Skip to main content

ORANG MAKIN MEREPUT

Lebih 80hari akak pergi tinggalkan aku dan semuanya atas dunia ni . Aku hilang kakak . Mama dan ayah hilang anak kesayangan . Murid-murid kat taska  hilang cikgu cantik mereka . Lect kat kelas pendidikan awal  kanak-kanak hilang pelajar pemalu. Kawan alam maya hilang kawan baik . Dan semua adalah kehilangan kau kak ..


Bila aku tertekan dengan masaalah macam sekarang ni . Aku akan ingat kat akak . Selalu bila aku tention , akak akan bawak aku tengok wayang ,  Karaoke , pergi makan , shopping atau lepak Danga Bay . Tapi sekarang tidak lagi.


Hari raya lepas ,aku sempat ziarah pusara sepi akak . Masih merah lagi tanah disitu . Rumput-rumput halus mula menutupi tanahnya dan daun pandan kering ( bunga rampai ) masih menutupi atas pusara  akak . Batu nisan yang kaku aku pandang sayu kerana aku tau mereka berdua je teman akak disitu .


Kak .. datanglah dalam mimpi orang malam ni . Orang rindu akak sangat-sangat tau . Ada banyak yang orang nak cerita kat akak , kisah suka duka orang beberapa minggu kebelakangan ni . Sampaikan orang jadi makin tak kuat kak . Orang bukan lagi Mia yang akak panggil hero tak jadi tu . Tapi sekarang orang lah Mia yang makin lemah dan kian mereput dalam kesepian .



Orang sakit kak  :'(



Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx