Posts

Showing posts from May, 2015

SEMUA SEBAB RINDU SANGAT-SANGAT

Lokasi Muar . . .

Dinda baru lepas makan tengahari disini . Di kedai asam pedas Parit Jawa ,Muar . Dengan nenek , makcik ,pakcik dan adik-adik sepupu . Adik E pun join . Sedap ! Asam pedas ikan merah , tenggiri dan telur ikan mayung yg dinda makan kali ini  dah berjaya buat makan tengahari dinda  bertambah . Ok fine makan banyak !! Haha mesti mendak avanza makcik nanti masa balik rumah . Balik yg sebelum ni tak berkesempatan langsung nak lepak sini sebab mama gerak tengah malam ,kedai makan asam pedas dah tutup entah apa tuan kedai pun dah berdengkur tidur. Heee


Tapi disebabkan dinda bukan blogger travel atau blogger masakan , dinda tak dapat lah kongsi gambar diblog ini apa yg dinda makan tadi .takut salah bagi info pulak .so kalau nak tau lokasi ,sila search google dimana kedai asam pedas Parit Jawa . Kalau jumpa , sila telan air liur lelaju .

Kenapa asik ulang alik balik kampung dinda ni ek ?

Asalnya nak cakap , dinda balik kampung ni sebab dinda rindu orang Muar , eh bukan ! oran…

ABANG KENA KUAT

Throwback . 
Minggu lepas  lepas kelas  4 petang . Dinda sempat melepak  depan taman depan  Universiti  tu sementara tunggu ayah ambil dinda pulang . Al maklum lesen kereta dah dipegang oleh pegawai JPM  aii  ( Jabatan Pengangkutan Mama ai @mama dinda )  So tiap petang ayah akan ada tugas baru , ambil dinda pulang kerumah  . Hmm kesian ayah , berkorban segalanya demi anaknya yg comel ini. . .   XD
Belum panas dinda duduk kat bangku batu , seorang lelaki datang dekat dinda dan duduk berhadapan ,mengadap dinda , dinda kenal dia tu . Abang Razif ( bukan nama sebenar )  beliau abang saudara dinda sendiri . Dia bertugas kat sini jugak . Sebagai apa? Shhh biarlah rahsia . Heee nanti ada orang mengeluh . . . .

Hmm rahsia lagiiiii . . . .hahaha siapa??
Haa orang jawa la tu :P
 ' oii tie , buat apa ni? Tak balik lagi?' Abang Razif menegur dinda bersahaja .
 ' nak balik la ni , orang tunggu ayah ' jawab dinda control cun XD
 ' kereta mana?' Soal abang Razif
 'Heee .…

IRAMA PAGI

Image
Alam bagaikan mengerti ,
Segala yang terjadi
Embun menitis ,berlalu pergi
Pertemuan tiada awal akhir . . .

** semangatmu tetap bersamaku **

KISAH SEKALI PANDANG

Sepintas lalu . . .

Memerhati pada otai-otai blogger yg bertahun - tahun duduk ,jatuh ,bngun dalam dunia blog . Ada yg berjaya ,ada  yg biasa-biasa aja , ada yg cuma ada link , entri langsung takde . Heee biarlah ,mungkin saja ada urusan lain yg lebih penting dari berblog .

Pada abang-abang ,kakak-kakak yg memang mengharapkan blog sebagai sumbar pendapatan ni ,janganlah korang mudah give up kerana mana ada senang datang dulu kalau bukan susah yg awal lagi dah terjah kita kan? Yup susah dulu ,senang kemudian .

Ada orang tanya boleh senang ke hidup berkerjaya sebagai  seorang blogger?? Lebih lagi suami orang . Ada market ke diaorang tu ?

Jawapannya mudah saja :

Kalau rajin terima job , ambil semua yg orang amanahkan suruh promote , kemudian buat pantas kerja promosi tu , ayat kena kreatif , jujur , jangan pilih kawan  , jangan mudah anggap orang lain tu musuh ,  selalu bersyukur , selalu ingat Allah kerana Dialah pemberi rezeki . Dan selalu lah ramah dengan orang ramai . Buang sifat so…

NAK JADI APA ?

Senjakala menjelma dan keresahan makin menghimpit perasaan .
Dinda kena akur bahawa  tiap yg berlaku ada hikmahnya .

marah ?? tak dapat apa.
Menyesal ?? Benda dah jadi.
Sakit hati ? Itu perkara biasa .
Rindu ? Masih ada . . . .

Bila orang tanya , dinda ni nak jadi apa ???dengan manja dinda nak jawab ,
dinda nak jadi " kekasih luar biasa "

Heee . . .

PEDIHNYA SECARIK LUKA

Gerimis sepi . .  . Sejak dari pukul 4 petang tadi  hujan dah turun renyai . Sepertinya mendendangkan irama sedih dijiwa dinda . Lepas kelas berakhir pukul 4 , hati dinda dah mula resah gelisah . Sepertinya ada sesuatu telah terjadi dan bakal terjadi . Tapi apakah ??

Kita tunggu dan lihat saja nanti . . .  Apa yg dinda tahu , ada secarik luka dah mula berdarah dihati kecil dinda ini . Dan melihat pada lukanya ianya agak kecil tapi dalam .hmmm tak boleh ditampal dengan plaster . Letak minyak gamat pun ambil masa untuk pulih . Terpaksa ku rawat luka ini sendiri lagi . . . **pedihnya . . .

BERAKHIR SEBUAH ID

Image
Ok fine !  Tu id wechat Mia zarra . my blood sister . harini atas dasar malas nak peningkan kepala , dinda delete semua contacts dinda di id yenda_yen . so tamat sudah aktiviti alam maya dinda disana . cukuplah beberapa bulan yg dinda harap dapat beri bahagia tapi hasilnya hampa .

Takpe . . . Kalau sebelum ni dinda asyik fikir nak bagi orang bahagia ,nak happy kan orang lain , but kali ni dinda dah give up . Bila mana hak peribadi dinda tidak dihormati . Lebih lagi ianya dilakukan oleh orang terdekat . Kecewa dan hampa sangat-sangat .

Nak buat apa ? Benda dah jadi , orang pun dah tau makanya pasrah je lah kan dan dalam masa yg sama ada lebih baik dinda pergi menjauhkn diri .



Ala lahir pun sorang ,so tak hairanlah kalau mati sorang , makan sorang ,tidur sorang . . .. Haha pasrah gile dinda sekarang ni .

MINTA MAAF YE

Image
Semuanya akan berakhir  . . . . .itu pastinya pada hakikat . Segala yg diimpikan bukan lagi harapan . Selagi dinda masih bertahan , dinda akan bertahan . Namun tak tahu bila titik terakhir akan berhenti . Esok? Malam nanti ? Atau sebentar lagi ?

Akhirnya sebelum jari ini bersara dari menaip , dinda mohon ampun dan maaf jika ada kata - kata yg selama ini menyentuh hati dan perasaan awak . Maaf sangat - sangat.


Letihnya . . .








LEPASKAN IA SEKEJAP

Manusia zaman malenium :

Agak pelik kalau takde handphone
Memang bohong kalau tak tau apa itu SMS
JANGAN nak tipulah kalau cakap takde fb,twitter,wechat,whatsapp ect.
Kereknya dia kalau boleh membebel diblog
Selambanya kutuk orang a.k.a keyboard warrior
Rileks je layan perasaan distatus,moment atau tweet
Surat khabar sekadar pembungkus nasi lemak dan tempeh
Buku paling laku novel cinta dan seram
Parent itu kawan dan kawan dah macam adik beradik
Ramai cucu tak tahu nombor talipon datuk dan nenek mereka
Nombor hp gadis hot dimilik hampir 90%adalah kawan lelakinya
Selfie ,wefie tak payah pilih tempat atau aksi*apa2 pun boleh*
Bahasa tuturkata dah tak boleh diguna waktu jawab exam
Cakap melayu pun dah tak nampak melayunya
Makanan segera lebih sedap dari nasi*konon diet*
Balik kampung cuma raya atau kenduri kendara
Santai rumah tapi mengadap gadget
Lepak dgn keluarga bosan ,lepak dgn kawan2 happening


Hmmm . . . Cuba lepaskan handphone dijari , hiduplah tanpa internet sehari , apa yang awa…

PERJALANAN KITA

Image
Salam syaaban ,jumaat pertama untuk bulan syaaban tahun ini kan?. . .  Awak hafal nama-nama bulan islam? Cuba sebut satu persatu dinda nak dengar la . . .

Alhamdulillah , harini dinda diberi peluang sekali lagi untuk menikmati bulan syaaban ini . Dimana Syaaban adalah antara bulan popular dalam tahun Hijrah .

Sebenarnya setiap bulan adalah popular namun syaaban adalah antara bulan dimana umat manusia muslim meraikannya dengan mempertingkatkan lagi  aktiviti kerohanian . Mereka menceriakannya dengan perbanyakkan amalan , bersedekah ,berpuasa ,membaca al-Quran dan mendengar ceramah ilmu akhirat dimana-mana sudut yg boleh mereka perolehi . Alhamdulillah . . .

Senang cakap ,syaaban ialah bulan dimana muslim pertingkatkan amal ibadah mereka . Mohon kita tergolong dalam golongan yg  tersebut . Muhasabah diri ,bagaimana nak jauhkan  maksiat  . Nak menghindari fitnah , berusaha utk mengabaikan gejala mengumpat . Dan buang sifar  dengki ,syak wasangka , dendam ,khianat , rasuah dan paling kej…

LAZY

Image
sangat letih . . . .gudnite . . . miss you



OVER ACTING

Senjakala . . .  Mentari merah berlabuh diufuk barat . Pedih mata memerhati padanya yg bakal beradu dipuncak bakti setelah lelah memberi cahaya disetiap sudut dunia sepanjang hari .

Jiwa . . . . Antara kekasih dan kasih , dinda  rebah diribaan kasih sayangnya . Setiap saat diburu resah. Jika sekelip dinda  menghilang , jiwa ini sudah rasa bersalah . Antara ribuan yg dipamer dibarisan mata . Cuma dia bermain diminda , cuma dia lukisan dijiwa . Ye , cuma dia . . .

Eh !!


Awak . . . Kalau kita nak buat amal ibadah  memang kena beritahu orang ke ekk ? Sebab dinda ada baca sorang hamba Allah ni dah pergi umrah lebih dari 60 kali dan dia bangga menyatakannya ditimeline  laman sosialnya .

Waallah hualam , Allah saja yg mengetahui pada tiap kejadian . . .

MELAMPAU SANGAT DAH NI

Hujan dah berhenti  tapi langit masih mendung . Hari rabu datang dan pergi . Arhh malas nak fikir banyak lah , esok tetap milik khamis jugak . siapa nak marahkan??? Memang takdenya lepas rabu datang jumaat . .  .hahaha hambar

Sebenarnyakan ,  dinda mengantuk sangat-sangat ni , duduk depan lappy ,tapi idea  zero . Adeh . . .


Ngantuk tahap melampau dah ni haaaa . . . Z . .z. . .

PANGGILAN TENGAH MALAM

Malam tadi , waktu tu dinda dah dibuai mimpi indah . Berada dinegara atas awan , sambil mancing ikan emas warna purple . Belum pun umpan dimakan ikan , mama dah kejutkan dinda .

" kak , kak . . .kawan awk call ni "

Dinda bangun dengan mata yg kelat macam pisang muda .

" siapa ma? "

" entah " mama hulurkan handphone nya kearah dinda .

" hello . . . ." Suara orang menangis . . . . " hello ??  siapa ni ??"

Suara perempuan nangis makin jelas kedengaran dicorong handphone mama tu . Adeh suara tangisan tu cuba dinda kenal pasti milik siapa .

" Jie ? Jojie?? Awak ke beb ?? "

"  haa . . . " suara Jojie tersekat sekat kedengaran .

" hey ,pehal ni????? . . Awak ok tak ni ?? Kat mana tu ?? " dinda bercelaru bila dapat tau yg call tu si Jojie , kawan rapat dinda .

" aku kat tasik ni beb , aku buntu . . . .aku tak tau nama nak pergi , siapa aku nak cari " tangisan Jojie makin jelas .

**Dinda sebak**

" b…

TAK RUGI FIKIR DULU

Image
Awak . . . bila mana seorang orang pertikaikan perihal dinda sedangkan dia sendiri pun tak kenal dinda , apa tah lagi bersua muka  . Ini lah antara kata- katanya . . .








tengok gambar dibawah . . . ini kah yg dipanggil gurau ?? sedangkan dinda sikit pun tak pernah sentuh apa-apa perihal diri dia dan dunia nya . sanggup pulak dia pertukaikan diri dinda begitu rupa?? Cuba letak diri awak dlm situasi dinda ! Maybe dinda boleh bersabar , bagaimana dgn Mia??? Haaaa . . .



Itu sedikit je petikkan dari  chat diantara seorang orang tu dgn adik dinda Mia Zara di inbox facebook .  Aduhai  Muhammad Aizat . nama cantik dah tapi sayang minda awak . . . . . setinggi mana awak menuntut ilmu . Sehebat mana pusat pengajian  yg awak pergi study . Jangan pernah lupa , ada benda yg dlm diam dosanya terus-terusan berjalan sedang empunya badan sudah lama ditelan bumi . Baca kata-kata gambar bawah ni .




nauzubillah himinzaliq . . . .

Jadinya jangan tanya kenapa dinda tak guna gambar sendiri sebagai gambar prof…

CAKAP ATAS DASAR APA??

Hujan kat luar . . . .



Hai awak . . .
Awak sihat ?
Dah makan ?
Miss u . . .haaa

Tulah antara ayat biasa kita kemukakan bila nak mulakan perbualan . Kenapa kena tanya dah makan ek ? Apakah hidup ini untuk makan ? Atau kita perlu makan untuk hidup ?

Ada orang cakap  : perh . . Matilah aku nanti kalau tak makan !  Tapi dia makin segar bila tiba bulan puasa . Sedangkan dlm bulan ramadhan tu  kita hanya makan diwaktu malam dan disiang harinya kita ditegah untuk makan , kecuali orang-orang yg tertentu alasannya sahaja yg dibenarkan makan , tu pun kena ditempat tertutup ,bukan dikhalayak ramai  (utk muslim )  Haaa boleh je kan? Tak makan tak mati pun kan?

Gaya hidup yg perlu kita ubah selepas ni .

Assalammualaikum awak . . .
Awak sihat ?
Dah solat ?
Lama tak sembangkan , rindu . . .heee

Haaa . . Agak-agak apa respond 'awak ' yg ditegur tu kan ? Apa jua jawapan dari balasan pertanyan-pertanyaan atas tu , mohon lah jawab dengan jujur . Sebabnya sekali awak berbohong , sampai bila-bila…

BLOGGER , MELAYU , TAK PUASHATI

Hi there

Bila orang kalut cerita pasal blog , ramai orang cakap blog tu macam seseorang syok sendiri . Membebel tak tentu pasal , merepek meraban , kadang kala membosankan pun ye jugak .

Pada dinda , tujuan utama dinda berblog ,sekadar meluahkan apa yg dinda rasa saat tu . Maklumlahkan perempuan ni lain macam sikit perangainya . Lelaki kadang -kadang bingung mikirkan apa mahunya orang perempuan ini .  Tetapi orang lelaki tak tahu , padahal  orang perempuan pun tak paham apa sebenarnya mahunya . Haaa  pening

Awak . . .dinda menaip dlm ni  tak ganggu orang tau . Dinda sekadar  meluahkan apa yg dinda rasa . Tapi tulah , orang lain makan chewing gum , orang lain pulak terkena gula2 getah melekat dibaju . Hmmm nilah manusia .

Untuk hidup tenang mudah je sebenarnya . Bila tengok perangai lain pesen seseorang tu , awak cuma perlu cakap dlm hati . Itulah fitrah untuk dia , siapa aku nak menilaikan dia ,sedang aku pun manusia biasa yg bakal menjadi sekujur jenazah . Aku tak layak merasa aku h…

ULANG TAHUN SYA

Image
Harini birthday Sya Arsya atau nama sebenar Siti Katijah yg ke . . . Ke . .  Hmm biarlah rahsia . Petang ni baru dinda berkesempatan meluangkan masa mencari Sya  di facebook . Ye ,Sya merunggut bila dinda dah makin melupakan dia termasuk lah tarikh keramatnya harini .
Nope ! Dinda tak pernah lupa kawan dinda , lebih lagi orang yg dah bergitu dekat dihati dinda selama  ni . Ketika Sya suka , ketika Sya duka , semua tu adalah ketika adanya dinda disisi .airmata Sya adalah pisau belati yg mengguris dinda juga , cuma sejak dua menjak ni , dinda akui dinda yg mengubah keadaan . Dari keadaan kami yg dulu-dulu , menjadi kepada keadaan kami yg sekarang ni .
Maaf dear , semuanya kena bertukar dan pertukaran itu bermula dari diri ku , ok ,ini pengakuan jujur . Harapan dinda , Sya dapat terima segalannya ini demi satu istilah " berkorban apa saja , harta ataupun nyawa demi sesuatu yg dipanggil masa depan yg abadi "
Sorry idea merepek-repek , dinda not feeling well today . . .

*Happy y…

AHLI MESYUARAT TINGKAP

Petang yg hangat .


Dengan suara kanak-kanak riuh bermain dihalaman rumah jiran sebelah  , kelihatan mama dan makcik Siti duduk bersembang di garaj kereta rumah dinda . Sambil siram pokok bunga mama , sesekali dinda terdengar perbualan mereka dengan tak sengaja .


Makcik Siti : Mah , anak kau yg mana pergi interview SPA8 haritu?

Mama : nombor dua kak .

Makcik Siti : ohh . . Yg perangai dia macam lelaki tu ek ? Lama aku tak nampak budak tu , mana dia Mah ? Dah dapat keputusan interview tu ke?

Mama : a ah kak , sekarang ni dia kerja kat Singapore ,  lepas peperiksaan STPM keluar , dia mohon UPU , sementara tu dia kerjalah sana , nak gaji besar katanya . Semalam dia call cakap dia dah berjaya dengan interview tu . Bulan 7 nanti daftarlah .

Makcik Siti : aaa tulah , lama aku tak tengok budak tu , selalu dia lah keluar masuk rumah kau ni naik motor ,pergi kedai , pergi amek adik dia sekolah , bawak motor macam pelesit . Haha dulu-dulu aku fikir tu anak lelaki kau . Eh , sama dengan cucu aku…

DINDA CUAK DENGAN PEOPLE NEARBY

Image
6:15 am , pagi sabtu yg dingin . . .

Pepagi lagi dinda dah ngadap lappy . Mood kelaut sikit . Teringat kisah semalam antara aku dan dia . . Cewah . . Hee

Takdelah semalam kan . Haa . . Maksud dinda malam tadi . Entah kenapa " people nearby " dinda begitu aktif sekali . Berdesup - desup greeting dari mereka dinda dapat , hai ,hai ,assalammualaikum ,hello . . Haaa gitulah antara nya ucapan-ucapan perkenalan yg mereka beri kat dinda . Tetapi paling menakjubkan dikalangan mereka ialah kebanyakkannya perempuan . Haaa edok ke pelik tuuu  .


Eh , people nearby tu natang apa? Kat mana lokasinya ?  Hahaha tu adalah antara salah satu cara untuk cari friendlist kat aplikasi wechat le . . Adeh . Awak aktif  wechat tak ?  Mungkin ada yg tahu ,ada yg tak tau . Tekan button people nearby tu ialah antara cara nak dapat kawan selain add pada id atau number phone dan "shake" . Kebiasaannya shake tu orang luar negara kot ,kalau people nearby tu orang kampung sebelah jek . Haaa hati-h…

BIARLAH RAHSIA

Class cancel ! Ok . . .  cantik lah , masa untuk lepak depan lappy . Power off untuk handphone dan semua gadjet dan cuma on lappy . Orite ~

Awak . . . . Pernah tak ada orang cakap biar pecah diperut asalkan jangan pecah dimulut . Mesti pernah kan ? Haaa tulah yg dipanggil rahsia .

Kenapa perlu simpan rahsia ekk?

Pada dinda lah kan , bila satu-satu rahsia tu bukan lagi rahsia , pasti keadaan yg sebelumnya tenang-tenang aja akan jadi kalut . Tak selesa . Syak wasangka . Kan?

Yaa . . .orang tua suka simpan rahsia itu reality .sebabnya dia tak nak anak-anak dia resah gelisah bila kabar berita yg dia tahu tu bakal mengundangkan kerisauan anak-anaknya . Selagi boleh disimpan ,dipendam dalam-dalam maka akan diperam diam-diam dalam  hatinya .tulah orang tua .

Berlainan dgn orang muda . Kalau ada rahsia ,dia akan pilih orang paling rapat dengannya untuk  diceritakan berita tu . Rasa bersalah pada dia kalau disimpan lelama . Takut pun ada  yg menyalahkannya kalau orang lain dapat tau . Orang m…

BOLA SEPAK TANAHAIR

Image
Kalau korang sembang pasal bola sepak negara kita tahun lepas dan tahun lepas lagi satu , maybe dinda layan jelah sebab masa tu semangat bola dalam jiwa dinda ni dah macam bertih goreng  lagaknya . Respondnya memang hebat . Cakap je siapa masukkan gol untuk game malam tu ,sure dinda tau siapa . Cakap je team mana dapat banyak kad kuning dlm satu musim , mesti dinda berjaya terangkan . Lagi- lagi kalau JDT menang pada malam tu , toksah cakaplah , 4hari 4malam ceritanya tak habis sebabnya  bangga sesangat . Maklomlah kan dindakan ' pure johorean ' heee . . . 

Tetapi sejak kebelakangan ni , bila mana banyak dinda kesan  arena bola sepak negara kita , banyak timbul aura nagetif berbanding dari positifnya . Semangat yg dulu berkobar macam bertih goreng , kini dah mula lemau macam biskut merri . Pada asalnya nak abaikan je tindak tanduk penyokong-penyokong ni , tapi  disebabkan makin teruk kejadian demi kejadian antara mereka . Makanya dinda ambil satu kata putus . Lantak lah orang…

KUNJUNGAN PEMBACA BLOG DINDA

Image
Malam ni berpeluang menyelongkar blog lama sikit ,sebab rasanya letih kot nak fikir pasal perasaan ni . Hmmm entahlah  . . . Menyesali satu-satu hal pun bukan dapat kembalikan masa yg dah terlepas tu . Bertabah jelah duhai hati , tenang-tenangkan jelah duhai perasaan .


Dibawah ini merupakan hasil kunjungan pembaca setia blog peribadi dinda Lyenda Lyen . Harap nama itu disenangi oleh semua pihak . Kerana nama itu dah bertahun dinda pakai didunia alam maya ni . Dan agak serasi.


Malangnya qouta wifi dinda dah habis pulak malam ni , so ini jelah hasil yg dapat dinda kongsikan kat awak . Graf merajuk tak nak jumpa semua orang ,so dinda kena simpan ianya didalam galeri tab dahulu . Hmmmm ingat nak tunjukkan graf kat awak semua tapi graf blog dinda ni merajuk pulak malam ni , ngade je kan graf tu , sikit-sikit merajuk ,sikit-sikit touching . . Hmm sabo je lah . .

Bytheway . .

Tengs so much untuk semua orang yg sudi lepak dalam blog dinda selama ini , dan jika awak kerap melewati blog ini , …

PERJANJIAN SEORANG PUTERA

Image
Di atas ni merupakan kata janji seorang  Putera  kepada Puteri kesayangannya pada suatu waktu  dahulu . . .tapi tu dulu ,  dengar cerita tidak lagi pada waktu sekarang .puncanya hanya Putera seorang yg tahu .


Tetapi siapakah Putera tersebut ?  Ahh Biarlah sama-sama menjadi tanda tanya diantara kita , sebab dinda pun tak pernah jumpa beliau  ini .Kenapa awak tanya ? Sebab utama pastinya dia bukan muhram dinda . Takkan tu pun tak paham kot . Lain-lain sebab . . .err Dinda takut Allah marah  . Hmm . . .



Apa yg dinda harapkan , semoga Allah peliharakan kesejahteraan Putera dan Puteri tersebut dan sentiasa berlindung dibawah lindungan ilahi  . . . aamiin

















REZEKI MILIK ALLAH

Image
Rezeki milik Allah , ia ada dimana-mana , antara rajin berusaha atau tidak untuk mendapatkannya . . .manusia diberi tenaga dan akal fikiran yg sempurna oleh Allah swt . Bukan mudah untuk menjadi mahluk yg sempurna 100%  dibumi Allah ini .


berlainan dengan sahabat kita yg dibawah ni , beliau yg hanya berbekal kan sifat amanah , rajin berusaha , peramah , tekun serta bertanggung jawab pada pekerjaannya . Maka dia dikenali diseluruh Malaysia bukan sebab dia seorang jutawan ,  tapi kerana pekerjaannya sebagai "service runner " .

So ,apa lagi yg diluar sana perlu fikirkan lama-lama ??  Jangan asyik nak fikir kerja dalam office ,  ada penghawa dingin , gaji mahal , ada bonus ,  pembantu  peribadi yg cantik -cantik . . . No , no ,no , semua tu takkan jadi kenyataan kalau malas  dan asyik memilih kerja .


Pastinya setiap apa yg Allah beri itu lah ketentuannya ,rezeki itu milik Allah ,dan yg rajin berusaha itulah yg layak menikmati keseluruhan rezeki itu ,  insya allah .


**majulah ru…

ASALKAN BAHAGIA

5:42 am
Salam subuh . . .azan sedang berkumandang dari corong surau yg berhampiran taman di rumah dinda . So ,dinda dah kena bangun untuk meneruskan aktiviti harian sama macam orang lain . Cuma ada satu persoalan yg sering menjadi tanda tanya dibenak fikiran ini .


Kenapa ek , bila seseorang tu hilang , kita sibuk mencari kesana kemari , sedangkan bila dia dah muncul terpacak depan mata , kita abaikanya macamtu je . Apa motif kita cari dia selama ini ? Malah kita marah dia . Kita sakitkan hatinya . Kita buat dia menangis .

Adakah  pencarian itu saja-saja? Atau suka-suka? Atau juga kerana kita merajuk padanya kerana meninggalkan kita terlalu lama?

Pernah tak kita terfikir ,andainya selama pencarian itu , tetiba datang berita dia dah meninggalkan dunia ini . Meninggalkan kita dan semuanya , Apakah kita sanggup terima kenyataannya ? Atau apakah kita nak juga merajuk bagai ?

Tanyalah hati , kenapa aku macamni ? Wajarkah? Kalau semua itu untuk kebaikan , teruskanlah segalanya dengan tenang…

KEPANASAN

Image
Cuaca kat luar panas berdenting ! Peluh yg mengalir diseluruh tubuh badan ni dah macam losyen yang sedang mencair . Dinda ? Bagaimana dengan dinda hari ini ?

Dinda dah mula bertugas ditaska dan dah mula masuk kelas . Cuma aktiviti agak slow dari biasa dan lesen memandu masih di pegang oleh pegawai JPJM aii . . . .

iaitu  Jabatan pengangkutan jalanraya Mama  aii . . .  kikiki . Mama tak bagi dinda pegang stering kereta lagi buat masa ni . Kalau steringlock boleh kot ahha . . .


Rindu dalam kepanasan ??

Itulah jajan buat dinda saat ni . Tahan je selagi mampu . . . Sakitnya tu bukan saja disini , tapi sudah dimana-mana sahaja . . . hmmm . .







MOTHER'SDAY MENURUT USTAZ AZHAR IDRUS

Orang cakap tak nak caya . . . nahh .  . .



Ustaz pun dah habaq . so jangan nak cakap mama dinda memandai -mandai eah . . . haaa


kikikih orang utargha naa . . .

DINDA DAN HARI IBU

Image
Depa sambut hari ibu harini. Depa tau dak ? Hari-hari adalah hari ibu ? Setiap detik , setiap langkah , setiap mengalirnya darah diurat saraf kita itu semuanya untuk ibu!

Dinda tak pernah sambut hari ibu . Mama pun tak pernah suruh , mama halang . kata mama :

" hang sambut  hari kemerdekaan , hari raya , mama tak halang , tapi bila mana hang ikut  depa tu dok sambut hari ibu , hari bapa , hari kekasih , hari apa pun yg disambut oleh semua bangsa di dunia ni , memang mama tak suka . sebabnya dlm agama kita pernah kah ada suruh sambut hari ibu pada 10mei ? Dlm islam mana ada bulan Mei ? Kalau betul lah ada hari ibu dlm islam dlm bulan apakah? Muharam ? Shawal ? Rejab ? Haaa habaqmai sat . ada bukti mama baru boleh bagi warranty "


kikikiki awat cheq cakap uthara ni ??


mama ngade jek nak berwarranty bagai . sejujurnya tiap hari selepas siap-siap nak pi kerja atau adik -adik nak pi sekolah , kami  akan bersalaman dengan mama dan kiss pipi mama and say " akak sayang mama , o…

DINDA PERGI JEMPUTAN

Image
Ini entri dinda yg ke 1392 ! Dan ada terdapat beberapa draf yg dijadikan koleksi kerana idea tu agak hot sikit hehehe  bahaya . Benda yang merbahaya usah dipamerkan dong ,memudaratkan nanti . . Haaa


Ok stop merepek- repek lah . Asalnya nak cerita harini dinda nak pergi makan kenduri kat kampung . Ada 3 majlis serentak ,so mama cakap , makan nasi minyak semalaya kita kalini . Haha , beres mem . Dinda pun teringin nak makan nasi minyak orang Muar ni heee.

Ok ,satu rumah dah settel , ni tengah acara lepak-lepak dalam bilik pengantin perempuan ni . Jujur cakap , she is so sweet . . . Mia zara cakap  " guwa caer siut " . . Hahahaha well  my bodyguard pun mencair . Dan dinda pun mengiakan jelahkan sebab pengantin memang cantik pun . Lagi-lagi umur dia baru masuk 20 tahun . Kata mama " mude noh lagi " kikikiki ada je komennya  mama aii tuuuu


Pada dinda , kecantikan usah diusya ,kerana ianya tidak kekal , ia milik Allah . Sebagai pasangan yg setia dan matang ,  mereka ang…

DOA DINDA

Image
Aminn ya robbal alaminn . . . Macam orang lain ,dinda pun nak kuat semangat  , nak hidup  happy , nak hidup penuh dengan kasih sayang . Nak disayang-sayang , nak dibelai-belai pada perasaan , pada jiwa dan raga . Tapi dah ditakdirkan perasaan ini makin hari makin sebak ,sayu dan pilu . Makanya memang tak boleh dah nak ubahkannya .

Kadang-kadang insan tersayang sedaya upaya buat lawak atau nak sangat dinda senyum , ye ,memang dinda gelak sungguh-sungguh tapi lepas 30 minit kemudian ,bila dinda sendirian lagi , airmata jugak teman .

Kenapa?? Entah pada dinda . . . Bila sudah berada dihari ini , semalam jugak dinda kenangkan . Padahal semalam tu bukan kesah pun dengan kehidupan dinda dihari ini . Sampai bila ? Entahlah . . . Ingat padaNya saja boleh buat dinda tenang . . .insyaallah ~


Ya Allah . . .
Jadikanlah aku insan yg kuat semangatnya
Yg hidup tanpa keluhan tapi penuh dgn keyakinan
Yg sentiasa tabah dlm menerima setiap dugaan dariMu

Aminn ya robbal alamin . . .

PERNAH DULU-DULU

Hanya untuk dia yg dah pergi . . .


Pernah dulu dia datang dan melepaskan semua perasaannya kepada dinda , melakar sebuah nama atas istilah cinta . Melunturkan semua kesedihan yg menjadi ranjau disepanjang hidup dinda sebelum tu .

Pernah juga dia menangis bila , ada ketika dia rasa tak sanggup kehilangan dinda dalam kamar hidupnya . Hari-hari dia merayu ,


" tolong jangan pergi , tolong , aku sangat sayang kamu , aku sangat perlukan kamu dlm dunia aku ini  , kaulah kekasih pilihan Tuhan buat aku . Kaulah nyawaku . Kaulah segalanya buatku . . . "


Pernah dinda mengeluh kecil bila dia bersumpah ,takkan tinggalkan dinda walau apa pun yg terjadi . Dia sanggup hadapi apa jua rintangan yg mendatang antara kami . Ye. . . Dia sanggup . . . Sangat -sangat sanggup . Namun dinda masih mampu mengeluh perlahan sambil merenung tiap langkah hidupnya . . . Hmm


Pernah , bila satu kejutan Tuhan beri untuk dinda , kejutan juga buat mama dan ayah . Kejutan yg orang lain  anggap itu bukan kejutan …

DINDA KENA MARAH

Pagi jumaat yg tenang . . .

Lepas sarapan dengan mia , kami melepak depan anjung rumah melepas rindu . Kemudian datang Jojie dan Sue join sama .

Tiba- tiba mia bukak cerita ;

" kak ! Ko ni kenapa bawak keta laju sangat malam ritu?? , giler ko ! 190 tu beb , motor ok lagi , ni kereta tuuu . . . Bukan kecik ,ko nak mencelah !!  Huh !! Bawak orang tua pulaknya haiii . .  . ."

Mia jeling dinda dengan muncung-muncung bibir  dia sekali ,dengan kerut-kerut didahi lagi. Hehehe manakala Jojie dan Sue sengih-sengih je .

"Sesekali je kot " . . .dinda jawab sambil belek tab ,melayan wechat .

" aaaaa . . .sesekali ah tu boleh bawa semua sekali jalan terusss tau ?! . . Tulah bila orang tegur dia mesti jawab ,bukan selalu ,sesekali , ko bukan tak tau , sesekali lah yg buat ramai orang ramai hilang kesayangannya tau tak?!  "

Adeh . . . . Dia dah mula dah . Tapi dinda masih senyum sambil melayan tab .

" hang tau dak . . .akak tekan 190 tu bukan lama sangat pun , ten…

DINDA AKTIF DI WECHAT

Bila disuruh duduk rumah rehatkan badan , dinda memang mengeluh bosan . Duduk dalam rumah 24jam selama seminggu adalah perkara paling sakit dinda rasa . Nasib ada internet ,dapatlah cari kawan-kawan dialam maya . Facebook ? Dah tak lagi , dinda hanya aktif di wechat . Dulu-dulu dinda bebal sesangat kalau orang cakap pasal wechat , tapi sekarang ,wechatlah tempat dinda tersenyum sengsorang bila sunyi . Tapi sejujurnya kawan dinda diwechat bukannya ramai sangat pun , kurang lebih 21 orang termasuk dinda dan adik dinda Mia Izzara . Kenapa sikit je ? Merekalah insan-insan yg dinda betul-betul yakin boleh dibuat kawan. Lain-lain tu kawan dinda juga , cuma . . . Haaa . . . Kawan kot tapi . . .haaa . . Hahaha sengal , tetiba otak jem tak tau nak taip apa ,  hee ~


Tapi walaupun aktif di wechat tu ,taklah bermakna dinda online natang tu 24 jam . Bila free je kot . Bila rindu , bila resah , bila nak cari pasal  barulah dinda login . . Haaa eh ?!  reti pulak cari pasal dinda ni kan ? Haha reti …

LELAKI MANJA

Image
Lelaki manja ?

Macam tak nampak tapi memang ada haaa . . .Serious lah dinda cakap ni , setiap lelaki tu ada manjanya . Mungkin bukan untuk tiap orang yg ditemui tapi hanya untuk insan yg tertentu sahaja . Tapi ia tetap  kekal ada . . .tapi kan dlm  manja- manja pun misai tetap melintang , janggut tetap sejemput , dan senyuman masih kekal mahal . Aww dinda gedik pulak hehehe

Eh ! Dinda dah reti puji lelaki pulak ke sekarang ni ?

Takdelah ,pada dinda kekadang lelaki ni memang manja , lagi-lagi time diorang mengadu rindu . . .lahaiii . . Macam nak lempang - lempang je pipinya tu haaa .Mengalah baby manjanya kan . Hmmm tapi tulah part lagi risau bila dia dah terlalu manja ni takut manjanya tu makan tuan pulak , haa nahas nanti  bro !!



HANYA PINJAMAN

Dinda tak sehebat dulu!
Dinda tak seaktif dulu!
Dinda tak semanis dulu !
Dinda tak seramah dulu !


Dulu ,dinda memang angkuh dengan semua yg dinda ada ,sampai satu ketika bila takdir itu datang , dinda kena akur bahawa dinda adalah manusia kerdil yg terlalu lemah bila diuji .

Namun dalam detik masa yg makin singkat ni , dinda masih boleh berbangga kerana Allah masih berikan dinda beberapa keping hati yg begitu yakin menyayangi dinda yg pada hakikatnya hanya sementara je hadirnya disisi mereka .

Dinda hanya pinjaman utk awak semua . . .

Mama ,ayah ,nenek ,makcik2,pakcik2,adik2,kawan2, dan awak  . . . Ye . . Dinda hanya pinjaman dari Allah utk kalian . Mohon  pegang kata2 dinda kali ini . . . Tiap yg dipinjam pasti akan dipulangkan kepada empunya . . .


Allahhu~


MEREDAH MALAM

Harini dah mula kembali kepada asal . Percutian keluarga sudah habis malam tadi bila mana tepat pukul 10malam dinda ,mama ,ayah , adik dan nenek selamat meninggalkan kota Singa yg sungguh mengkagumkan itu . Selama 3hari disana ,percutian keluarga kali ini sungguh bermakna bagi dinda . Sebab ??  Sebab . . . Sebab . . Sebabnya selain meronda diseluruh kota itu , kali ni dinda dapat pergi menghadiri majlis perkahwinan orang Singapura . Meriah dan unik sekali tapi moden masih style pilihan . Tahniah buat makcik dinda yg baru dapat menantu tu . Comel jugak menantu lelaki makcik . . . .heee puji suami orang buat apa ek . . .


hmmm ok ,tak comel ah ! Hahaha


Bila nenek cakap minta dihantar ke Muar ,tak nak singgah Kota Masai , makanya sebagai anak yg baik ,ayah turutkan je kata nenek . Dari Singapura ,kami teruskan je ke Muar . Perjalanan ambil masa 3 jam sebab dah malam ,jalan lengang dari kereta .kalau tak mahu makan 4 jam lebih .

" ayah . . . Kat highway biar akak drive  eah " di…

JAUH TAPI DEKAT

Image
Bila berada diluar negara , walau pun sehampir Singapura , semua aktiviti sosial dinda terbatas . Lagi-lagi cuti beberapa hari ni ,hampir 95% dinda habiskan dengan keluarga . Yelakan bukan selalu kami semua dapat berkumpul begini . Ada ayah ,mama,makcik ,pakcik ,adik-adik ,sepupu ,nenek jugak . Mereka lah darah daging dinda ,so ,kepada merekq jugaklah dinda menumpang kasih ,melepas rindu dan sayang.

Lain?ada kah rindu ?  Ye ada . . . Rindu sangat-sangat walaupun dia jauh sangat-sangat tapi ingatan ini masih sama ,dekat sangat-sangat untuknya . Awak . . . Rindu . . . Hmmm lama lagi nak habis percutian keluarga ni , lama sangat rasanya nak tunggu hari isnin .

Sabar eah :)terpaksa pinjam lappy cousin