Skip to main content

WARKAH KANDA UNTUK DINDA


Assalammualaikum kesayangan kanda . .

Dikejauhan ini , pada detik ini , pada hari ini ,kanda tau dinda rindu kanda sangat-sangat kan ?  Ermm kanda pun sama ,rindu dinda every moment tau . Padahal malam tadi kita dah jumpa dah kat rumah ,kat bilik ,kat meja makan ,kat ruang tamu , kat bilik mandi dan kat dalam mimpi . Kan dinda ? Yup ,every second hanya dinda diminda ini .

Hari ini kanda jugak tau bagaimana naluri dinda bila GST sudah pun  dijalankan kat negara kita . Ermm bersabarlah sayangku , bukan kita sorang duduk kat negara ni . Pendatang pun tak kecoh bila kerajaan nak buat GST ni . Kenapa sebagai warga negara kita nak bising - bising pulak kan . Kesah pulak diaorg pasal GST  ek?

Sebenarnya malam tadi kanda nak pengsan gelakakn dinda ,bilamana dinda ajak kanda berhijrah keluar negara . Kata dinda duduk jejauh ,nanti hati tenang dari kemelut yg menindas rakyat kat negara kita ni . Dinda oh dinda ku sayang , awak nak pergi mana lagi , sekarang ni seluruh dunia ni rakyatnya kena tindas sayang . Seluruh dunia pemimpinnya lebih pentingkan kuasa ,errr . . Tp bukan negara Brunai ye ,sebab kanda respek pemerintahan diBrunai tu ,dia lebih takut kuasa Allah dari segalanya . Tak macam pemimpin-pemimpin lain . Hambar je kanda tengok kalau cakap pasal takutkan Allah


Dinda kesayanganku . . .sempena GST ni ,ada baiknya kita buat perancangan hebat , nak tak ? Errr . . Maksud kanda ,apa kata lepasni ,tak mau dah shopping -shopping tu ,sebulan sekali alright la jugak but janganlah setiap minggu sayang ,kopak la tabung kanda hmmm . Lainlah kanda ni keturunan jutawan popular ,tak habis harta 7 keturunan , tiap jam dinda nak shopping pun kanda 'halal kan' heeee semua ni sebab sayang sangat-sangat la ni . Lagipun , kanda tengok bilik kita tu dah serupa butik dah ,so lagi elok ,janganlah sayangku nak bercita -cita bukak mall pulak dalam bilik kita ye sayang ? Ermm nyamok banyak laaaa . Sakit ft gatal tau kanda ni kena gigit nyamok ,haaa nanti kanda dah 'gatal' dinda jugak yg risau sepanjang saat .

Dindaku . . Dengarkanlah luahan kanda ni . Jangan la risau ,GST tak akan kurangkan kasih sayang kanda kat dinda . Kalau dinda pandai 'panaskan' dapur kita , kanda rela pergi pasar tiap hari sebelum kanda pergi kerja . Kanda tau ,kesayangan kanda ni pandai masak sebenarnya cuma ada satu penyakit dah memularkan dlm diri tu? Haaa nama saintifiknya "malasetreotopikiko" atau dalam bahsa pasarnya " lazy" kehkehkeh .


Dinda sayangggggg . . . Kanda dah muak makan nasi kat luar . Makan mee udang lah ,makan mee bandung lah ,makan kepci lah ,mcdaddy la ,hmmm semua tu kan kita dah hadap hari -hari masa remaja dulu ,masa couple dulu - dulu . Haaa lepas tu kalau dinda rindu mamat bangla tu ,riuh je dinda ajak kanda lepak restoran mamak , ala ,kanda rimas la sayang ,makanan tu entah suci ke tidak tu , tengok bulu tangan diaorang pun kanda dah cuak , tapi dah dinda nak sangat ,kanda kena lah turutkan .padahal tekak kanda kembang semacam je masa menelannya .

Dinda . . .boleh eah masak kat rumah lepas ni? Kalau dinda tak reti ,kanda boleh ajar ,yang penting telor goreng tak hangus , nasi goreng tak terlalu masin ,dan ikan goreng kita garing ,tu pun dah cukup la sayang . Sebenarnya ,kanda pun tak biasa memasak ni ,tapi kanda boleh belajar dengan mak kat kampung la ,apa guna handphone mak ada whatsapp kan ,lagi-lagi sekarang whatsapp dah boleh call , haa layankan jelaaaa .kan3?


Dindaku tercinta . . .dinda taukan gaji kanda pun ciput jek ,duit rumah ,bil ,hutang kereta ,semua tu senarai wajib untuk gaji kanda . Tu belum nak bayar cukai-cukai setiap tahun tu . So harapan kanda ,dapatlah kiranya dinda adjust permintaan nafkah zahir dinda lepasni , tapi jangan pulak mintak adjust nafkah batin , jiwa kacau kanda nanti sayangggg . .
So ,harap sangat ,sempena GST ni ,dinda lebih memahami kanda  , dan hanya dinda saja yg mampu membantu kanda dlm hal ini , ok sayangku ?

Oklah ,kanda nak sambung kerja ni , kang kena potong gaji ,kena potong GST , apa je yg dapat kita simpan utk hari tua nanti , kan . . Selamat memasak ye sayang , nanti petang kanda pulang ,kita sembang panjang -panjang , i love u my dear ,only u till jannah . . .muaah!! ^_^ .

Byeee . . 

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx