-hatilah**

Warkah itu adalah atas pengalaman dinda berjiran dengan pasangan dimana ,isteri dia memang "hot" . Cantik ,mabeles ,dia punya jalan bikin mata jiran lain juling ,dia punya senyum buat jiran tetangga hilang selimut . Hahaha " selimut tetangga"  dia punya suara bila berkata -kata buat jiran semua terigau - igau tapi sayangnya . . . .tulah kan , masak mee maggi pun kena tengok resepi , Jerang air pun hangit , goreng ikan tapi jadi arang !!

Haaa ni dinda tak cakap eah tapi suami dia yg mengadu kat dinda dalam whatsapp !! Eh !! Hahaha no ! Kawan suami dia yg cerita kat dinda dalam group whatsapp laaa .haa tu dulu - dulu masa dinda  ada install app whatsapp kat hp dinda . Tu sebab dinda uninstall whatsapp lagi sebab tak nak jadi hamba gossip . . **dan kini , amannya duniaku**

awak , agak-agak awak apakah kata isteri 'kanda' tu bila dia baca warkah dari suaminya tu kan . Hmm nanti kalau ahli mesyuarat tingkap pass kat dinda , dinda janji ,dinda akan share kat awak ok?

apa pun , pada dinda lah kan , rezeki kita hak kita ,kalau takde GST  pun , kalau kita dah ada rezki kita cuma paras tu , tak payahlah nak salahkan sesiapa lagi , Allah tu maha adil dan saksama , Dia tahu ,pada siapa yg layak diduga , pada siapa yg layak menerima rezki melimpah atau sedikit demi sedikit ,yg pasti tiap orang , tiap hàmbaNya memang sudah tertulis rezkinya .

Dan apa yg perlu sekarang , sebagai pengguna , hati - hati jangan sampai ditipu oleh perniaga - perniaga yg tidak memdaftar GST  tapi sewenangnya mengenakan charge GST . haaa check resit pembelian . Cari maklumat mengenai GST dan fahamkan .


tadi dinda beli gas . Kalau dulu uncle tu suruh dinda bayar rm28 setong tapi tadi dia kata rm30 untuk gas yg dinda pesan . Hahahaha nasib baik uncle tu satu agama dan orang yg lebih tua usianya dari dinda . . . .kalau tidak . . .





WARKAH KANDA UNTUK DINDA


Assalammualaikum kesayangan kanda . .

Dikejauhan ini , pada detik ini , pada hari ini ,kanda tau dinda rindu kanda sangat-sangat kan ?  Ermm kanda pun sama ,rindu dinda every moment tau . Padahal malam tadi kita dah jumpa dah kat rumah ,kat bilik ,kat meja makan ,kat ruang tamu , kat bilik mandi dan kat dalam mimpi . Kan dinda ? Yup ,every second hanya dinda diminda ini .

Hari ini kanda jugak tau bagaimana naluri dinda bila GST sudah pun  dijalankan kat negara kita . Ermm bersabarlah sayangku , bukan kita sorang duduk kat negara ni . Pendatang pun tak kecoh bila kerajaan nak buat GST ni . Kenapa sebagai warga negara kita nak bising - bising pulak kan . Kesah pulak diaorg pasal GST  ek?

Sebenarnya malam tadi kanda nak pengsan gelakakn dinda ,bilamana dinda ajak kanda berhijrah keluar negara . Kata dinda duduk jejauh ,nanti hati tenang dari kemelut yg menindas rakyat kat negara kita ni . Dinda oh dinda ku sayang , awak nak pergi mana lagi , sekarang ni seluruh dunia ni rakyatnya kena tindas sayang . Seluruh dunia pemimpinnya lebih pentingkan kuasa ,errr . . Tp bukan negara Brunai ye ,sebab kanda respek pemerintahan diBrunai tu ,dia lebih takut kuasa Allah dari segalanya . Tak macam pemimpin-pemimpin lain . Hambar je kanda tengok kalau cakap pasal takutkan Allah


Dinda kesayanganku . . .sempena GST ni ,ada baiknya kita buat perancangan hebat , nak tak ? Errr . . Maksud kanda ,apa kata lepasni ,tak mau dah shopping -shopping tu ,sebulan sekali alright la jugak but janganlah setiap minggu sayang ,kopak la tabung kanda hmmm . Lainlah kanda ni keturunan jutawan popular ,tak habis harta 7 keturunan , tiap jam dinda nak shopping pun kanda 'halal kan' heeee semua ni sebab sayang sangat-sangat la ni . Lagipun , kanda tengok bilik kita tu dah serupa butik dah ,so lagi elok ,janganlah sayangku nak bercita -cita bukak mall pulak dalam bilik kita ye sayang ? Ermm nyamok banyak laaaa . Sakit ft gatal tau kanda ni kena gigit nyamok ,haaa nanti kanda dah 'gatal' dinda jugak yg risau sepanjang saat .

Dindaku . . Dengarkanlah luahan kanda ni . Jangan la risau ,GST tak akan kurangkan kasih sayang kanda kat dinda . Kalau dinda pandai 'panaskan' dapur kita , kanda rela pergi pasar tiap hari sebelum kanda pergi kerja . Kanda tau ,kesayangan kanda ni pandai masak sebenarnya cuma ada satu penyakit dah memularkan dlm diri tu? Haaa nama saintifiknya "malasetreotopikiko" atau dalam bahsa pasarnya " lazy" kehkehkeh .


Dinda sayangggggg . . . Kanda dah muak makan nasi kat luar . Makan mee udang lah ,makan mee bandung lah ,makan kepci lah ,mcdaddy la ,hmmm semua tu kan kita dah hadap hari -hari masa remaja dulu ,masa couple dulu - dulu . Haaa lepas tu kalau dinda rindu mamat bangla tu ,riuh je dinda ajak kanda lepak restoran mamak , ala ,kanda rimas la sayang ,makanan tu entah suci ke tidak tu , tengok bulu tangan diaorang pun kanda dah cuak , tapi dah dinda nak sangat ,kanda kena lah turutkan .padahal tekak kanda kembang semacam je masa menelannya .

Dinda . . .boleh eah masak kat rumah lepas ni? Kalau dinda tak reti ,kanda boleh ajar ,yang penting telor goreng tak hangus , nasi goreng tak terlalu masin ,dan ikan goreng kita garing ,tu pun dah cukup la sayang . Sebenarnya ,kanda pun tak biasa memasak ni ,tapi kanda boleh belajar dengan mak kat kampung la ,apa guna handphone mak ada whatsapp kan ,lagi-lagi sekarang whatsapp dah boleh call , haa layankan jelaaaa .kan3?


Dindaku tercinta . . .dinda taukan gaji kanda pun ciput jek ,duit rumah ,bil ,hutang kereta ,semua tu senarai wajib untuk gaji kanda . Tu belum nak bayar cukai-cukai setiap tahun tu . So harapan kanda ,dapatlah kiranya dinda adjust permintaan nafkah zahir dinda lepasni , tapi jangan pulak mintak adjust nafkah batin , jiwa kacau kanda nanti sayangggg . .
So ,harap sangat ,sempena GST ni ,dinda lebih memahami kanda  , dan hanya dinda saja yg mampu membantu kanda dlm hal ini , ok sayangku ?

Oklah ,kanda nak sambung kerja ni , kang kena potong gaji ,kena potong GST , apa je yg dapat kita simpan utk hari tua nanti , kan . . Selamat memasak ye sayang , nanti petang kanda pulang ,kita sembang panjang -panjang , i love u my dear ,only u till jannah . . .muaah!! ^_^ .

Byeee . .